Gugusan bintang berhamparan dan berselerakkan di angkasa,kerdipannya memantul tajam menerjah keseluruh alam.Sesekali tompokkan awan membuat lintasan menyebabkan kerlipan bebintang terus padam dek lindungan awam.Alangkah indahnya suasana pagi ini,di saat manusia lain khusyuk di usap mimpi apatah lagi lena itu di atas tilam yang sangat empuk.Namun di kesejukkan yang mengigit ini ada segelintir manusia bermunajat kepada Allah sesekali terdengar esakkan perlahan tangisan taubat,mungkin ini lah manusia yang bakal di pilih oleh Allah SWT untuk di berikan malam yang di idam-idamkan oleh manusia iaitu malam lailatulqadr.
Pada malam itu malaikat akan turun dan berdoa pada hambanya yang sedang melakukan ibadat samaada solat,zikir,membaca al-quran dan sebagainya.Namun kita perlu mencari dan terus mencari malam yang mulia ini,jika kita memperolehi malam ini alangkah bahagianya kerna ibadat di malam itu ibarat 1000 bulan atau 83 tahun.Semoga kita lah orang yang bakal menikmati malam kemulian itu di fasa terakhir ini.Apa-apa pun semuanya ini milik Allah SWT Yang Maha Agung dan di berikan kepada hamba yang di kehendaki-Nya.
Untuk mendapat malam yang mulia ini kita mestilah mencari suasana yang boleh memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat,mungkin kita kena beriktikaf di masjid di sepanjang 10 malam terakhir ini,mungkin mudah untuk kita bangun beribadat kerana suasana dan rahmat yang berada di rumah Allah ini.Namun jika kita masih berlengah-lengah dan bermalas-malasan maka agak tipis peluang untuk kita mendapat malam yang mulia ini,tambahan pula suasana masyarakat dan keadaan Negara kita yang sukakan hiburan.Seolah-olah hadirnya ramadhan tidak memberi apa-apa erti pada sebilangan masyarakat kita.Jika kita lihat masyarakt arab mereka cukup bersedia dan bersungguh melakukan ibadat pada malam-malam terakhir ini.Ini lah budaya mereka yang patut kita ambil dan laksanakan dalam kehidupan kita sebagai manusia yang ingin mendapat redha dari-Nya.
Namun masyarakat kita apabila menjelang malam-malam terakhir ini mereka sibuk dengan membeli baju raya dan kuih raya dengan gelak tawa tanda gembira menyambut ketibaan hari raya.Ini lah budaya kita,televisyen terus mendendangkan lagu-lagu raya dan promosi jualan hari raya di sana-sini.Begitu jugalah dengan corong-corong radio dan di dada-dada akhbar yang pastinya semua medium ini adalah milik kerjaan yang memerintah Negara Malaysia sekarang ini.Sepatutnya sebagai pemimpin yang berugama Islam perlulah mendidik masyarakat kearah mencapai ketaqwaan kepada Allah SWT dan bukan membiarkan sahaja TV,Radio dan sebagainya menyiarkan program-program yang lalai ini,sepatutnya amanah kuasa ini mereka gunakan untuk mencari redha Allah SWT bukannya terus menjerukkan rakyat dengan rancangan dan promosi yang sia-sia.
Oleh itu, marilah sama-sama kita tumbangkan kerajaan yang ada sekarang kerana sebenarnya mereka tidak ingin membawa rakyat kepada kebaikan,malah mereka lebih sukakan rakyat terus khayal dan hanyut dalam program-program yang telah di rancang.Apabila rakyat sudah lalai dan jauh dari Allah swt maka senanglah untuk mereka mengekalkan kuasa di masa-masa yang mendatang.
No comments:
Post a Comment