http://halimislamic.blogspot
Isu salah laku pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama membabitkan pelajar golongan remaja tidak pernah basi diperkatakan media, sehingga kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang tolak pendidikan islam belum menemui jawapan dan jalannya.
Golongan berilmu dikatakan ‘bijak pandai’ tapi ia bukan jaminan boleh menjadi manusia yang berguna. Sekarang ini ibu bapa pula menjadi sasaran, malah dianggap penyebab kepada masaalah anak-anak yang hanyut.
Ibu bapa dianggap tidak pandai mendidik anak, terlalu leka dengan kehidupan peribadi, sibuk dengan perkerjaan dunia, hingga mengabaikan masa berkualiti untuk mendidik anak-anak dengan ilmu agama supaya tidak terjerumus ke lembah kejahilan.
Patutkah kita meletakkan sepenuhnya kesalahan itu atas pundak ibu bapa sedangkan tidak ada seorang pun ibu bapa yang mahu anak mereka kecundang dalam hidup. Bolehkah kita menerima tohmahan masyarakat yang meletakkan kesalahan kepada ibu bapa? sedangkan pengorbanan ibu bapa terlalu banyak bagi memberi kebahagian kepada keluarga namun anak-anak yang dikatakan bijak pandai ini tidak tahu menilai.
Seumur hidup ana tidak pernah mendengar ada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka kecundang. Jika anak tidak menghargainya, apa boleh buat? ibu bapa berusaha memberi yang terbaik sehinggakan bersengkang mata siang malam memastikan keselesaan dan kesengan anak.
Setujukah jika kita meletakkan kesalahan pada keluarga apabila anak di IPT terbabit gejala kurang sihat?.Rasmi remaja suka mencuba sesuatu selain dipengaruhi perasaan ingin berteman, berkasih-kasih, bercinta dan bermacam lagi gejala yang sangat hina di pandangan sudut Agama. Sewaktu kecil, pengawasan ibu bapa sudah pasti menyeluruh, namun apabila meningkat dewasa tentu tidak tidak mahu lagi dikongkong.
Apabila memperolehi peluang melanjutkan pengajian di IPT ada remaja beranggapan bebas dari perhatian keluarga, serentak itu langkah menjadi semakin panjang. Rata-rata media menceritakan masaalah remaja IPT. Semakin liar seperti seekor binatang yang baru keluar dari kandangnya.
Baru-baru ini media mendedahkan 735 kes membabitkan mahasiswa khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib dan macam-macam lagi. Sementara penagih dadah yang 30 kes setiap hari membabitkan mahasiswa di IPT.
Hakikatnya ibu bapa tidak pernah tenang melepaskan anak belajar berjauhan. Tapi mereka perlu akur dengan kepentingan ilmu. Walaupun ilmu dunia semata. Jika sewaktu kecil mudah untuk memantau kerana duduk serumah, tapi apabila berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT, hanya mampu berdoa saja agar mereka tidak terpengaruh dengan gejala negetif.
Remaja-remaja hari ini tidak seperti dahulu, rakan-rakan dan kekasih itu lebin penting daripada ibu bapa. Nama sahaja pandai dan pelajar IPT, tapi otak bebal. Kebanyakan mahasiswa yang terbabit dengan gejala sosial bukan disebabkan ibu bapa memberi bimbingan tetapi terikut-ikut rentak rakan.
Bayangkan, 17 tahun ibu bapa beri didikan dengan baik, tapi hanya sekelip mata berubah selepas melanjutkan pengajian di IPT. Siapakah yang mempengaruhi mereka ini jika bukan rakan sebaya atau teman sekasih dengan mereka. Jawablah dengan iman masing-masing!

No comments:
Post a Comment