Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT kerana terus menyalurkan oksigen untuk di sedut oleh setiap manusia yang melata di bumi ini,tanpa di kenakan bayaran tol di sepanjang sedutan oksigen itu.Hargailah nikmat kesihatan ini untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT dan nikmat umur di masa muda ini untuk berbakti pada perjuangan.Oleh itu jagalah hati supaya ia memandu masa muda dan masa sihat kepada jalan ketaatan pada Allah SWT.
Perhatikan tongkat signal di stesen keretapi. Dengan menggerakkanya sedikit, landasan akan bergeser, dan perjalanan keretapi pun berubah arah. Demikianlah halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh”. Demikian sabda Rasulullah saw mengenai hati.
Dakwah sesungguhnya berorientasikan mengubah arah kehidupan umat manusia, dari kebatilan menuju kebenaran, dari keracunan menuju kejelasan. Dan semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata bergantung dari bagaimana seorang daie menyentuh hati objek dakwahnya.
Oleh itu sasaran dakwah perlu betul,tepat dan melekat pada hati-hati mad’u terutama sekali mat rempit.Jika kita renung dan tenung sedalam-dalamnya pada setiap keluarga rata-rata mesti ada seorang dari ahli keluarga kita menjadi mat rempit.Ini lah fenomena yang cukup pantas menusuk masuk kedalam budaya kita.
Marilah sama-sama kita berfikir macam mana hendak menangani masalah mat rempit ini supaya mereka tidak terus tersepit di celah-celah situasai ini.Apabila di sebut mat rempit mereka biasanya terlibat dengan jenayah mencuti motosikal,kerana kebiasaanya motor yang dia rempit itu adalah motor atau komponen curi,ini membuatkan motor itu semakin laju.Sasaran motor yang paling popular untuk di curi adalah berjenama Honda EX5.Ini kerana komponen yang ada pada motor itu lebih ‘advance’ berbanding motor jenama lain.Oleh itu pesanan saya belilah motor selain jenama Honda EX5,saya syorkan belilah motor kriss atau motor yang buruk-buruk.
Teknik terbaru untuk mereka mencuri sekarang ini mereka menggunakan lori supaya senang untuk memunggah apabila motor itu berkunci.Kebiasaan tempat yang paling ‘top’ setakat ini adalah di kawasan masjid dan pasaraya serta kawasan tumpuan orang ramai.Kunci lah banyak mana pun motor kita pasti mat rempit ini boleh buka dengan mudah,ini lah teknik yang patut kita sebagai pandakwah muda belajar dengan mereka supaya kita boleh mencadangkan alternatif lain kepada pemilik motor agar motor mereka selamat dan sihat walafiat.
Sebagai pendakwah muda kita perlu ambil teknik positif yang pada pada mat rempit ini,antaranya macam mana mat rempit boleh sampai dengan cepat ke sesuatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat.Maka saya dapat kutip beberapa tips yang saya rasakan sesuai untuk kita amalkan dalam kehidupan sebagai pendakwah muda.Pertama apabila kita berada di jalan raya perhatikan setiap lampu isyarat di setiap jalan yang kita selalu lalui,dan kita mengira berapa bilangan lampu isyarat yang ada di sepanjang jalan yang biasa kita lalu.Ini memudahkan kita menukar laluan lain jika kita terlambat ke program.
Seterusnya jika kita memecut dengan laju untuk mengejar lampu isyarat tiba-tiba lampu bertukar merah,maka di sini kita perlu membelok ke kiri dan membuat pusingan ke jalan sebelah kiri itu dan boleh meneruskan perjalan dengan cepat.Namun begitu ia boleh membahayakan kepada mereka yang tidak ada keyakinan untuk berbuat demikian,jika kita sebagai pendakwah muda mempunyai jiwa mat rempit maka boleh gunakan teknik ini.Tetapi ingat jangan selalu guna teknik ini silap-silap kena saman.
Oleh itu sebagai pendakwah muda kita perlu bijak membaca suasana di jalan raya dan yang paling penting jangan hilang fokus semasa di jalan raya serta tersangat-sangat penting jangan panik apabila berlaku sesuatu,buat selamba je,Insya Allah kita akan sampai ke tempat program dan masjid dengan selamat.Masih banyak lagi teknik-teknik yang mat rempit ajar,mungkin lain kali pulak lah saya cerita.Walau bagaimanapun sebelum memandu pastikan kita dalam keadaan berwuduk dan membaca doa berkenderaan.Oleh itu pendakwah muda perlu memiliki ilmu rempit yang positif.
No comments:
Post a Comment