Wednesday, September 16, 2009

TRAVELOG PENDAKWAH MUDA...MENCARI PELANGI MALAM



Pada malam ini unggas mula bersimfoni dengan merdu sekali,juga di selangi suara tempikkan kekatak puru di gigi air.Alangkah indahnya malam ini dengan hiasan dan gugusan bintang itu,cahaya rembulan yang mengambang terus bersinar kemalapan di sebalik awan hitam yang tiba-tiba muncul,mungkin ini tanda hujan lebat akan turun menyapa penghuni alam yang berhamparan di bumi.

Suasana hari ini tidak sama dengan suasana semalam dan yang sebelumnya,hari ini masyarakat kita telah di lambakkan dengan asap hiburan yang cukup dahsyat.Sesungguhnya keadaan yang semakin teruk ini berpunca daripada pemimpin kita yang menggunakan kuasa bukan pada tempatnya.Amanah kepimpinan disambilewakan,malah dengan kuasa ini segala harta kekayaan Negara terus digongong dan di kebas sewenag-wenangnya,akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang berada di bawah ini.Walaupun begitu ,janganlah kita gentar untuk berdepan dengan mereka,kita akan terus berjuang menegur mereka ini supaya kuasa yang mereka pegang sekarang ini di manfaatkan mengikut apa yang Islam kehendaki.Alangkah indahnya hidup apabila Islam sudah berkuasa mentadbir dunia ini.Dakwah perlu di gerakkan keseluruh ruang yang ada agar semua masyarakat yang telah di ganjalkan oleh pemimpin secular ini bangkit dan sedar dari suasana yang buruk itu serta kembali kepada suasana Islam sepenuhnya.Sememangnya dakwah memerlukan sasaran yang betul,focus dakwah ini mesti di suluh kepada mahasiswa yang berada di university-univeristi kerana kelak mereka lah yang akan memangku pemerintahan Negara bagi menggantikan algojo-algojo yang ada sekarang.

Sebelum melaksanakan dakwah kepada mahasiswa ini,maka terlebih dahulu di lihat kepada batang tubuh seorang pendakwah.Sememangnya agenda perjuangan ini merupakan agenda yang amat besar bagi memastikan Islam berkuasa suatu hari nanti.Jika kita lihat sekarang ini di dalam kampus,ramai mahasiswa yang suka bernyanyi,bersukan dan sebagainya,tetapi tidak ramai mahasiswa yang suka pada program keagamaan.Oleh itu seorang pendakwah muda perlu melihat dari sudut yang berbeza,jika sebelum ini sasaran dakwah kita hanya kepada mereka yang berminat datang ke masjid sahaja,kini kita perlu tukar sasaran itu kepada golongan mahasiswa yang suka bersukan,sebagai contoh mudah ramai mahasiswa yang suka bermain bola maka sebagai pendakwah kita kena memiliki skil bermain bola,malah mesti menjadi penyerang dan pengempur yang hebat di padang bola supaya dakwah kita mudah diterima oleh mereka,bukan bila di sebut pendakwah hanya tahu berceramah dan bertazkirah sahaja,kerana yang berada di padang bola itu mungkin suatu hari nanti bakal menjadi seorang pakar ekonomi,pakar IT,pakar bedah dan sebagainya.Maka ianya memerlukkan perancangan yang rapi dan tersusun agar kita dapat menarik mereka ke dalam bahtera perjuangan ini.Oleh itu dakwah perlu hikmah.

Jika mahasiswa suka menyanyi kita perlu pandai menyanyi,yang penting mengikut apa yang Islam tetapkan.Jika mahasiswa minat berenang kita pun kena menjadi perenang yang hebat yang boleh membelah samudera biru dan bukanya lemas di air yang cetek.Begitu juga bila mahasiswa suka merempit kita pun kena ada skil merempit supaya tidak lambat untuk ke program dan usrah di tempat yang jauh.Kini pendakwah muda perlu bangkit bersama revolusi perjuangan agar tidak mundur kebelakang.Kecanggihan teknologi telekomunikasi yang ada sekarang sepatutnya memberi kelebihan kepada kita sebagai seorang pendakwah muda.Kita mesti seiring dan selari dengan teknologi ini agar kita dapat sampikan mesej dakwah ini dengan pantas,cepat dan melekat di mata dan hati mereka.Seorang pendakwah muda juga mesti mempunyai jaringan seperti blog,facebook dan sebagainya,maka dengan adanya semua ini aliran dakwah bersifat semasa ini,kita dapat mematahkan serangan-serangan yang bertubi-tubi dari musuh-musuh yang ingin merosakkan pemikiran masyarakat kita khususnya mahasiswa .Seorang pendakwah muda juga perlu membuang sifat kuat makan dan jangan membuncitkan perut kelak akan mendapat status PJK(Perut Jauh ke Depan),pendakwah muda perlu pantas berlari mengejar para mad’u kerana dek kelambatan kita menyebabkan mereka ini semakin jauh dengan Islam.

Namun apa yang penting sebagai pendakwah muda,perkara asas seperti solat berjemaah ,qiamullail,mengaji agama mendalami ilmu tasauf dan perkara asas lain wajib di utamakan.Bukannya sibuk berblog tetapi meninggalkan solat jemaah,oleh itu sebagai pendakwah muda sememangya perlu merenung jauh kedepan bahawa perjuangan di kampus tidak sama dengan perjuangan di luar sana yang memerlukan 1001 kekuatan dan pergorbanan.Marilah kita sama-sama belajar daripada mereka yang telah lama berjuang bersama masyarakat umum agar kita dapat memetik mutiara dan permata yang berharga dari diri mereka supaya kita terus istiqamah dalam bahtera perjuangan ini.

Oleh: MUHAMMAD HAFIZUL BIN ABDUL GHANI
(Ijazah SM Teknologi Marin)



No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails