Friday, July 8, 2011

Tangkapan Bersih, Polis Perlu Profesional

Imej polis semakin tercalar dengan tindakan menghadapi himpunan Bersih pada 9 Julai 2011. Polis sepatutnya menjaga keselamatan negara, bukan menjaga keselamatan BN. Profesionalisme polis jangan dicemarkan dengan menerima arahan membabi buta kepada mereka sehingga imej polis dipandang rendah di sisi masyarakat. Bertindaklah secara jujur dan adil. Jangan sampai anggota polis yang tidak berdosa terpalit dengan tindakan mereka, akibat daripada mengikut telunjuk pemimpin BN di negara ini. Mereka perlu sedar jawatan mereka dalam perkhidmatan polis bukan kekal selama-lamanya, bila sampai umur 58 tahun mereka akan pencen. Berapa ramai polis yang bertindak secara tidak profesional ketika berkhidmat, apabila pencen malu mata dengan masyarakat. Undang-undang apa yang polis pakai sehingga menangkap mereka yang memakai baju Bersih.

Tindakan double standard yang dilakukan oleh pihak polis menyebabkan imej anggota polis semakin jatuh. Rakyat tertanya-tanya kenapa kaedah pencegahan tidak dilakukan kepada Omar Din yang memberi amaran 50 ribu anggota silat bersedia untuk menggempur. Begitu juga kenyataan Ibrahim Ali Perkasa seolah-olah tidak ada apa yang merbahaya kepada keselamatan negara. Kita tidak dapat bayangkan jika kenyataan ini di keluarkan oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat. Saya yakin tidak kurang 2 tahun direhatkan di Kemunting. Di manakah mata telinga polis di dalam hal yang melibatkan mereka yang menentang Bersih?

Pihak polis perlu perhatikan siapa yang melakukan provokasi. NGO Umno dengan sewenang-wenangnya mengatakan kami tidak boleh menjaga amarah ahli kami, sedangkan pemimpin Bersih menyebut, kami boleh mengawal ahli, malahan memberi jaminan akan mengarahkan siapa yang melakukan provokasi akan ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Ustaz Idris Ahmad

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails