Monday, July 11, 2011

Rugi RM100 Juta kerana BERSIH.. Nak bohong tu.. agak-agak la Sedara..

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia mendakwa perhimpunan BERSIH telah menyebabkan peniaga kecil di KL kerugian kira-kira RM100 juta.


Sidang akhbar oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia berhubung isu perhimpunan haram yang menyebabkan prniaga-peniaga kecil di Kuala Lumpur mengalami kerugian RM100 juta.


Katanya lagi perhimpunan itu melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil yang dianggarkan berjumlah RM10,000.00 sehari..

Nak bohong tu agak-agaklah sedara... RM10,000.00 sehari tu meniaga apa?

Jika kita darabkan angka 5,000 dengan RM10,000.00 jawapannya ialah RM50,000,000.00 sahaja.. jadi bagaimana mamat tu boleh mengatakan kerugian mereka adalah RM100 Juta?

Nak mark-up kot?? takkan nak makan komisyen sampai RM50 Juta pulak..

Persatuan peniaga dakwa rugi RM100j akibat bersih

KUALA LUMPUR 10 Julai — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd. Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan haram semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta.

Beliau berkata, perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah.

"Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur.

"Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails