Thursday, July 21, 2011

Ustaz Azhar Idrus…satu fenomena!

sekarang ni nama Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal di merata-rata tempat malah ada yang gelar Ust. Azhar sebagai ‘Ustaz Youtube’ kerana pengaruhnya yang cukup hebat dalam laman tersebut

kaset dengan vcd ni jangan ceritalah, laris macam pisang goreng, kalah vcd Mat Sabu hehehehe

dialek Terengganunya sangat pekat, sampai orang Perak pun dah leh faham cakap Terengganu disebabkan pengaruh Ustaz Azhar ni

yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…

malah pasal rock pun dia rembat semacam je

aku difahamkan dia minat fotografi dan gajet, sebab tu benda-benda moden ni celah gigi dia je, dan bila semua perkara ini disentuh sekali dalam ceramahnya, ia membuatkan kita merasa ‘dekat’ terutama bagi orang muda


tapi kita kenalah tahan telinga sikit bila Ustaz Azhar buka mulut, pedas giler beb…tapi jangan risau, dalam pada dia ‘smash’ tu, cepat-cepat dia buat lawak balik membuatkan semua hadirin tak ambil hati dengan teguran-tegurannya

cuma ada juga aku dengar ramai pihak yang tak puas hati kerana Ustaz Azhar ni bukanlah mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama, bukan ‘grad’ Al-Azhar le senang citer

untuk makluman korang, Ustaz Azhar ni dulu guru muzik tapi katanya berbelas tahun dia mengaji agama dengan tok-tok guru terkenal, lepas tu baru dia start berceramah

malah ada sumber yang pernah berbisik kat telinga aku yang Ustaz Azhar dulu study kat US, entahlah Wallahualam

bagi aku tak kisah apa pun latar belakangnya, selagi dia membawa ilmu yang benar dan tak menyimpang, maka kita perlu kagum dengan insan seperti Ustaz Azhar Idrus

sekurang-kurangnya, bila beribu insan jahil di luar sana mula mengikut syarahan-syarahan agamanya, itu pun bagi aku satu perkembangan yang cukup baik, dok gitu?

http://syahrilkadir.wordpress.com

1 comment:

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails