Friday, July 29, 2011

Kedai Rakyat 1M’sia: Mydin dapat RM1 bilion ?

Muda Mohd. Noor
http://dnobiz.com/wp-content/uploads/2011/06/kedai-rakyat-1-Malaysia.gifPETALING JAYA: Pasar raya besar Mydin mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan sebanyak RM1 bilion bagi projek pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia.


Menurut sumber, peruntukan besar itu diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.



Kedai Rakyat 1Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun 2011 di LRT Kelana Jaya di sini.


Bagaimanapun, pemberian peruntukan RM1 bilion kepada Mydin tidak disenangi oleh pemimpin perniagaan Melayu.


“Mengapa diberikan kepada pasar raya Mydin, apa yang mereka bantu kepada peniaga Melayu.


Gergasi runcit
“Begini bukan cara untuk membantu peniaga Melayu…..ia untuk mengkayakan lagi gergasi runcit itu,” kata seorang pemimpin dewan pernigaan Melayu yang enggan namanya disiarkan.


Beliau menambah, sepatutnya peruntukan sebegitu besar diberikan kepada dewan perniagaan kerana mereka lebih tahu dan memahami bagaimana untuk memajukan peniaga Melayu.


Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) Datuk Syed Amin Aljefry berkata, tahap perniagaan orang Melayu masih tidak berganjak.


Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan pihak tertentu kononnya peniaga Melayu tidak mampu bersaing dengan peniaga kaum lain.


“Cuma barangkali peniaga Melayu masih menghadapi kelemahan dalam bidang pemasaran tetapi dalam bidang yang lain kita boleh bersaing dengan sesiapa pun,” tambahnya.
Sumber:freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails