




sumber:ustaznazmi.blogspot

Sudah terang lagi bersuluh betapa jahat dan melampaunya kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Parti keris berkarat UMNO.Kes-kes seperti rasuah,memfitnah,dan merompak harta Negara adalah kebiasaan bagi parti ini.Kesombongan dan keegoaan yang melampaui batas-batas kemanusiaan menjadi prinsip perjuangan parti yang sudah tua dan beruban ini.
Selama 51 tahun rakyat di perbodokan dan di bengongkan oleh parti UMNO.Baru-baru ini juga puluh ribu rakyat turun berdemontrasi menggegarkan Bandaraya Kuala Lumpur membantah PPSMI,namun rakyat di beri layanan seperti nyamuk aedes di beri semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata,tetapi semburan itu rupa-rupanya mukadimah bagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai segala-galanya dan sewenang-wenangnya boleh memenyek rakyat di bawah ini.Sudah banyak memorandum yang rakyat hantar kepada kerajaan berkenaan semua isu yang berkaitan dengan permasalahan rakyat,namun rupa-rupanya semua memorandum itu tidak di belek pun malah yang amat menyedihkan semua memorandum itu di bakul sampahkan oleh kerajaan UMNO.
Bukan itu saja,malam ini mereka terus melancarkan semburan water canon kepada rakyat yang sedang mendengar ceramah Anwar Ibrahim di Bukit Selambau ini,yang menyedihkan lagi kanak-kanak dan bayi turut sama menjadi mangsa kerakusan dan kegilaan FRU yang di miliki oleh kerajaan UMNO.Mereka tidak peduli lagi nilai-nilai kemanusiaan yang penting mereka terus bermaharajalela dengan kuasa yang ada padanya.Bukan itu sahaja hadirin yang sedang makan di bawah khemah makanan sementara bertempiaran lari,gerai-gerai yang menjual kekacang,air kepok dan lain-lain lagi terus di hujani dengan semburan water canon.
Jika rakyat Palestin di hujani oleh bom-bom tentera Zionis Israel di tanah air sendiri,tapi rakyat Malaysia di buru oleh bangsa dan pemimpin mereka sendiri di bumi keramat Malaysiaku.Sememangnya parti UMNO ini akan terus begini dulu kini dan selamanya,tambahan pula Najib yang berketurunan Mongolia ini akan mengambil alih tampuk kepimpinan Negara sedikit masa lagi.
Keadaan sekarang ini cukup genting buat Najib andai pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau ini jatuh kepada Pakatan Rakyat.Itulah yang sekarang ini membingungkan Najib dan konco-konconya,bukan itu sahaja berkuatkuasa sekarang ini akhbar Harakah dan Suara Keadilan akan di gantung permit selama 3 bulan di sebabkan ketakutan yang melampau parti UMNO pada media cetak ini,andai tidak di gantung sudah pasti kekalahan pada pilihanraya kecil ini tampak cerah.Maka kerajaan UMNO pun bertindak membiawak buta tanpa berfikir kesan yang bakal berlaku kelak…ini kah prinsip golongan Islam Hadhari??????????????????
12.37 am
Angin petang yang meredup lembut meniup beberapa helaian janggut ku,aku bersyukur kerana Allah SWT masih lagi memberi nikmat dapat merasa nyamannya tiupan angin di petang itu,bersama beburung layang-layang terbang bebas mengajak beberapa ekor lelayang lain,sesekali menyinggah di batuan gua yang berada di depan pancaindera ku ini.Betapa Agung dan Maha Hebatnya ciptaan Allah SWT memberi pinjam nikmat mata kepada ku di tambah lagi dengan nikmat cahaya melihat warna hijau sawah padi bersama sedikit kekuningan.Jika hendak di hitung semua nikmat Yang Agung ini maka tidak terhitung banyaknya.Namun dengan nikmat ini manusia sering terleka dan sering tersasar jauh dari nilai kebaikan yang mesti di patuhi.
Bukan hanya nikmat boleh melihat terbangnya beburung sahaja yang Allah SWT anugerahi,nikmat kaki,tangan dan bermacam lagi yang Allah SWT sarungkan pada jasad ku ini.Tidak ternilai anugerah ini dan tidak mampu untuk aku membayarnya walaupun aku beribadat beribu-ribu tahun padaNya.Namun hakikatnya aku sering leka bersama nikmat ini,kedamaian dan kesenangan yang aku miliki membuatkan aku semakin jauh dari rumahMu,jika dulu hati dan jiwa ku sentiasa berada di dalam rumahMu,selalu berada di dalam taman-taman syurgaMu bersama para alim ulama’,tapi itu dulu sekarang aku sudah memiliki rumah besar,kereta besar dan apa lagi yang tiada padaku semuanya aku ada.Pangkat yang ada padaku sekarang cukup membuatkan diriku lebih megah dan memberi kegerunan pada rakyat di bawah ku.
Jika dulu aku seorang yang pemurah walaupun miskin dan papa kedana namun kini aku sudah kaya dan mewah bukan setakat duit yang aku ada cukup menampung seluruh kehidupan aku sepanjang hayat,namun duit aku masih berbaki jutaan ringgit berada di dalam bank-bank luar Negara.Semua angan-angan ku dulu sudah ada di depan ku,jika dulu aku berjalan kaki ke masjid meredahi hujan di titian bendang,namun kini aku mampu memiliki kereta mewah yang tidak ada lagi orang lain pakai selain aku di sini.Jika dulu sebelum terbang lalat dahi ku sudah singgah di tikar sejadah bertahajut padaMu memohon ampun bersama linangan air mata yang jernih mengalir lurus di pipi ku,namun semua itu sudah lama ku tinggalkan,sudah lama dahi ku tidak menyentuh bumi ini,kerana aku sibuk dengan urusan perniagaan di luar Negara bersama pelanggan ku.Jika dulu baju ku basah meredah hujan dan sesekali tenggelam bersama air bah,namun kini aku tenggelam bersama kemewahan yang melimpah ruah.
Siapa lagi yang berani membuli ku sekarang,semuanya tidak terkata pabila kereta Posche warna hitam memasuki kampong Sepening Biawak,penduduk kampong itu tertelan air liur dan tertonjol biji mata melihat diri ku brsama kereta posche ku itu.Namun semua kemewahan dan kesenangan itu tidak bertahan lama,nikmat yang aku dapat itu sekarang sudah tiada bersama ku,duit yang banyak tidak lagi berguna untuk ku,rumah,kereta yang aku ada tidak ubah seperti barang permainan.Kini aku terpaksa mengakui kelemahan diri ku sebagai manusia yang menjadi hamba padaNya,nikmat pancaindera,kaki,tangan yang Dia beri pinjam dulu telah di ambil semula olehNya,kerana itu adalah hak milikNya yang sementara di tumpang pada jasad ku,kini barulah aku sedar dan mengerti bahawa hidup ini tidak bererti andai diri tidak memahami apa maksud kehidupan di dunia ini andai Islam tidak di junjung tinggi di dalam diri dan di dalam ibu pertiwi sebelum jasad ku kaku nanti.
12.28 am

Setelah 51 tahun parti UMNO memimpin kerajaan Malaysia,UMNO kini semakin tua dan beruban,bukan itu sahaja,satu isyarat pada 8 Mac 2008 membuktikan segala-galanya pada parti UMNO.Fenomena ini memperlihatkan perubahan dan mood rakyat pada parti UMNO kian pudar dan kian tawar dek keangkuhan yang melampau.Apa yang jelas sekarang rakyat semakin tertekan dengan sikap dan moral sebilangan pemimpin UMNO terpalit dengan kes-kes rasuah yang berkurun dan berzaman lamanya menjadi acuan yang sebati dalam parti UMNO.
Namun hakikatnya pemimpin yang rasuah itu akhirnya di lepaskan bebas dan masih lagi memimpin kerajaan Malaysia mahupun memimpin parti UMNO.Sudah berzaman dan berkurun lamanya cerdik pandai seperti doctor,pensyarah dan golongan professional mengambil sikap mungunci mulut dan menutup sebelah mata demi memberi kepercayaan pada UMNO memacu Negara ini dengan baik,namun bak kata pepatah harapkan pagar,pagar makan padi.Sesungguhnya harapan jutaan rakyat yang selama ini memberi undi dan kepercayaan pada parti UMNO rupanya sia-sia belaka,bukan itu sahaja mutakhir ini pelbagai gejala social muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan kes bunuh,rogol,merompak,mencuri,merempit dan berkilo-kilo lagilah kes-kes yang berat berlaku dalam Negara kita termasuklah kes berprofil tinggi pembunuhan Altantuya yang sampai sekarang tidak berjaya menangkap pesalahnya.Rakyat sudah muak dengan system kehakiman Negara kita yang berat sebelah seperti dacing yang senget.
Mungkin gejala sosial ini sudah menjadi biasa kepada rakyat selama ini di bawah kerajaan Islam Hadari pimpinan Pak Lah Badawi.Apa apa pun isu ini sudah bersarang dan agak lama,tapi isu terbaru yang membuatkan rakyat cukup benci pada pemimpin UMNO adalah isu PPSMI yang kita semua ketahui bukan sahaja membunuh bahasa dan bangsa tapi membunuh sama sekali kepercayaan pada parti UMNO yang sona.Menjelangnya perhimpunan agong UMNO sehari dua lagi sudah tentu pembahagian wang akan rancak mengalir,ini di akui sendiri oleh En.Bakar dari Langkawi semasa saya berbual pada 2 bulan lepas memang cukup teruk dan buruk cara mereka mengangkat pemimpin,maka tidak hairanlah bila dan jadi pemimpin kelak amalan rasuah ini akan terus-menerus.
Namun apabila rakyat menegur,mereka melempang rakyat dengan semburan gas pemedih mata dan pancutan water canon serta memasukkan ke dalam ISA yang sial itu.Rakyat menegur itu bukannya dari kalangan rakyat biasa yang berada di kampong-kampung dekat dengan jin bertendang.Tapi yang menegur itu adalah pakar bahasa seperti Dato’A.Samad Said,Dr Hassan Ahmad dan yang menegur itu adalah para alim ulama supaya amanah kepemipinan itu membuahkan pahala yang bakal mendapat syurga dan bukannya semakin berdosa yang akan di humbankan ke dalam neraka kelak.Rakyat menegur agar sama-sama selamat di dunia dan akhirat kerana amanah kepimpinan ini adalah tanggungjawab yang besar dan bukannya boleh di main-main seperti bermainnya kanak-kanak tadika kemas.
Aku sebenarnya bukan lah suka sangat menegur dan menuduh membiawak buta saja tanpa usul periksa,tapi aku mengkaji dan menggamati setiap perkara,kerana di sampai saat ini bangsa Melayu terus layu dan mundur di bawah pimpinan UMNO di sebabkan sikap bongkak dan angkuk tahap gaban.Maka yang menjadi mangsa adalah aku sebagai rakyat yang sekarang ini ibarat melukut di tepi gantang Bagdad.Kemewahan yang di miliki Negara ini hanya dapat di rasai dan di gongong dengan rakus oleh pemimpin Negara,rakyat hanya melihat dan menadah dengan tangan kosong,adapun yang datang bukannya sekampit beras tapi semburan water canon dan tembakan peluru.Kenapa rakyat sering tertipu?kenapa kekayaan Negara hanya di kecapi oleh pemimpin sahaja?adakah rakyat seperti robot yang tidak berperasaan dan tidak berselera dengan semua itu?......
Hati rakyat terus di ratah dan di lukai sepanjang masa,cuma sesekali hati rakyat ini di ubati dengan media seperti TV3 suku dan RTM yang memberi sedikt penawar,namun rupanya penawar itu palsu semata-mata.Apalah nasibku di bumi keramat Malaysiaku berada pula di bawah pemimpin UMNO yang hatinya batu.Wahai pemimpin sebangsa ku dengarlah luahan hati rakyatmu ini agar aku dapat hidup bersama kedamaian ISLAM sebagai lambang kemegahan di bumi Malaysia ini,pencuri dan perompak tiada lagi,aku hidup jua dengan tenang tak perlu takut pada jembalang di waktu malam kerana aku tahu ISLAM sudah berkuasa di bawah pemimpin sebangsa ku,namun itu hanyalah angan-anganku semata-mata,ku harap ia menjadi kenyataan dan yang pasti pemimpin sebangsa ku dan seagma ku masih berkuasa di bumi bertuah Malaysia ku yang ku cintai sepanjang hayat ku.
Nukilan Syed Izham 3.02 pagi
surah al-Baqarah ayat 264.
"
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan mengejek (si penerima), seumpama orang yang menafkahkan hartanya dengan penuh riyak di hadapan manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Maka perumpamaan orang itu seperti sebuah batu besar yang licin terdapat tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan yang lebat lalu batu tersebut menjadi bersih. Mereka tidak memperolehi apa pun dari apa yang mereka lakukan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."

Selepas beberapa hari berlalunya demontrasi membantah PPSMI,yang mana rakyat terpaksa membayar dengan harga yang amat mahal sanggup meninggalkan anak isteri,ada yang sanggup menutup kedai dan ada yang membawa seluruh ahli keluarga turun berdemo demi melihat kelangsungan bahasa Melayu terus meniti zaman.Namun kehadiran puluh ribu rakyat di atas jalan raya yang memegang tangan anak kecil dan tangan terketar-ketar ibu tua,rupa dibalas dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata sampaikan ibu tua terpaksa mengagahi diri untuk lari dari semburan itu,namun apa sangat kudrat yang ada pada ibu tua berbanding kelajuan semburan water canon dan tembakan peluru.
Apakah dosa dan kesalahan ribuan rakyat terus di sembur dengan gas pemedih mata,umpama menyembur nyamuk Aedes.Rakyat bukannya lawan kamu wahai FRU….tapi rakyat berdemo untuk memperlihatkan kepada mereka yang buta kayu,pekak badak,juling itik dan tuli supaya mansuhkan PPSMI bukannya turun untuk merosakkan harta benda awam.
Tetapi ini lah dia ucapan dan sambutan yang di berikan oleh Kerajaan pusat pada ribuan rakyat dengan hadian semburan water canon dan gas pemedih mata.Rupa mereka sudah lupa satu ketika dulu bahawa rakyat ini lah yang memberi undi pada pilihanraya tempoh hari,tapi ini balasan dan simpati mereka kepada sang rakyat.Alangkah sedihnya hati rakyat,alangkah tergurisnya jiwa rakyat dan alangkah hinanya rakyat Malaysia ini habis madu sepah di buang,itulah nasib rakyat di bumi keramat Malaysiaku.
Wahai bangsa Melayu kemanakah mereka ingin membawa kamu,ingin ke syurga??tapi masih mengekalkan undang-undang penjajah,masih lagi rasuah,masih lagi kedaroh,masih lagi membiarkan isteri-isteri tidak terarah.Atau ingin membawa bangsa dan bahasa Melayu menguasai dunia ini??jauh…jauh panggang dari api.Atau ingin membawa kearah kemusnahan dan menjahanamkan kita semua??yang ini aku yakin akan berjaya mereka bawa kita sampai ke tujuan itu.
Namun hari ini,mereka masih berdegil,masih membutakan mata dan masih memekakkan telinga tiada lagi jawapan berkenaan PPSMI.Pelajar Melayu dan yang lainnya terus menunggu supaya bantahan ini di terima namun sebutir habuk pun tiada menyinggah mana-mana.Memang sah lah mereka hendak mengomputihkan orang Melayu supaya terus layu dengan identity bangsa Melayu sendiri dan terus kuyu dengan agama sendiri,akhirnya akan merayu semahu mahu pada pemimpin Melayu yang buat tak tahu…..bersambung
For your information. This is true. Already in KK so be careful..
Please give wide publicity !
Bank ATM ' s Converted to Steal IDs of Bank Customers
A team of organized criminals are installing equipment on legitimate bank ATM's in at least 2 regions to steal both the ATM card number and the PIN . The team sits nearby in a car receiving the information transmitted wirelessly over weekends and evenings from equipment they install on the front of the ATM (see photos) . If you see an attachment like this, do not use the ATM and report it immediately to the bank using the phone on the front of the ATM .
The equipment used to capture your ATM card number and PIN are cleverly disguised to look like normal ATM equipment . A ' skimmer ' is mounted to the front of the normal ATM card slot that reads the ATM card number and transm its it to the criminals sitting in a nearby car. At the same time, a wireless camera is disguised to look like a leaflet holder and is mounted in a position to view ATM PIN entries.
The thieves copy the cards and use the PIN numbers to withdraw thousands from many accounts in a very short time directly from the bank ATM .
Equipment being installed on front of existing bank card slot .
The equipment as it appears installed over the normal ATM bank slot
The PIN reading camera being installed on the ATM is housed in an innocent looking leaflet enclosure
The camera shown installed and ready to capture PIN ' s by looking down on the keypad as you enter your PIN

Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang. Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.
Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina. Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.
Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau. Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.
Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!
Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!
Apabila Nizar bertamukan orang
Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!
Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!
Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan
Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…
Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.
Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suami menjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi ‘kaduk naik junjung.’
Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.
Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.
Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.
Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.
Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.
Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.
Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…

Alhamdulillah,hari ini saya dan para sahabat berpeluang menghadiri satu majlis Maulid Ar-Rasul bersama Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Baba Khairul iaitu Mudir Pondok Gajah Teriak,Jitra,Kedah Darul Aman.Beliau amat di segani kerana tingginya ilmu yang di miliki,beliau menjelaskan mengadakan Maulid adalah untuk mendekatkan diri pada Allah SWT dan menzahirkan mahabbah dan kegembiraan kepada Nabi Muhammad SAW.Walaupun Nabi tidak pernah buat,tetapi bidaah yang baik dan mengembalikan serta membangkitkan rasa cinta kita terhadap Nabi SAW yang telah pudar.
Beliau juga menjelaskan lagi,sebenarnya orang yang menghalang melakukan maulid ini adalah dari golongan wahabi yang ingin menjauhkan kita dari beramal dengan Islam.Beberapa sahabat telah menjelaskan seperti di bawah:
Saidina Abu Bakar As-Siddiq.”Sesiapa yang mengagungkan maulid Nabi,pasti dia akan menjadi kawan dan sahabat rapat di akhirat kelak.”
Saidina Umar AL-Khattab.”Sesiapa yang mengeluarkan I dirham untuk maulid Nabi,seolah-olah mereka menghadiri 2 peperangan iaitu perang Hunain dan perang Badar.”
Saidina Uthman pernah berkata.”Sesiapa yang membesarkan Nabi,sesungguhnya dia telah menghidupkan agama Islam.”
Sambutan maulid ar-Rasul ini dengan berselawat dan qasidah memekarkan lagi hati dan bukti cinta serta kasih pada Nabi SAW.Namun ini sebahagian kecil dari rasa cinta pada Nabi,tapi mestilah menterjemahkan rasa cinta pada Nabi itu dengan benar-benar menjunjung perjuangan Nabi dan beramal sungguh-sungguh terhadap amalan yang Nabi telah buat.
Bukannya menyambut secara besar-besaran maulid Nabi tapi melawan dengan sangat hebat para ulama’ sebagai pewaris dan pembawa risalah Nabi.Jika ini terjadi maka tak payah menghabis duit banyak-banyak buat sambutan tapi lawan dan penjarakan ulama’,al-quran hanya di baca tapi tidak di amalkan.Maka lihatlah pemimpin Negara kita yang masih lagi mempertahankan undang-undang penjajah dan terus menutup pintu kepada undang-undang Islam.

Lihatlah wahai bangsaku,setelah 51 tahun lebih UMNO memegang dan memacu Malaysia dengan kuasa yang di berikan oleh rakyat,namun bangsa Melayu semakin layu dan kuyu.UMNO lah punca segala-galanya dalam menghapuskan identity bangsa sendiri bukan itu saja UMNO juga lah yang menjadikan bangsa Melayu mundur dalam semua bidang yang ada pada hari ini,yang lebih parah dan kritikal berkaitan dengan agama kita iaitu Islam yang semakin terhakis pada diri pemuda dan pemudi bangsa Melayu.Mereka lah yang memenggalkan leher bahasa ini secara beransur-ansur dan kini tembelang dan temberang sudah kita nampak betapa biadap nya UMNO pada bangsa sendiri.
Masalah mat rempit semakin hari semakin menjad-jadi,jenayah rogol dan bunuh semakin parah lagi membarah.Sepatutnya dengan pengalaman yang cukup lama dalam kerajaan pusat masalah social ini boleh di kurangkan,tapi tidak ianya semakin memuncak dan mencanak naik.Ini menunjukkan kegagalan dalam melahirkan modal insan seperti mana yang di laung-laungkan selama ini.Bukan itu sahaja,pemimpin UMNO juga memesongkan pegangan umat islam dengan memperkenalkan ISLAM HADARI,memang kita tidak nafikan bahawa prinsip yang di bawa adalah elok dan molek,tapi seolah-olah prinsip itu sekadar kulit semata-mata demi mengekalkan momentum pemerintahan jakun ini.Jika mereka betul-betul mengambil cakna dan mempedulikan masalah rakyat kenapa ramai lagi rakyat yang miskin yang ada di luar bandar,kalau nak di kira hasil kekayaan Negara amatlah banyak dengan adanya hasil petroleum,balak dan sumber mineral yang lain,sepatutnya rakyat sudah terkeluar dari garis kemiskinan ini,tapi tidak rakyat makin sengsara dan melarat,ada yang makan siput babi dan ada juga yang makan ubi kayu seperti zaman penjajah.Apakah daya rakyat di gembirakan dan diseronakkan ketika pilihanraya saja,selepas itu di tepis jauh-jauh pemintaan rakyat.Menggunakan media elektronik sebagai sebaran maklumat kepada rakyat berita-berita yang palsu dan fitnah terutamanya TV3 yang semakin hari semakin menjadi kesukuannya.
Wahai bangsaku pandanglah orang Jepun,mereka hanya memerlukan 30 tahun saja untuk bangkit setelah Negara mereka di gegarkan dengan bom atom yang di gugurkan oleh Amerika Syarikat,sekarang bangsa mereka di pandang tinggi di mata dunia dengan kemajuan yang ada,mereka boleh berbangga dengan syarikat permotoran seperti Toyoto,Honda,Suzuki dan sebagainya.Pada hari ini bangsa Jepun sekali lagi mengejutkan masyarakat dunia terutama AS dan kesatuan Eropah dengan kemunculan robot yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan bukan itu sahaja robot itu menjadi guru kepada anak-anak mereka.Itulah kemajuan dan kemegahan bangsa mereka,dan dengan kemajuan itu adakah bahasa mereka terhapus??jawapannya bahasa mereka telah di pelajari di serata dunia dan saya pun belajar bahasa Jepun selama 2 tahun,kerana apa??kerana mereka memiliki teknologi yang hebat dan kita mestilah belajar bahasa meraka jika ingin mempelajari teknologi yang ada pada bangsa mereka.Terbukti lah sekarang bahawa mereka berjaya mengubah dunia dan bahasa mereka menjadi rebutan dan bualan di serata planet bumi ini.
Namun pemimpin kita sanggup mereka membiarkan rakyatnya dalam kepayahan,mereka bersenang-lenang dan kaya-raya boleh pergi membeli-belah di London,Tokyo,Barcelona,Rome,Boston,Los Angeles dan New York terbang bersama jet peribadi dalam masa seminggu.Menghabiskan jutaan duit rakyat dan jutaan duit itu sepatutnya dapat di manfaatkan untuk pembangunan rumah-rumah rakyat,namun mereka tidak pandang pun rintihan dan deraian air mata rakyat,malah jet yang mereka naiki ini hanya menggegarkan rumah –rumah usang rakyat di bawah ini.Undi yang di berikan pada pilihanraya tempoh hari ibarat mencurah air ke daun keladi,mengharapkan mereka turun menjengok rakyat tapi batang hidung kepek pun tak nampak.Jikalau ada pun hanyalah sekejap saja mendukung beberapa saat saja anak kecil lalu di ambil gambar oleh photographer peribadi di masukkan ke dalam media massa dan melaungkan ini lah pemimpin berjiwa rakyat!! Rakyat terus merintih namun rintihan itu ibarat di bawa angin semilir kemana-mana saja tanpa ada singgahnya.
Pemimpin UMNO terus menggongong hasil kekayaan negara dengan rakus dan terus mengenakan akta-akta yang tidak relevan kepada rakyat,akta AUKU di kenakan kepada mahasiswa agar mematuhi segala tindak-tanduk kerajaan tanpa membangkang sedikit pun,maka jadilah mahasiswa seperti budak tadika kemas.Sebenarnya mereka ingin melihat dan memperbodohkan lagi rakyat….bila rakyat bodoh dan miskin maka senanglah mereka memancing rakyat pada pilihanraya yang akan datang,semakin bodoh dan semakin miskin orang Melayu semakin mudah dan senanglah mereka mengekalkan kuasa memerintah Negara.Jika mereka betul ikhlas sebagai pemimpin dan ingin melihat rakyat berjaya,ingin melihat Negara ini maju,ingin melihat agama ISLAM semakin indah dan berkuasa…maka mereka mesti laksanakan undang-undang islam,mansuhkan PPSMI,pecat dan hambat pemimpin-pemimpin rasuah dan tangkap pembunuh Altantuya.Jika mereka masih bersikap begini maka wajib kita berjuang menjatuhkan pemimpin-pemimpin munafik seperti ini.
bersambung.......
10.51 pm

Insya Allah 7 mac ini bertempat di depan Istana Negara akan diadakan perhimpunan RAKSASA 100 RIBU bagi menghapuskan BAHASA INGGERIS dalam mata pelajaran sains dan matematik.Setelah bertahun-tahun system ini di perkenalkan kepada rakyat selama itulah tekanan yang terpaksa di hadapi oleh pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru bagi menguasai system pembelajaran ini yang dulunya di perkenalkan pada zaman Mahathir.
Namun sekarang ini ternyata system ini gagal dan bukan itu sahaja ramai pelajar-pelajar yang tertekan malah menjadi bosan untuk belajar lagi kerana tidak dapat memahami,yang lebih parah lagi adalah system ini bakal menguburkan dan melenyapkan identity sebenar bangsa Melayu dan juga bahasa Melayu,masihkan kita ingat Perjanjian Pangkor yang di tulis dengan tulisan jawi??ini menunjukkan penerimaan bahasa kita sebagai perantara dan juga di kenali senatero dunia sedikit masa dulu.Namun kini ianya di musnahkan oleh bangsa kita sendiri yang keparat iaitu pemimpin UMNO.Mereka ingin melihat orang Melayu maju tapi maju dengan menggunakan bahasa asing dan bukanyanya dengan bahasa sendiri.
Lihat lah wahai bangsaku Melayu kepada bangsa Jepun dan bangsa Korea mereka boleh maju dan merupakan bangsa yang menjadi ikutan dunia,mereka maju bersama bahasa mereka sendiri dan bukannya bahasa asing.Sejarah membuktikkan sesebuah bangsa yang maju bergerak seiring dengan bahasa ibunda sendiri.Jika Jepun dan
Turunya pahlima-pahlima bahasa seperti A.Samad Said,Khalid Salleh,Dr Hassan Ahmad dan ramai lagi golongan cerdik pandai daripada kalangan pensyarah menunjukkan keadaan bahasa Melayu dan bangsa Melayu cukup tenat dan kritikal sekarang.Harapkan pada keparat UMNO yang selalu melaungkan hidup Melayu………..rupanya mereka adalah kepala bapak retorik semata-mata.
Apa akan jadi dengan agama kita iaitu Islam andai system ini terus berjalan??jikalau pemimpin UMNO masih lagi memekakkan telinga,membutakan mata dan tidak langsung menghiraukan suara rakyat ini,maka kita akan lihat agama kita akan pudar dan hilang di jiwa-jiwa pemuda-pemudi kita…ayuh rakyat Tanah Melayu bangkit bersama kita hapuskan system ini secepat mungkin jika kita mahu lihat bahasa Melayu terus di gunakan …jika tidak bahasa kita akan terlacur oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang haprak ini.
12.53 am

Dunia mula merasakan di tepuk angin kedamaian setelah Barack Hussein Obama memegang Presiden Negara yang memiliki kekuatan ketenteraan tercanggih,termaju dan terkuat di dunia iaitu Negara Amerika Syarikat.Banyak pihak menganggap Obama sebagai pemimpin yang berkarisma dan yang paling ajaib Omaba seorang berkulit hitam boleh memenangi jawatan presiden di Negara majority berkulit putih.
Kini dunia telah menyaksikan harapan dan laugan keamanan dunia yang di isyaratkan pada Obama dahulu ternyata sama sekali tidak di hiraukan oleh Obama dan Obama tidak sedikit pun mendengar laungan itu,seperti mana isu Palestin sekarang Obama mengambil sikap yang bacul dengan berkata bahawa apa yang berlaku di Palestin itu berada di bawah pemerintahan George Bush bukanya masa beliau di lantik secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat dan “tidak ada dua presiden AS dalam satu masa”,kata Obama.
Perlantikkan orang kanan Obama,Hilary Clinton sebagai Setiausaha AS secara terbuka menyatakan “Israel ialah rakan AS dan AS menyokong Tel Aviv berbelah bahagi”.Jadi usah lah mengharapkan orang kafir untuk membela saudara kita di Palestin.Sepatutnya kejutkan dan terajang lah sekuat-kuat hati kepada pemimpin-pemimpin Negara Islam yang sedang tidur-tidur biawak supaya bangkit dari lamunan untuk menuntut bela.Bukannya menadah kasih pada AS yang mana di sekeliling Obama adalah orang-orang Yahudi,mana mungkin mereka akan menolong kita….hinanya kita orang Islam menagih pada orang kafir.
Bersambung……

Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza
Alhamdulillah setinggi syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi menyalurkan oksigen untuk terus hidup di atas muka bumi ini.”GAZA MENANGIS” adalah satu tajuk buku yang di tulis oleh dua orang penulis muda yang tidak asing lagi dan juara dalam menengahkan isu Palestin ini kepada masyarakat iaitu Ustaz Aris Hazlan dan Ustaz Riduan Mohamad Nor.Setelah diriku menatap muka depan buku ini terus jantungku tersedak melihat gambar-gambar rakyat Palestin yang di bom oleh pesawat pengebom F16 dan helicopter tempur tercanggih Apache semua itu buatan Amerika.
Memang binatang Yahudi Zionis ini sejak dulu lagi di kenali sebuah makhluk manusia yang amat jahat di atas muka bumi ini.Sejarah mencatatkan bahawa bangsa ini lah yang membunuh Nabi dan Rasul,menjadi batu api dalam melagakan antara manusia di atas muka bumi ini dan merupakan bangsa yang zalim sezalim-zalimnya.Pernah di usir oleh Rasulullah keluar dari Madinah,menunjukkan kedegilan dan buruknya perangai sang binatang zionis
Seperti mana yang kita ketahui baru-baru ini di raungkan semua pesawat tercaggih dan termoden buatan Amerika dan menggugurkan bom yang terbaik di dunia itu di hamparkan di atas bumi Palestin menyebabkan 1350 nyawa yang tidak berdosa terbunuh.Kehadiran Menteri Luar Israel Tzipi Livni pada 25 Disember 2008 ke Negara Mesir dan bersalaman dengan Hosni Mubarak menunjukkan satu perjanjian dan kerjasama yang erat bagi melancarkan serangan itu seperti mana kata-kata Tzipi Livni “Palestin akan berlaku perubahan 2 hari lagi”…ternyata dia mengotakan janjinya di depan Lembu Hosni Mubarak.Masihkan kita ingat kehebatan dan kejantanan Hosni Mubarak menggerakkan jet-jet pengebom merampas kembali semenanjung Sinai?Israel terpaksa akur dengan kekalahan ini pada tahun 1973,namun itu Hosni Mubarak dulu sekarang dia sudah berubah sama sekali.Hosni Mubarak lah yang menjadi pengkhianat dalam pembataian rakyat Palestin ini.
Syabas di ucapakan kepada 2 tokoh muda ini membawa dimensi baru dalam menyemarakkan lagi semangat kami sebagai mahasiswa untuk terus bersama dalam perjuangan ini.Dua tokoh ini cukup aku kenali dalam perjuangan ini,aku pernah di tarbiahkan olehnya,telinga aku pernah mendengar ucapannya secara langsung,mata ku pernah menatap matanya dan tanganku pernah bersalaman dengan tanganya….semoga bekasan dari salaman itu telah sampai ke tangan pimpinan HAMAS dan rakyat Palestin yang bakal mendapat syahid dan yang sudah pun menjadi syuhada dan aku juga menjejaki untuk mendapat syahid itu.