Jumhur fuqaha berpendapat bahawa jari tersebut hanya diangkat sebagai isyarat dan ia tidak digerakkan, kerana berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zubair r.a yang bermaksud :
“Adalah Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan baginda tidak menggerak-gerakkannya dan pandangan baginda tidak melampaui isyaratnya itu.”
[Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibnu Hibban]
Hadis ini adalah sahih sebagaimana diterangkan oleh Imam Nawawi di dalam Al Majmu’ jilid 3, hlm.454 dan juga oleh Sayyid Umar Barakat dalam Faidhul Ilahil Malik jilid 1, hlm.125.
[Fiqhul Islami, Dr. Wahbah Az Zuhaili, jilid 1 hlm.716]
Mereka bersandarkan dengan sebuah hadis daripada Wail bin Hujr r.a yang bermaksud :
“Kemudian Nabi SAW mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda menggerakkannya sambil berdoa.”
[Riwayat Ahmad dan An Nasai]
Tetapi tiga imam mazhab lainnya yakni Hanafi, Syafie dan Hanbali tidak memakai zahir hadis Wail bin Hujr r.a tersebut sehingga dapat kita jumpai bahawa fatwa mereka bertiga tidak mensunatkan tahrik(menggerakkan jari telunjuk). Hal ini disebabkan kerana mensunatkan tahrik bererti menggugurkan hadis Ibnu Zubair yang menunjukkan bahawa Nabi SAW tidak melakukan tahrik.
Di dalam ilmu usul fiqh ulama telah menggariskan satu kaedah, iaitu menggabungkan dua dalil yang bertentangan adalah lebih baik daripada menggugurkan salah satunya.Hal ini antaranya dinyatakan dalam An Nafahat oleh Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al Khatib hlm. 110 :
“ Jika memungkinkan dilakukannya penggabungan dan penguatan maka penggabunganlah yang lebih utama dan itulah yang lebih sahih kerana pada penggabungan itu terdapat pengamalan dua dalil manakala pada penguatan hanya terdapat pengamalan satu dalil(yang bererti menggugurkan dalil yang lain).”
Oleh yang demikian, menurut Al Imam Al Baihaqi berkenaan hadis daripada Wail bin Hujr tersebut katanya; “ berkemungkinan bahawa yang dimaksudkan dengan tahrik di situ adalah mengangkat jari telunjuk, bukan menggerakkannya secara berulang-ulang(takrirut tahrik) sehingga tidaklah bercanggah dengan hadis Ibnu Zubair.”
Komen Imam Baihaqi ini bertepatan, kerana pada mulanya jari telunjuk itu diam dan ketika sampai pada hamzah(lailahaillallah)kita angkat, maka itu sudah menunjukkan tahrik yakni menggerakkan jari telunjuk tersebut.
[Rujukan : Fiqhul Islami 1/716, Al Majmu’ 3/454, Faidhul Ilahil Malik 1/125, Al Mughni 1/534]
Maktabah Islamiah.
No comments:
Post a Comment