Perjalanan bermula di Stesen Bas Kangar,Perlis dengan bayaran tiket pulang ke Kuala Terengganu berjumlah RM57.00 cukup tinggi bagi aku al-maklumlah akhir-akhir tahun macam ni simpanan dah kosong di semua bank.Tetapi tidak mengapa ianya bukan halangan untuk pulang beraya di kampong halaman yang di cintai.Terima kasih buat sahabat-sahabat di atas pertolongan kalian,semoga Allah membalas jasamu itu.9 jam perjalanan merentasi banjaran Titiwangsa dan merentasi Tasik Banding serta melintasi laluan gajah sesekali terasa sedikit kegusaran di hati ini.
Kali terakhirnya aku pulang ke kampong semasa hari raya aidilfitri yang lepas,itupun dengan menaiki bas Kerajaan Negeri Terengganu,semua di biayai oleh kerajaan untuk 2 kali perjalanan.Mengikut sedikit kajian hanya kerajaan Terengganu sahaja menyediakan bas percuma bagi mahasiswa yang berada di perantauan di seluruh negara.Al-Maklumlah Negeri Terengganu adalah negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli.Maka sudah menjadi kewajiban selaku kerajaan berbakti kepada rakyat dengan duit hasil bayaran pertronas kepada kerajaan negeri.Mungkin ini juga strategi kerajaan Negeri Terengganu yang ada sekarang untuk mempertingkatkan kecaknaan kepada golongan mahasiswa dan menarik sokongan golongan cerdik pandai ini kepada parti mereka yang sekarang ini gersang dan tandus dari sokongan pengundi muda.
Namun mahasiswa bukan golongan yang boleh di cucuk hidung seperti penduduk yang berada di kampung-kampung,mereka mempunyai pemikiran yang matang dan boleh menilai perkara mana yang baik dan buruk.Jika ada mahasiswa yang ingin membalas jasa dengan mengundi dan menyokong parti UMNO-BN kerana baiknya kerajaan negeri yang ada sekarang,maka mahasiswa ini telah sewel dan tindakan menyokong dan mengundi parti UMNO-BN pada pilihanraya kelak adalah satu tindakan yang paling bodoh dalam dunia.
Cuba kita lihat,dengan kekayaan duit minyak yang banyak di mana mereka telah gunakan, adakah di salurkan untuk rakyat???apa yang pasti kekayaan ini telah di gunakan dengan pembinaan Taman Tamadun Islam yang menelan belanja jutaan ringgit,pertandingan kapal layar juga telah menghaguskan puluhan juta duit rakyat dan banyak lagi projek-projek mega yang mengutungkan kroni dan perut busuk mereka.
Sejarah telah meletakkan pemimpin UMNO-BN adalah pemimpin yang paling pembohong dan penipu di dalam dunia kini,mereka menafikan hak royalty yang sewajibnya di beri pada masa PAS memerintah tempoh hari,ini kerana Akta Pembangunan Pertroleum 1973 telah memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalty sebanyak 5% dan perkataan ‘lima peratus’ itu di tulis dengan jelas dan terang dalam perjanjian.
Itu lah UMNO-BN dulu kini dan selamanya akan terus jahat dan khianat kepada bangsa Melayu apatah lagi terhadap agama sendiri.Bukan itu sahaja ADUN-ADUN UMNO-BN terus berlumba-lumba membina istana peribadi masing-masing contohnya di Kampung Banggol Tok Jiring,Kuala Terengganu.Kini jelas kepada kita bahawa pemimpin UMNO lah yang telah bertindak zalim dan khianat tahap ‘gaban’ kepada seluruh rakyat Terengganu.
Bersambung pada siri yang berikutnya...
Oleh: Muhammad Hafizul Al-Bukit Besari
No comments:
Post a Comment