Apabila di sebut mahasiswa semua pihak dan masyarakat akan memandang tinggi,malahan kehadiran mereka di sesebuah tempat memberi banyak manfaat dan faedah serta secara langsung meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat seperti merancakkan aktiviti perniagaan dan membuka lebih banyak peluang-peluang baru dalam bidang pekerjaan di tempat itu.
Sememangnya di akui mahasiswa mempunyai status dan tarikan yang begitu kuat pada pandangan masyarakat dari sudut kepandaian dan kecerdikan,apabila bercakap tentang sesuatu perkara kepada masyarakat ianya akan mudah di terima dan ambil sebagai panduan.Mahasiswa seolah-olah duta untuk membantu masyarakat dari semua sudut samaada dari sudut ekonomi,pengurusan organisasi,idea-idea baru dan yang paling besar berkaitan soal-soal agama.Maka university adalah tempat mereka mencari ilmu agar suatu hari nanti ilmu ini dapat di tiupkan ke muka masyarakat demi membantu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi oleh mereka secara berterusan.
Namun persoalannya adakah mahasiswa yang ada sekarang ini betul-betul mempunyai ciri-ciri sebagai duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat? Mengikut penelitian dan kajian kebelakangan ini sememangnya mahasiswa yang ada sekarang ini tidak mempunyai ciri-ciri sebagai duta untuk menyelamatkan masyarakat,malah mahasiswa kini boleh di katakan penyebab kepada meningkatnya kerosakkan akhlak masyarakat setempat.Apa tidaknya,cuba kita lihat suasana yang berlaku di dalam kampus yang ada di seluruh negara yang mana suasana mencari ilmu telah bertukar kepada suasana mencari pasangan.Budaya berpasang-pasangan yang berlaku sekarang ini di dalam kampus semakin rumit dan meruncing serta tiada pencaknaan oleh pihak yang berwajib.
Seolah-olah suasana kampus sekarang ini tidak mencerminkan senario ke arah budaya ilmu,tetapi lebih kepada medan untuk bercintan-cintun dan melepaskan renjisan gelora embun muda.Jika suasana ini tidak di ubah maka jangan di sebut soal keberkatan ilmu.Setiap kampus di dalam negara kita di bangunkan sebuah pusat Islam yang mana peranannya untuk mendidik warga kampus khususnya mahasiswa kepada taqwa kepada Allah SWT.Maka banyaklah program di laksanakan di dalam pusat Islam ini,namun adakah program yang di laksanakan dengan begitu banyak ini benar-benar berkesan untuk mendidik mahasiswa atau sekadar memenuhi aktivit di pusat Islam sahaja.Jika ini yang telah di laksanakan dan tiada kesan kepada perubahan terhadap mahasiswa maka adakah kita perlu meneruskan aktiviti ini di tempat yang sama di tahun hadapan? Atau perlu di tukar tempat program iaitu di buat di ruang legar asrama dan sebagainya,maknanya bukannya apabila di sebut ceramah agama sentiasa di pusat islam semata-mata.Biasanya yang hadir kemasjid dan pusat islam adalah mereka yang sudah terdidik dan tidak mungkin mereka ini berpasang-pasangan.Sepatutnya di gunakan pelbagai cara dan kaedah dalam menyelesaikan permasalahan yang besar ini, kerana ianya melibatkan golongan mahasiswa yang mana suatu hari nanti mereka inilah yang akan memimpin negara.Kaedah yang lama telah gagal melahirkan pemimpin yang bersih dan adil malah kaedah itu telah melahirkan pemimpin yang bukan sahaja rasuah tapi memperbodohkan dan melembabkan pemikiran masyarakat dari terus maju.
Tidak di nafikan bahawa kerajaan yang memimpin negara kita sekarang ini adalah kerajaan yang terus mengamalkan rasuah dan istiqamah dalam menipu rakyat.Tetapi bagi kita yang memahami hakikat ini perlu memanfaatkan posisi kerjaya masing-masing untuk mengubah suasana ini kepada suasana sejahtera dan menuju kepada keredhaan Allah SWT.Jika kita pensayarah dalam bidang IT maka manfaatkan posisi kerjaya itu untuk membantu mahasiswa memahami Islam secara syumul atau pun kita sebagai mahasiswa yang mahir bidang IT bersama berganding bahu dan lengan untuk melancarkan misi dakwah ini di kampus.Contohnya sekarang ini boleh di katakan di setiap kampus di lengkapi internet,maka dari sudut ini dakwah menjadi lebih mudah dan efisien iaitu dengan mengutip semua email daripada semua mahasiswa dan jadikan atau wujudkan email group,maka apabila sudah ada semua itu bolehlah emailkan artikel-artikel mengenai ilmu-limu agama dan ilmu duniawi yang lain.Cara ini lebih berkesan kerana kebiasaanya mahasiswa memiliki email peribadi masing-masing dan ini merupakan satu bentuk penyebaran dakwah secara berterusan walaupun mahasiswa ini telah menempuh alam pekerjaan nanti, mereka akan terus mengekalkan email peribadi masing-masing.
Teknologi yang ada sekarang ini sepatutnya di sambar oleh kita yang faham tentang islam dengan cepat dan cekap,ini kerana jika kita lambat dalam memberi focus kepada teknologi yang sudah terbentang ini maka musuh akan mengambil alih dengan jayanya.Apabila kita merungkai tentang teknologi ini,kita perlu melihat kepada siapa sasaran dakwah ini,sekarang sasaran dakwah kita adalah mahasiswa,maka menggunakan teknologi seperti email,laman web dan laman blog serta facebook adalah cukup berkesan kerana ianya digunakan oleh seluruh mahasiswa.Tetapi jika sasaran dakwah menggunakan teknologi ini di tujukan kepada masyarakat luar yang berada di kampong-kampung maka ia tidak sesuai lagi buat masa ini,kerana sebilangan besar masyarakat kampong tidak mengenali apa-apa tentang teknologi ini.Maka sebab itulah peranan dan kaedah perlu selari dengan arus dan gelombang semasa agar dakwah untuk menyebarkan Islam tidak di pandang klasik oleh mereka yang hidup di zaman IT ini.
Oleh: Muhammad Hafizul Ar-Arawi
Diploma Wood Technology
Bsc.Hons Marine Technology
No comments:
Post a Comment