Tuesday, November 3, 2009

MAHASISWA: ETIKA DAN ADAB



Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah kerana memberikan nikmat dua biji mata yang masih boleh melihat terbangnya beburung di angkasa,dua tangan yang masih boleh menadah doa,dua pasang kaki yang masih boleh melangkah sempurna kemana-mana destinasi yang di sukai dan nikmat-nikmat lain yang masih kekal seperti sedia kala.

Mutakhir ini pelbagai isu yang menjentik dan menjirus suasana negara kita sekarang,terbaru ada lah isu penangkapan Dr Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Kesemua ini telah di ulas dan di komentarkan di dada-dada akhbar dan media massa dengan pelbagai jawapan dan juga kekadang menimbulkan persoalan.Namun biarlah isu ini di selesaikan oleh mereka yang terlibat dan ahli dalam permaslahan ini.Justeru itu bagi kita sebagai blogger mestilah faham dan berilmu dalam melihat isu dan polemic ini,jangan cepat mengeluarkan sebarang artikel dan penulisan yang belum sahih dan terang tentang apa jua permasalahan yang berlaku,serahkan pada ahlinya.Perlu di ketahui bahawa sesuatu isu baru yang terjadi berkemungkinan untuk menutup dan mengalihkan perhatian masyarakat kepada isu yang berlaku sebelum ini.Oleh itu para blogger mestilah menunggu dengan tenang supaya isu yang berlaku ini benar-benar ada perbuktian dari pihak yang bertanggungjawab dan jangan sesekali membuat andaian awal.

Walaupun begitu ramai blogger yang selalu mengambil kesempatan di sebalik permaslahan yang kontroversi ini tanpa kajian dan pemahaman yang mendalam berkaitan sesuatu isu, akhirnya masyarakat umum terperangkap dengan banyak persoalan akibat kederasan para blogger mengeluarkan artikel-artikel tanpa bukti yang kukuh.Perlu di ingat oleh para blogger,jangan sesekali mengeluarkan artikel yang kekadang berita itu belum pasti kesahihannya. Mungkin komentar dalam kehangatan sesuatu isu adalah untuk mempopularkan blog masing-masing sehingga melanggar dan melondehkan etika serta adab dalam berblog.Seharusnya di teliti dan di renung dengan serius perkara ini,kerana mutakhir ini para blogger sudah tidak menjaga adab-adab dan etika dalam mengeluarkan artikel,sedangkan artikel yang di keluarkan itu jauh tersasar dari kebenaran.

Islam mengajar umatnya supaya siasat dahulu secara menyeluruh sesuatu kes dan permaslahan sebelum di buktikan samada salah atau betul,dalam konteks ini marilah kita faham betul-betul tatacara yang ISLAM ajar supaya kita sebagai blogger tidak mengeluarkan artikel yang salah dan fitnah.Serahkan kepada ahli yang sepatutnya untuk menyelesaikan kemelut permasalahan ini.Contohnya isu Muktamar Khas yang di cadangkan oleh TG Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini,maka ramailah blogger telah menulis komentar dalam blog masing-masing tentang pimpinan PAS dengan macam-macam andaian.Apa yang pasti,ianya merugikan jemaah itu sendiri kerana telah mendahului arahan dan pandangan dari mereka yang sepatutnya memberi komentar tentang isi ini.Perlu di ingat PAS mempunyai ketua penerangan,maka dengar dahulu komentar dari orang yang telah di amanahkan memegang jawatan itu dan bukannya pandai-pandai kita membuat andaian dalam blog masing-masing.Sebab itu lah kita perlu ada kefahaman yang jelas tentang struktur organisasi dan peranan serta tugas setiap jawatan itu.

Akhirnya yang rugi adalah jemaah itu sendiri kerana ketidakfahaman para blogger khususnya blogger muda tentang permaslahan ini.Serahkan bulat-bulat pada ahli dan pimpinan untuk menyelesaikan isu ini,jangan pandai-pandai nak beri komentar,sepatutnya isu ini dapat di selesaikan dengan baik dan berhikmah,tetapi ada juga orang yang terlebih pandai maka terkeluarlah artikel-artikel yang tidak sepatutnya dari para blogger.Perlu di ingat bahawa musuh-musuh sedang memerhatikan di mana lubang-lubang kepincangan sebelum mereka menyerang jemaah kita.

Terutamanya para blogger di kalangan mahasiswa,sebelum menulis artikel-artikel yang berkaitan isu EGM ini,seharusnya mendengar dahulu pandangan dari pimpinan supaya ada kefahaman dan ilmu tentang permasalahan ini.Banyak lagi kerja dakwah dalaman kampus yang belum selesai,kenapa duk sibuk-sibuk tentang isu ini,sekali lagi kita sama-sama beringat serahkan pada ahlinya untuk menyelesaikan permaslahan ini.

“Jangan di pinta ringannya ujian,tetapi pintalah beratnya iman untuk menghadapi ujian itu”

OLEH: Muhammad Hafizul Al-Arawi
Diploma Wood Technology,
Degree Marine Technology.

1.51 am

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails