Sambungan pasal tudung......
6. Alasan bangang seterusnya, “Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?” Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.
7. Lagi “Apa baiknya menutup aurat ni?” Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?
8. Lagi alasan bangang, “orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung… kenapa mesti saya pakai tudung?”. Emmm, kenapa anda nak tengok kepada ‘title dan darjat’, Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran…
9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, “Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?”Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?
10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, “Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk?” “Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!” Kalau dah sampai tahap ni… memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka… itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
No comments:
Post a Comment