Monday, November 16, 2009

Kisah Sebatang Pensel::.



"Budaya yang baik kita jejaki,budaya yang sebaliknya kita sanggahi"

Apa yang ingin saya ceritakan adalah hanya kisah sebatang pensil.Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat saya yang menuntut di luar negara.Jika dilihat,ia hanya cerita sebatang pensil ia tidak membawa erti apa apa,tetapi kerana sebatang pensil inilah dia berjaya menjadi antara pelajar terbaik di Universitinya setanding dengan warga asing.

Pada hari pertamanya di kelas,mereka disuruh oleh pensyarahnya untuk menulis sebuah essei bertajuk sebatang pensil.Kalau nak fikirkan,tak masuk akal bila kita masuk U,nak kena buat essei mcm ni.Sebatang pensil?apa yang ingin kita ceritakan?lainlah kalau sebatang sungai di Batu Pahat atau Sebatang jalan di Kuala Kangsar.Banyak benda kita boleh ceritakan.Tapi,pensyarah tersebut hanya mahu dia dan rakan sekelasnya yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar tempatan di situ menulis sebuah essei mengenai sebatang pensil.Oleh kerana pensyarah sudah arahkan,kenalah ikut kemahuannya.Kawan saya ni sejenak berkata di dalam hati"lebih 15 000 km aku datang nak belajar,cuma nak kena buat pasal pensil je"itu getusan hati dia ketika itu.Dan Essei itu dijadikan tugasan.

Pada hari submiit assignment,dia menjangkakan kertas kerja seperti itu mungkin hanya memerlukan tidak lebih 5 helai kertas.Begitu juga kawan kawannya.

Tapi,apa yang mengejutkan,bangsa bangsa asing yang berambut perang ni,menghantar essei seperti sebuah tesis yang lebih dari 50ms.Malah dengan kertas kajian yang lengkap,gambar,video malah ada yang ke kilang.Dan ia begitu mengejutkan pelajar pelajar Asia terutama dari Malaysia.Bukan seorang dua berambut perang yang buat perkara yang sama,malah keseluruhan.Dan ketika itu,rakan saya hanya mampu berdiri,tersenyum malu menyerahkan kertas kerjanya"Sebatang Pensil".Begitu juga mereka yang sefikiran sepertinya.Tidak ada gelak dari mereka lagi,malah pensyarahnya tersenyum sinis menyambut kertas kerjanya.

Apa yang ingin saya sampaikan,ialah budaya.Budaya orang barat yang serius di dalam apa sahaja perkara walaupun hanya dengan sebuah essei remeh seperti sebatang pensil.Mereka serius bekerja,melakukan apa sahaja dan kerana itu,mereka berjaya mendominasi dunia.Ada sebahagian dari kita tidak sedar betapa pentingya kita mengikut budaya seperti ini.Serius dan bersungguh sungguh membuat apa jua perkara.Jangan sekali lakukan dengan sambil lewa dan tidak begitu mengambil berat dengan apa yang kita lakukan.Saya bukan ingin menjunjung mereka,tetapi budaya mereka ini baik untuk kita ikuti jika kita ingin jadi muslim yang begitu berjaya.Dan kawan saya telah buktikannya.Kejadian itu menjadikan dia
sedar bahawa ada budaya dari mereka ini yang boleh kita sandarkan di dalam diri.Dan dia ikut dan lakukan perkara yang sama.Kerana itu,dia bersyukur dia berjaya meletakkan dirinya di kalangan mereka yang terbaik.

Jika ada teladan kita ambil,jika tidak,anggaplah ia sebuah kenangan yang diceritakan kepada saya.Dan budaya ini juga membantu saya menjadi seorang yang antara yang terbaik.

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu jika dia tidak berikhtiar untuk mengubah dirinya"




No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails