Saturday, November 7, 2009

Mahasiswa perlu sensitif isu ini...


Mutakhir ini suasana dalam negara kita cukup berkecamuk dan kadang-kadang menimbulkan ketegangan yang agak serius.Permasalahan tentang pembayaran wang royalty kepada Negeri Kelantan oleh kerajaan pusat terus di nafikan dan berita terbaru kerjaan pusat mengubah wang royalty ini kepada wang ehsan,sejarah telah mengajar kita bahawa sedikit masa dulu Negeri Terengganu telah menjadi mangsa pembohongan,penipuan,kezaliman dan pengkhianatan kerajaan pusat yang di kuasi oleh UMNO-BN ini.Jika kita masih ingat gelombang reformasi yang berlaku pada tahun 1998 angkara penangkapan Anwar Ibrahim oleh kerajaan pimpinan Mahathir (kini Tun) telah membakar dan membangkitkan semangat yang luar biasa di kalangan rakyat seluruh negara kita.Akhirnya dengan peristiwa itu UMNO-BN yang memimpin Negeri Terengganu buat sekian lama telah kalah dengan begitu teruk,dan yang paling menyayat hati kuasa kerajaan Negeri Terengganu telah bertukar tangan kepada Parti PAS.


Kekalahan dan kegagalan mempertahankan Negeri Terengganu ini menyebabkab UMNO-BN seolah-olah gila talak,mereka tidak dapat menerima ketewasan pada pilihanraya umum 1999 ini.Parti PAS menang bergaya 28 daripada 32 DUN yang di pertandingkan serta merampas semua 8 parlimen di Negeri Terengganu.DUN Wakaf Mempelam menduduki ranking tertinggi dari segi majority yang di menangi oleh PAS di ikuti oleh DUN Ru Rendang(DUN TGHAH). Bendera hijau putih mula berkibar megah di tiup angin monsoon timur laut menandakan cahaya Islam telah mula muncul di pantai timur.Apatah lagi Negeri Kelantan berjaya mempertahankan rentak kemenangan ini sejak tahun 1990.Sekarang 2 negeri ini telah di pegang oleh 2 orang ulama yang berwibawa yang akan mencorakkan reruang negeri masing-masing dengan Al-QURAN dan AS-SUNNAH.

Kemenangan 2 negeri ini telah di kongsi oleh sahabat-sahabat perjuangan kita di negeri lain,contohnya Negeri Perlis mula berjaya merobek kubu UMNO-BN dan menumbangkan mereka di DUN Guar Sanji,DUN Sanglang(dalam Parlimen Arau) dan DUN Santan (dalam Parlimen Padang Besar),di Negeri Perlis ada 15 DUN dan 3 Parlimen,setiap Parlimen ada 5 DUN.Seterusnya PAS menang di banyak tempat di Negeri Kedah dan di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.


Bagi UMNO-BN biarlah PAS menang banyak di negeri-negeri lain namun jangan di Negeri Terengganu,Terengganu adalah anak emas UMNO-BN kerana memiliki khazanah minyak yang cukup banyak dan berkualiti tinggi.Maka Allah SWT telah mentaqdirkan dan memberi kemenangan ini kepada PAS,maka bermulalah siri terjahan dan lolongan UMNO-BN yang cukup dahsyat dengan kezaliman di Negeri Terengganu ini.Bermula dengan penarikan serta-merta wang royalty setelah berkurun lamanya di rasai oleh kerajaan UMNO-BN yang memerintah Terengganu selama ini.Maka rakyat mula nampak dengan jelas kezaliman UMNO-BN yang gaban ini berkaitan pembayaran wang royalty,desakan demi desakkan oleh exco PAS dan ahli-ahli akademik terhadap kerajaan pusat yang jahat ini akhirnya kerajaan pusat mula tergugat dan secara bodohnya menukar wang royalty kepada wang ehsan.Seolah-olah rakyat Terengganu merupakan rakyat yang menagih dan hidupnya bertambah melarat dengan pengenalan wang ehsan ini.


Namun begitu,kerajaan pusat terus bersikap keras kepala dan membatukan hati mereka dengan menyalurkan wang ehsan ini bukan melalui kerajaan negeri yang di kuasai oleh PAS tetapi melalui JKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK dan sememangnya sudah di duga siapa yang ahli PAS walaupun miskin dan fakir macam mana sekalipun mereka ini tetap tidak akan mendapat wang ehsan ini.Penukaran wang royalty kepada wang ehsan umpama seseorang yang telah mencuri dan merompak lembu kita,selepas itu orang yang mencuri ini mengadakan kenduri,maka orang ini menjemput kita ke kenduri mereka dengan hamparan karpet merah,sedangkam lembu itu lembu kita yang mereka curi,ini lah perumpamaan dalam situasi ini.

Apabila di nafikan hak mendapat royalty itu,Allah SWT telah memberikan rezekinya melalui pelbagai cara iaitu hasil daripada punggutan zakat bertambah dengan banyaknya sekitar RM40 juta pada masa PAS memerintah dan banyak lagi sumber rezeki yang di berikan oleh Allah SWT yang mana manusia tidak menyangka sama sekali.Bukan setakat wang royalty di rampas,UMNO-BN bertindak semakin ganas ibarat harimau yang cedera parah,mereka telah merampas semua hak pembahagian tanah dan merobohkan perumahan RTB di beberapa daerah di Terengganu ini,saudara boleh tengok semula video-video gugurnya air mata sebilangan penduduk kampong yang miskin melihat rumah yang mereka bina dengan renjisan peluh hasil daripada usaha mereka sekian lama,akhirnya telah di roboh dengan rakus oleh UMNO-BN jangan kita lupa peristiwa ini,ulama dan exco kita datang mempertahankan rumah ini daripada di roboh,namun apakan daya ulama kita di sembur dengan gas pemedih mata oleh si celaka FRU yang di kuasai oleh UMNO-BN.Jika aliran air mata terus meniti laju di jaluran pipi penduduk kampong,ini kan pula runtuhnya sebuah surau di Kampung Bujal,Kemaman,sanggup mereka merobohkan rumah Allah ini.


Terbukti sekarang UMNO-BN telah menzahir dan memperlihatkan penentangan terbuka kepada hak rakyat dan hak agama kita sendiri.Ternyata UMNO-BN tidak berminat untuk mendaulatkan undang-undang Islam setelah sekian lama amanah kepimpinan yang di berikan padanya hanyalah sia-sia belaka.Kuasa yang mereka miliki ini di gunakan untuk memperbodoh dan memperberukkan rakyat semahu-mahunya.Sudah lah di rampas wang royalty yang sepatutnya di rasai oleh rakyat,malah terus mencekik leher rakyat dengan kenaikan harga petrol yang terpaksa di tanggung oleh rakyat juga.


Kini sejarah itu telah berlalu beberapa tahun yang lalu,sebilangan besar masyarakat kita sudah pun lupa,al-maklumlah Melayu mudah lupa.Namun penafian tentang pembayaran royalty semasa kerajaan PAS memerintah dahulu masuh segar dalam diri kita sebagai ahli dan pendokong jemaah ISLAM ini.Hari ini Negeri Kelantan menjadi mangsa penafian hak mendapat royalty yang telah termenterai perjanjian pada tahun 70-an dahulu di mana kerajaan negeri akan mendapat 5% hasil minyak ini kerana berada di dalam kawasan takluk mereka.Namun apa yang pasti kerajaan pusat UMNO-BN akan terus menafikan hak ini dan Kerajaan PAS Kelantan tidak teragak-agak untuk membatal dan menarik balik hak pengalian minyak ini daripada PETRONAS jika UMNO-BN terus keras kepala dan terus membatukan hati mereka.Sejarah Terengganu telah mengajar segala-galanya tentang kezaliman kerajaan UMNO-BN dan biarlah rakyat Terengganu sahaja merasai peritnya kezaliman yang telah UMNO-BN sudah lakukan,namun rakyat Kelantan tidak akan mengulangi sejarah itu terjadi kembali di negeri mereka.


Akhirnya,banyak isu-isu yang timbul contohnya yang berkaitan Dr Asri dan JAIS ,sebenarnya kerajaan ingin menutup kes-kes sebelum ini yang melibatkan kredibiliti mereka di mata rakyat.Kes Nurin Jazlin tak selesai lagi,kes Teoh Beng Hock belum terjawab dan banyak lagi kes-kes yang kerajaan UMNO-BN sembunyikan daripada pengetahuan rakyat.Saya tidak berhajat untuk mengulas isu Dr Asri dan JAIS kerana saya bukan ahli dalam bidang ini.

Apa itu RON?

RON adalah ‘research octane number’,semakin tinggi RON semakin tinggi mutu dan kualitinya.RON 97 dengan RON 95 yang mana lebih berkualiti? Sudah tentu RON 97 lebih berkualiti.


OLEH:Muhammad Hafizul Al-Arawi

Biro Kajian Siasah Kampus

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails