Tuesday, December 1, 2009

ROYALTI MINYAK: MAHASISWA BERSAMA KERAJAAN PAS KELANTAN



Syabas di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang di pimpin oleh PAS kerana tidak berputus asa bagi menuntut bayaran royalti dari Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perjanjian.Kini usaha untuk menuntut royalti itu turut mendapat kerjasama daripada bekas pengerusi pertama PETRONAS ,Tengku Razaleigh Hamzah (MP Gua Musang).

Walaubagaimanapun,usaha yang gigih dari Kerajaan Kelantan ini perlu dan sewajibnya di sokong oleh semua lapisan masyarakat dari luar Negeri Kelantan dan yang pastinya golongan terpelajar seperti mahasiswa seluruh negara harus bersatu hati menyokong kuat Kerajaan Negeri Kelantan bagi mendapat haknya yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat yang penipu itu.

Kerajaan Pusat yang di pimpin oleh UMNO terus-menerus menzalimi rakyat sejak sekian lamanya,jika dahulu Kerajaan Negeri Terengganu yang di pimpin oleh PAS menjadi mangsa belasahan Kerajaan Pusat dengan menarik serta-merta wang royalti dan menukarnya kepada wang ehsan.Seolah-olah Kerajaan Pusat tidak dapat menerima kemenangan PAS dalam pilihanraya umum pada tahun 1999,lalu Kerajaan Pusat menidakkan hak pemberian wang royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang di pimpin oleh PAS.

PETRONAS telah mengikut saluran perjanjian yang betul dengan kerajaan negeri,namun yang menjadi penghalang kepada pemberian wang royalty adalah pemimpin UMNO-BN,semasa PAS memegang Kerajaan Terengganu dahulu ,PETRONAS yang di pengerusikan oleh Tan Sri Hassan Merican telah menandatangani cek lebih kurang RM500 Juta dan apabila bersiap sedia hendak menyerah kepada YAB Menteri Besar (TG Hj Abdul Hadi Awang) tetapi telah di halang oleh Perdana Menteri ketika itu(sumber Harakah edisi 3-5 Zulhijah 1430).

Sekarang sudah jelas kepada kita bahawa Kerajaan Pusat bukan sahaja zalim tahap dewa,tetapi pengecut dan pondan serta tidak professional dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyatnya.Sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk terus memperberukkan rakyat terutama di Negeri Terengganu dan Kelantan.

Melihat kepada suasana semasa,Kerajaan Pusat akan terus mempertahankan tindakannya untuk tidak memberi wang royalti kepada Kerajaan Kelantan,sebaliknya berkeras dengan wang ehsan yang akan di salurkan terus kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri.Ini lah kejahatan yang paling kejam di lakukan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang di perintah oleh PAS.

Ayuh bangkitlah mahasiswa di seluruh negara untuk terus melawan Kerajaan Pusat yang keparat ini,turunlah ke medan untuk memberitahu masyarakat yang berada di kampung-kampung tentang perkhianatan pemimpin UMNO-BN terhadap rakyat Negeri Kelantan .

Oleh: Muhammad Hafizul Al-Mempelami

Bsc Hons Marine Technology.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails