Kehilangan enjin jet yang bernilai RM50 Juta pada tahun 2007 baru sahaja di ketahui pada akhir-akhir ini dan amat mengejutkan seluruh rakyat negara ini,enjin jet ini di khabarkan berada di negara Lionel Messi (Argentina) yang baru sahaja di nobatkan sebagai pemain terbaik dunia pada tahun ini.Begitu mudahnya proses kehilangan itu dan semua pegawai atasan tidak ada kaitan dengan kehilangan tersebut.Pelik...memang pelik...takkan duk makan gaji buta saja tanpa mengambil berat dan melepaskan tangungjawab begitu sahaja,bukannya hilang enjin jet mainan yang boleh di beli di pasar malam dengan harga RM2.00.
RM50 Juta adalah jumlah yang teramat besar dan siapakan yang harus di pertangungjawabkan dalam hal ini,siapa ye Menteri Pertahanan pada masa itu???Isu ini adalah suatu isu yang sangat besar dan kritikal buat seluruh rakyat kerana melibatkan system pertahanan negara,jika enjin jet begitu mudah hilang apatah lagi dengan senjata-senjata yang lain,bukannya enjin jet boleh dimasukkan dalam poket sepertimana pistol,kalau enjin jet yang beli kat pasar malam mungkin boleh.
Seolah-olah negara ini milik mutlak kerjaan UMNO-BN yang boleh di buat sewenang-wenangnya tanpa perlu di pedulikan kepada rakyat.Apa yang pasti duit rakyat sudah di khianati oleh pemimpin UMNO-BN yang zalim ini.Rakyat juga yang akan menanggung beban dek kebodohan pemimpin Malaysia yang di pimpin oleh UMNO-BN.
Lihatlah apa yang terjadi kepada anak-anak bangsa sendiri,nak belajar ke university terpaksa meminjam dari PTPTN. Beginilah nasib rakyat Malaysia yang memiliki pemimpin yang memiliki kelulusan yang cemerlang dalam bidang duniawi semata-mata tetapi papa kedana dan bangsat tere dari ilmu ukhrawi serta jauh dari sifat taqwa.Demi perut sendiri dan kroni semata-mata,wang negara di bazirkan sedemikian rupa.
Sememangnya Malaysia kaya dengan sumber minyak yang begitu banyak dan pelbagai lagilah sumber mineral lain yang terbit dari perut bumi negara ini,namun malangnya di urus oleh pemimpin yang buta hati dan memetingkan diri sendiri,apabila rakyat bersuara dan menegur maka akan di campakkan kedalam ISA(Ikut Suka Aku).Hari ini PETRONAS telah membelanjakan RM58 billion untuk menaja perlumbaan kerata formula 1 dan sukan permotoran lain.Namun apa yang terjadi kepada rakyat???hanya melihat wang mereka terus di tabur dan di hanguskan kepada perkara yang tidak memberi manfaat langsung kepada kemajuan rakyat.
Rakyat yang miskin terus miskin manakala yang kaya terus mengonggong kekayaan negara,anak-anak nak belajar harus merayu dan melutut pada kaki JKKK kalau tidak mampus tak dapat duit,ini lah wajah sebenar Malaysia sekarang ini.......................bersambung
No comments:
Post a Comment