Apa agaknya sedang di buat oleh mahasiswa pada musim cuti sebegini?adakah sedang bekerja untuk mengisi kantong masing-masing atau sedang melepak di rumah atau sedang melancong dan melencung ke luar negara bagi mereka mempunyai lebihan wang.
Mutakhir ini negara kita telah mengalami lambakkan mahasiswa samaada dari IPTA atau IPTS dan sebagainya.Jika di lihat dengan ramainya bilangan mereka ini,sepatutnya masyarakat lebih bermaklumat dan berilmu selain semakin berdisiplin.Namun hakikatnya masyarakat di negara kita kini semakin tidak terurus dan tidak beradab.Persoalannya di manakah sumbangan golongan mahasiswa?Adakah mereka tidak lagi berjiwa mahasiswa apabila mereka sedang bercuti atau di masa cuti menjadi biawak komodo di rumah???...
Masyarakat sekarang ini sangat-sangat memerlukan bimbingan dan didikan,di saat fenomena globalisasi pantas menjirus jiwa masyarakat tanpa sempat di tapis dan di kuis oleh mereka yang memiliki kepakaran teknologi.Sepatutnya di masa cuti sebegini mahasiswa menggunakan kepakaran dan kepintaran yang mereka belajar di kampus tempoh hari untuk di terjemahkan kepada masyarakat khususnya di kampong dan di pedalaman.
Sememanganya masyarakat kampong gersang dengan peredaran pantas teknologi,mereka tidak pernah kenal apa itu internet,apatah lagi istilah-istilah sains yang apabila di sebut terbelit lidah mereka.Apa yang pasti jurang masyarakat kampong dengan masyarakat bandar terus melebar dari semua segi dan sudut.Jika masyarakat bandar boleh mendapat maklumat melalui internet iaitu web,blog dan semua kemudahan telekomunikasi lain,namun masyarakat kampong masih bergantung kepada TV dan surat khabar yang jelas menipu mereka sendiri.
Oleh itu,mahasiswa perlu turun kepada masyarakat dengan kepakaran masing-masing,jika mahasiswa menguasai bidang IT maka celikkan masyarakat kampong dengan ilmu itu,jika mahasiswa menguasai bidang dakwah dan kempimpinan islam dan juga pendidikan Islam maka terjun ke tengah masyarakat untuk mengajar dan berdakwah kepada anak-anak mereka dan mereka yang memerlukan bimbingan agama,jika mahasiswa menguasai bidang Maritim maka singgah di kampong-kampung nelayan untuk memberitahu kepada mereka teknik dan teknologi terbaru tentang penangkapan ikan secara moden.Maka banyak lagi mahasiswa yang menguasai bidang-bidang lain,jika di lihat dan di teliti dengan cermat suatu hari nanti masyarakat kita akan menjadi maju dan kedepan apabila mahasiswa memahami dan mengaplikasi bakat dan kepakaran masing-masing.
Namun sekarang ini ianya tidak berlaku di sebabkan mahasiswa yang ada pada hari ini tidak memiliki jiwa besar dan mementingkan diri dan perut masing-masing,mereka lebih senang berada di rumah di bawah ketiak emak mereka,sedangkan masyarakat memerlukan sumbangan dan kepakaran mereka.Maka perlu di lihat kenapa berlakunya sikap sebegini,adakah system pembelajaran yang di gunakan di university hanya melahirkan mahasiswa yang pandai menguasai teori semata-mata atau sekadar meramaikan mereka di kampus tanpa ada matlamat yang jauh .
Justeru itu,bangkitlah mahasiswa dari lena yang panjang,tinggalkan sekejap hobi banyak tidur semasa di kampus,rancangkan dan fikirkanlah program untuk masyarakat agar mereka mendapat manfaat dan faedah yang besar dari diri kita yang bergelar mahasiswa kerana siapa lagi kalau bukan kita dan kalau bukan sekarang bila lagi dan kalau bukan kepada masyarakat ke mana lagi harus di terjemahkan semua ini..........bersambung
Muhammad Hafizul Abdul Ghani (Bsc Hons Marine Technology)
No comments:
Post a Comment