Tuesday, December 29, 2009

Selamat bergelar mahasiswa


Kini musim pelajar-pelajar baru memasuki kampus dan sememangnya mereka ini akan mengikuti minggu orientasi yang berlangsung selama 5 hari.Mereka akan di dedahkan dengan alam kampus yang sangat berbeza dengan alam sekolah.Jika di alam sekolah mereka akan bangun seawal 6.00 pagi bersiap diri untuk menunggu bas dan sedikit lewat akan memenatkan diri.Namun kini suasana itu jauh berbeza di alam kampus.Mereka akan mengalami kejutan budaya samaada suasana belajar mahupun dalam pergaulan.

Apa yang pasti pelajar yang dari sekolah aliran agama akan mengalami suatu iklim yang drastic apabila memasuki alam kampus,sudah ramai yang kecundang dan rebah dek kebebasan milik diri sendiri.Apabila berada di kampus hanya diri lah yang akan menilai baik buruk semua perkara,jika tersalah membuat keputusan maka akan terjerlus ke jalan yang salah.Buktinya sudah ramai yang datang dari sekolah agama dimamah oleh suasana kelalaian.Namun begitu ramai juga yang berjaya mengawal diri dari di telan oleh suasana ini.

Harapan setinggi Gunung berapi Mayon untuk belajar di alam kampus di tambah lagi dorongan dan sokongan dari ayah ibu menghantar masuk ke university untuk menggengam diploma ataupun ijazah kelak,itulah harapan yang besar perlu di pikul dalam keadaan yang mencabar ini.Baik niat datang ke university Insya Allah akan berjaya merealisasikan impian itu menggapai kejayaan yang cemerlang.

Oleh itu persiapan untuk menempuh alam baru ini mesti banyak dan apa yang paling penting jangan sesekali meninggalkan masjid yang berada di dalamnya kerana di situ akan lahir insan-insan yang bakal menolong menunjukkan jalan yang lurus dan menuju kepada keredhaan Allah SWT.

Akan datang>> MAHASISWA ENJIN JET DAN PETRONAS

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails