Tuesday, December 8, 2009

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali


Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dari PAS. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau juga merupakan pengarah eksekutif di Pusat Perubatan Kohilal.

Pendidikan
Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1957 di Kuala Kangsar, Negeri Perak. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Kepimpinan Pelajar UKM.

Keluarga
Bapanya ialah Dato Hj Mohd Ghazali yang merupakan Imam Besar Masjid Negara yang pertama manakala ibunya Datin Hjh Zainab. Suami beliau ialah Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan manakala menantu beliau ialah Mohd Azizy (suami Mawaddah) dan Nur Hafizzah (isteri Fawwaz). Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama cucu iaitu 'Izz Nu'man (anak Mawaddah).


Kerjaya

Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Alor Star, Kedah sebagai pegawai perubatan dari 1983 hingga 1985. Kemudian bertugas di Pusat kesihatan Besar Pokok Sena, Kedah dari 1985 sehingga 1987, Hospital Besar Kuala Lumpur (1987-1988), Pusat rawatan Islam Kuala Lumpur (1988-1994) dan menjadi pegawai perubatan dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan KOHILAL, Kuala Lumpur dari 1994 sehingga sekarang.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Harakah milik PAS.

Politik
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir dengan majoriti sebanyak 1,972 undi. Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,885 undi. Beliau merupakan di antara 3 calon Dewan Muslimat PAS yang memenangi pilihan Raya Umum tersebut. Kemenangan beliau merupakan kemenangan pertama PAS Wilayah Persekutuan setelah lebih 30 tahun PAS cuba bertapak di Kuala Lumpur.
Beliau juga pernah menjadi calon Parlimen Bukit Gantang, Perak pada tahun 2004, kalah di tangan calon Barisan Nasional, Tan Lian Hoe

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails