Saturday, December 12, 2009
KELANTAN MENJADI MANGSA KEKEJAMAN REJIM UMNO
Lebih kurang 20 tahun Kerajaan Kelantan yang di pimpin oleh PAS di serang betali arus dengan media elektronik mahupun media cetak,di tutup rapat ke dinding kejayaan dan kelebihan Negeri Kelantan di bawah PAS,malah terus di masukkan kedalam fikiran seluruh rakyat Malaysia dan dunia bahawa Negeri Kelantan sangat mundur dan lemah dari semua sudut.Kekejaman dan kezaliman tidak pernah di hentikan sama sekali,pemimpin UMNO terus gila menyerang tanpa ada perasaan kasihan dan sememangnya UMNO sudah lama hilang adab dan tersangat biadap pada bangsa dan agama.Golongan agama yang ada dalam kelambu UMNO terus nyenyak dan mulut-mulutnya penuh dengan emas dan permata,oleh sebab itu mereka diamkan sahaja apa jua perbuatan pemimpin UMNO kepada rakyat Kelantan khususnya.
Jika Amerika dan sekutunya terus-menerus melancarkan pesawat-pesawat pengebom ke atas Negara Afghanistan dan Pakistan,maka samalah apa yang di buat oleh pemimpin UMNO kepada Negeri Kelantan dengan menggunakan seluruh jentera yang mereka ada terutama media massa. Isu terbaru adalah doa daripada Tok Guru Nik Aziz di tujukan kepada pemimpin UMNO yang telah menghalang wang royalty minyak yang sepatutnya menjadi hak kerajaan Negeri Kelantan untuk menguruskannya dan bukan di salurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang sudah tentunya milik UMNO.Pemimpin UMNO terus memperbodohkan rakyat Malaysia dan menyelewengkan fakta yang sudah termaktub di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Malah pemimpin UMNO terus menafikan bahawa lokasi minyak bukan berada di dalam perairan Kelantan dan membuat saluran paip minyak ke Negara Thailand yang mana Thailand mengenakan cukai 100% kerana mendaratkan minyak ke negeri jajahanya iaitu melalui Sokhla yang tersangat jauh dari pelantar minyak.Jika di lihat kepada jarak pendaratan minyak Pasir Puteh dan Tok Bali lebih dekat dan sudah mudah untuk di jaga saluran paip itu serta membuka peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.Namun kerana kebengongan dan kejahatan pemimpin UMNO ini mereka sanggup mengketepikan semua itu asalkan wang royalty tidak jatuh kepada kerajaan PAS Kelantan.
UMNO sanggup mengkhianati bangsa mereka sendiri demi kekayaan anak beranak dan kroni mereka,rakyat di biarkan merempat tidak tentu hala.Isu wang royalty adalah satu isu yang besar yang meletakkan pemimpin UMNO sekarang ini dalam dilema,perjanjian sudah termaktub dan jelas,namun pemimpin UMNO tetap menafikan pemberian royalty kepada kerajaan PAS Kelantan.Mereka tetap tidak akan memberi wang royalty kepada kerajaan PAS Kelantan dan sebaliknya menukar kepada wang ehsan dan di beri kepada JPP,maka sudah barang tentu wang ini di salah gunakan dan di selewengkan sesuka hati mereka.Sejarah Terengganu telah menceritakan segala-galanya tentang penipuan dan kezaliman pemimpin UMNO.
Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali,sebaliknya terus mengasak dan mendesak kerajaan pusat agar royalty sampai juga kepada kerajaan PAS Kelantan.Baru-baru ini isu doa Tok Guru Nik Aziz di keluarkan melalui siaran secara langsung di TV9,Agus Yusof bertanyakan kepada YB Khalid Samad(MP Shah Alam) berkenaan doa itu dan di tanya juga setiap inci keadaan semasa di Negeri Kelantan.Apa yang pelik adalah kenapa tidak di jemput sendiri Tok Guru Nik Aziz berkaitan doa beliau dan suasana semasa pembangunan Negeri Kelantan?Masalah rumah tangga orang lain di ceritakan oleh orang lain,alangkah peliknya apa yang berlaku.Kadang-kadang soalan yang di tanya tidak sempat untuk di jawab dengan penuh tiba-tiba di tukar dengan solan lain yang mengelirukan penonton,seolah-olah Agus Yusof memihak penuh kepada UMNO dan soalan yang diajukan tidak bebas,walau apa pun pujian harus di berikan kepada YB Khalid Samad yang menjawab dengan kemas dan berfakta,namun Agus Yusof tidak professional dalam mengajukan soalan................bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment