Monday, May 17, 2010

Menilai politik matang di Sibu


Kini Parlimen Sibu di tawan oleh DAP dengan majoriti 398 undi menewaskan SUPP yang juga komponen daripada BN.Pada pilihanraya sebelum ini SUPP menang bergaya dengan majoriti 3235 meletakkan BN dalam keadaan sangat selesa.Namun siapa menduga tiba-tiba kemenangan berpihak kepada DAP dalam keadaan BN masih meraikan kemenangannya di Hulu Selangor tempoh hari.

Ternyata pilihanraya di Hulu Selangor tidak mempengaruhi 'mood' pengundi di Sibu,rakyat Sibu sudah matang menilai janji-janji yang di tabur oleh BN melalui mulut Najib Razak yang sinonim dengan APCO.Mungkin kememenangan ini adalah berpunca daripada isu berkaitan dengan telaga minyak Blok L dan M yang di serahkan kepada Brunei seketikan dulu dan menjadi penyebab dan punca kemenangan DAP pada pilihanraya di Parlimen Sibu ini.Ramai orang berkata pilihnaraya di Hulu Selangor adalah tempat BN mencurahkan jutaan ringgit kepada seluruh pengundi di situ kerana BN pada masa yang sama terpalit dengan isu APCO dan penyamanan kes kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Walaupun duit yang di tabur di Hulu Selangor sebenarnya mengenyangkan orang di hilir,namun hakikatnya BN perlu menang demi mengikis dan memulihkan imejnya di mata rakyat.Kini rakyat sudah mengetahui bahawa BN masih hidup di sebabkan mereka memiliki wang,dari sudut sokongan dan semangat rakyat semestinya tidak lagi berpihak pada mereka terutama pengundi muda yang bakal menggegarkan pilihanraya umum ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa.

Perlu di ingat,BN akan berbuat apa sahaja bagi menutup malu dek kekalahan di Parlimen Sibu ini.Rakyat perlu bersedia dan bijak menilai apakah yang akan berlaku 2,3 hari selepas kekalahan mereka di Sibu.Mungkin BN akan merancakkan pembelian MP daripada PKR atau akan ada pilihanraya baru di Kedah? sama-sama kita lihat,yang pasti BN akan melakukkan apa sahaja walaupun terpaksa masuk ke dalam lubang biawak.

sumber>>lajnahsiasah

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails