Monday, May 3, 2010
Misi Tarbiah:Da'ie dan Murobbi..Jaga Niatmu..
Da’i dan murabbi adalah manusia yang berperanan mendidik manusia lain kepada kebaikan dunia dan akhirat . Mereka menjadi contoh kepada anak buahnya baik dalam ucapan , perbuatan dan perlakuan mereka . Oleh itu mereka hendaklah sentiasa bersedia melihat diri mereka untuk dibersihkan lahir dan batin , supaya usaha mereka yang mulia itu menjadi keberkatan dan menghasilkan natijah yang baik.
~PERISTIWA KHALID IBN WALID
Dalam peperangan Yarmuk Khalid ibn Walid berkata , "ini adalah hari –hari Allah . Tidak sepatutnya pada hari ini ada kebanggaan dan kezaliman . bersihkanlah jiwa kamu kepada Allah . Tumpukanlah semua kerja kamu kepada Allah kerana ia akan menentukan masa depan kamu."Khalid telah berijtihad , selepas menghadapi Rom yang besar , orang mukmin perlu disatukan di bawah satu pimpinan dan arahan. Yang mana sebelum ini didapati tentera–tentera islam dipimpin oleh beberapa ‘commander’ . Dalam suasana inilah beliau menyeru untuk membersihkan hati.
~DA’IE TIDAK BOLEH DIRUNTUN FITNAH
Jika betul niat dan usaha kita maka insyaallah kita akan berjaya. Oleh itu seorang da’i tidak boleh diruntun fitnah seperti bangga diri dan melihat diri lebih baik dari saudara-saudara yang lain dalam amal. Tidak patut para da’i melakukan fitnah , menzalimi dan bermusuhan antara satu dengan yang lain. Sesiapa yang ingin mendapatkan hakikat kebenaran dan pengajaran , hendaklah ia membersihkan niatnya. Pada masa yang sama hendaklah ia membersihkan kefahaman dan amalannya.
Sekiranya ada dikalangan saf da’i niat yang tidak bersih maka hendaklah bersegera membersihkannya.
~PESANAN HASSAN AL BANNA
Hassan Al Banna pernah berpesan yang berbunyi "sesungguhnya para sahabat Rasulullah Saw telah berjaya membersihkan aqidah mereka. Usaha mereka lahir dari aqidah yang betul. Apabila dilihat , mereka itulah fikrah dan fikrah itulah mereka. . Jika kamu mahu yang demikian maka berfikirlah bersungguh-sungguh . Kalau ada di kalangan kamu jiwanya sakit , maka ubatilah. Orang ini akan menyekat nikmat taufik dan hidayah Allah kepada jemaah .
Tersekatnya rahmat Allah merupakan gangguan pada jemaah . Gangguan ini boleh menghilangkan ‘hakikat jemaah’ yang sebenarnya.
~PESANAN IBNU QAYYIM
Ibn Qayyim berpesan berpesan , " di dalam jemaah perlu ada ‘ Qalban wahidan’ (kesatuan hati)" . Dalam hal ini kita perlu melihat kepada maslahat jamaah keseluruhannya . Firman Allah yang bermaksud "Dan dialah Allah yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi , nescaya kamu tidak berjaya mempersatukan hati mereka , akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka ."
( Al Anfal : 63)
~DEMI KEJAYAAN , SAF DA’IE PERLU BERSIH
Jika terdapat hati yang sakit dalam saf hadapan jamaah maka da’i yang lain turut terganggu . Jamaah kemungkinan akan rosak dan tergendala perjalanannya. Kejayaan dalam sesuatu projek , seandainya tidak dijaga hal ini ,tidak akan dimanfaatkan untuk kemajuan islam dan jamaah bahkan akan membawa kepada keretakan. Ini adalah sunnah .Oleh itu demi kebaikan Islam , sekiranya da’I tersebut tidak dapat juga membersihkan dirinya , maka jemaah juga dibersihkan darinya daripada berada dalam saf da’i yang hakiki.
~PESANAN DARI ABDUL QADIR JAILANI
Beliau berpesan , "ya Ghulam , walaupun engkau pintar tetapi jika tanpa amal Qalb , tidak akan membawa engkau maju selangkah pun dalam perjalanan . Perjalanan ini adalah perjalanan hati. Yang kita bimbang ialah panjang lidah semata-mata .
~PESANAN ABDUL WAHAB ‘UZAM
Beliau berpesan "kalau kita perhatikan orang petah bercakap semata-mata (tanpa amal ) maka semuanya bermuka jernih belaka. Tetapi kalau kita perhatikan hatinya maka tak ubah seperti bunga yang layu tidak berbau .
~PESAN HASSAN AL BASRI
Beliau berpesan , kita dapat menilai manusia dengan amalan mereka. Ini kerana Allah tidak merestui percakapan tanpa dalil (yakni dalail dari sudut amal) . Firman Allah Swt. "Hai orang-orang yang beriman , mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan. (As Shaf : 2-3)
~JANGAN TERDAPAT RIYA’ DALAM JEMAAH
Adalah sangat tidak dikehendaki terdapatnya riya’ dalam jemaah .Dalam ‘amal islami , untuk selamatkan dari riya’ , maka jemaah hendaklah berteraskan aqidah .
Seorang sahabat , Syaddat bin Aus , telah diminta nasihat oleh para sahabat semasa beliau hendak mati , maka beliau berkata, " yang paling aku takuti di kalangan kamu ialah riya’ dan syahwatul kahfi (keinginan yang tersembunyi )" .
Seorang tabiin bernama Tholahah , dalam persoalan riya’ dan syahwatul kahfi , telah berkata dalam doanya yang bermaksud , "ya Allah ampunlah aku dari sam’ah (berbuat sesuatu untuk yang lain) dan ampunilah aku dari riya’ .
Mulakanlah da’wah dari medan yang putih bersih .Teruskanlah kebersihannya .Janganlah ia rosak di separuh perjalanan .
(di petik dari majalah Al Irsyad )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment