Sunday, July 4, 2010

Budakbalun@Himpunan Tak Nak 'Tahi' Judi![Gambar]


Alhamdulillah.. setelah 5-6 kali hati berbolak-balik nak pergi ke idak, akhirnya Allah SWT telah menggerakkan hati teman untuk menyertai perhimpunan ini..
Naik komuter, turun Stesen Bank Negara...
Solat Zohor di Surau stesen KTM tu..
Gi makan dulu di Jalan TAR.. Layan mata kejap..
Jalan kaki ke Masjid Negara..
Terlihat ada karnival street soccer kat dataran merdeka..
Siap ada reherseal bandboy lagikkk!!
Layannnn!!

Banyak giler court bola!! Cayalah adik-adik!!


Kalau ku tahu ada logo 1Malaysia.. takkan ku snap gambo ni! Wakakaka!


Stylo giler bro janggut tu main bass... siap jadi backing vokal lak!! nak lawan Jay Jay ke?


Sesampainya di Masjid Negara, jam 3.20 petang.. layan gelagat abang-abang Polis dulu!!


Masjid Negara yang penuh sejarah perjuangan menentang kezaliman UMNO!


Terlihat kelibat Ustaz Nik Abduh bersama sahabat-sahabat..

Beberapa minit sebelum Azan Asar, Ustaz Nasaruddin Tantawi sempat menyampaikan sedikit tazkirah.. ringkas tapi penuh peringatan dan cadangan!


Selepas Solat Asar, semua jemaah menuju ke lokasi anjung hadapan..



'otai' Demo, Ustaz Ridhuan Md Nor sebagai MC memulakan bicara!
Hancur! Hancur! Hancur Judi!

Antara yang terawal hadir ke lokasi..

Yang dari arah kanan, berpusu-pusu apabila mendengar teriakan kalimah Allahuakbar!




Polis hanya menyaksikan dari jauh... iskk!! macam boring pulak tak main kejor2!


View ni macam teringat masa zaman reformasi.. Anwar berucap disini!


Ketua Pemuda PAS Pusat sedang memberikan ucapan..


Wah! "Orang Besi' PAS Zon Bukit Beruntung pun ada!! Allahuakbar! Hancor UMNO!




3 Bro Polis ni dah boring... yang sorang tu dok usha2 Sarjan kat belakang.. nak ngulo la tuh!!



Wartawan NTV7 pun ada... apsal la dia tak interview teman..
at least dapat gak promote blog budakbalun! Wakakakaak!


Wartawan Channel8 ni pun sama.. buat dekkk je dengan teman! Sib baik amoi ni cun!! heh heh!


Hj Azmi selaku Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) rasmikan buku GMJ
dan Kempen hari ini


Diakhiri dengan bacaan do'a diimami oleh Sdr Nik Abduh Nik Aziz..
Semoga doa dan usaha kami ini turut diaminkan oleh seluruh penghuni langit!


>>akubudakbalun.blogspot

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails