Tuesday, July 13, 2010

Burung Nuri Dengan Warna Bulu Tercantik Di Dunia

Burung nuri adalah salah satu jenis burung peliharaan yang paling popular di dunia. Mereka mudah dijadikan peliharaan kerana mereka mempunyai bulu yang penuh warna indah dan pintar.

Ada 372 spesies burung nuri dan mereka boleh diketemukan di kebanyakan daerah yang panas dan iklim tropika dengan beberapa spesies menghuni selah Bumi Selatan .Keanekaragaman burung ini yang paling luar biasa ditemukan di Amerika Selatan dan Australia.

1. Sun Conure or Sun Parakeet

Burung nuri yang berwarna cemerlang dengan ukurannya yang sedang.
boleh hidup selama 25 sampai 30 tahun.

2. Eclectus Parrot


Seekor burung yang berasal dari Kepulauan Solomon, Papua New Gueni
dan kepulauan Maluku. Mereka kadang-kadang dianggap sebagai hama kerana memakan buah-buahan jatuh dari pohon. Bulu terang mereka juga dipakai sebagai tanda jasa oleh orang suku asli.

3. Yellow-bibbed Lorikeet

Burung ini ditemukan di Papua New Gueni dan Kepulauan Solomon.
Habitat semulajadi adalah hutan lembah dan gunung
yang lembab dengan iklim subtropika atau tropika.

4. Eastern Rosella


Eastern Rosella (Platycercus eximius) ini banyak dicari untuk dijadikan haiwan peliharaan kerana bulu burung mereka yang colorful dan indah.

Mereka adalah makhluk pintar, yang boleh dilatih untuk bersiul dan mungkin belajar berbicara sedikit kata atau ayat. Burung ini berasal dari Australia dan Tasmania.

5. Dusky Lory


Spesies asli dari Indonesia dan Papua New Gueni. Habitat alaminya adalah hutan mangrove, lembah dan gunung yang lembab dengan iklim subtropika atau tropika.

6. Golden Conure


Spesies ini tinggal di daerah kering, dataran tinggi Amazon Brazil,
burung yang ekzotik ini yang terancam keberadaannya kerana penggondolan hutan dan banjir dan juga perburuan liar untuk perdagangan. Golden Conure adalah jenis burung yang penuh canda dan peramah.

7. Australian King Parrot


Australian King Parrot termasuk jenis burung peliharaan. Ditemukan di daerah dataran tinggi yang lembab dan daerah bersemak di bagian timur Australia.

8. Bronze-winged Parrot


Kerana warna sayapnya bewarna unggu maka dia disebut Bronze-winged Parrot (Pionus chalcopterus). Burung ini biasa ditemukan di Venezuela dan Colombia juga barat laut Peru. Burung ini hidup secara berkelompok.
Sekitar 10 burung dalam 1 kelompok.

9. Blue-throated Macaw


Burung nuri ini dengan warna yang mempesona ini lebih banyak di pelihara daripada hidup di alam bebas. Burung ini juga disimpan di beberapa zoo binatang di seluruh dunia. Blue-throated Macaw (Ara glaucogularis) ditemukan di Bolivia utara-pusat. Sekarang hanya tinggal 250-300 individu yang tinggal di alam kerana mereka ditangkap untuk diperdagangkan.

10. Pohnpei Lorikeet


Habitat alaminya di dataran rendah dengan hutan dan perkebunan yang lembab. Burung ini adalah spesies endemik untuk pulau Pohnpei dan Ahnd dekat Atol di Mikronesia.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails