Friday, July 23, 2010

PERANCANGAN YAHUDI DISEBALIK PENOLAKAN POLIGAMI...



Mutakhir ini pelbagai pihak menarik minat tentang isu poligami, baik dari kerajaan, badan bukan kerajaan bahkan individu individu sekeliling kita masih lagi membincangkan perkara yang sememangnya sudah lama wujud dan sebaiknya dipraktikkan bagi yang adil dan berkemampuan. Termasuk juga kalangan ahli komuniti berbicara mengenai hal tersebut. Namun, sedarkan kita perkara yang berlaku disebaliknya Yahudi sepertimana yang kita telah sedia maklum merupakan musuh tradisi umat islam. Permusuhan sejak zaman para Rasul lagi berterusan hingga ke hari ini. Satu kelebihan yang terpaksa diakui yang ada pada bangsa ini ialah mereka sentiasa mendahului masa dalam membuat kajian serta rancangan rapi bagi mencapai sesuatu matlamat mereka.

Kedatangan para Rasul contohnya sudah diketahui mereka ribuan tahun terdahulu, lalu ditunggu dan diusahakan untuk menghalang kemunculannya. Ini adalah kerana mereka sangat arif tentang 'jadual' Tuhan untuk umat Islam bagi setiap zaman. Apa dan di mana kelebihan, kekuatan dan kelemahan umat Islam, semuanya berada dalam kajian dan pengetahuan mereka.

Selepas kewafatan Rasullullah saw, permusuhan ini tidak turut berakhir, malah mereka meneruskan agendanya bagi memastikan umat Islam lenyap di muka bumi ini. Yang hendak ilenyapkan itu bukan orangnya atau jasadnya tetapi yang menjadi fokus utama ialah kekuatan rohnya.

Mereka mengkaji di mana letaknya rahsia kekuatan umat Islam yang sebenar lalu di situlah dituju, di 'attack' hingga lumpuh dan akhirnya walaupun bilangan umat Islam ramai di dunia hari ini, tapi mereka bagaikan buih di lautan sepertimana yang telah digambarkan oleh Rasullullah saw 1500 tahun yang lalu.

Sejarah juga memperlihatkan kepada kita bagaimana selepas kewafatan Rasul, umat Islam sekitar 300 tahun selepas itu masih lagi kuat dan kental keyakinan dan ke takwaannya. Umat Islam di Turki contohnya begitu cemerlang di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang raja yang bertaqwa. Kerajaan Bani Usmaniah sangat disegani dan diakui kehebatannya. Kunci kekuatan Empayar Usmaniah di waktu itu adalah kerana ketaqwaan pemimpinnya, tenteranya dan rakyatnya.

Yahudi sangat mengkaji dan memerhati perkara ini. Mereka sedar bahawa kekuatan umat Islam terletak kepada taqwa, roboh taqwa robohlah umat, runtuh taqwa, runtuhlah tamadun. Lenyap taqwa, lenyaplah empayar. Lalu bagi memastikan umat Islam tidak terus menerajui empayar gilang gemilang ini, maka mereka pun menjalankan jarum suntikan mereka secara halus. Mereka mula menyuntik berbagai virus merbahaya bagi melumpuhkan iman umat agar taqwa dapat digugat dan empayar dapat diranap Walaupun perancangan ini memakan masa ratusan tahun, namun mereka tetap tekad. Walaupun kepala perancang itu tahu yang dia tidak akan sempat melihat hasilnya, namun agenda dan azam ini diperuntukkan dari azam ini diperturunkan dari generasi ke generasi. Agenda besar ini sentiasa dipahat dan dipasak ke jiwa mereka dari turun temurun. Empayar Islam mesti diruntuhkan, umat Islam mesti dihancurkan.

Lalu apa yang berlaku ialah untuk memastikan empayar Islam jatuh di Turki mereka berusaha selama lebih 200 tahun untuk melahirkan anak zina di bumi Turki. Caranya ialah dengan menyuntik budaya kuning, kebebasan sosial, pergaulan bebas yang membawa manusia lalai dari Tuhan yang mana akhirnya selepas 200 tahun lahirlah ramai anak-anak zina di sana.

Salah seorang daripadanya termasuklah Mustafa Kamal Antartuk. Seorang manusia yang tidak diketahui ibu ayahnya. Manusia inilah yang dididik oleh Yahudi hingga menjadi syaitan berwajah manusia. Lalu di tangannyalah runtuh segala peradaban Islam, kekuatan iman dan taqwa, sebuah empayar yang dibangunkan atas nama Tuhan hancur ranap di tangannya. Malah musuh berjaya mendidiknya menjadi penentang utama Islam di zamannya.

Maka di satu sudut dunia di sebelah sana musuh bertepuk tangan. Perancangan mereka telah berjaya akhirnya. Penantian ratusan tahun tidak sia-sia. Kesannya dapat dilihat hingga ke hari ini. Islam sangat dipinggirkan dan dimusuhi di Turki oleh orang-orang Islam sendiri hingga ke saat ini. Begitulah hebat sekali perancangan musuh untuk memastikan kejatuhan Islam.

Bagaimana pula perancangan mereka untuk kurun ini? Jadual kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman sentiasa ada dalam perhatian mereka. Mereka cukup tahu bahawa Islam akan kembali gemilang bermula dari sebelah Timur dan Timur yang dimaksudkan itu ialah di Kepulauan Melayu kita ini. Dan kebangkitan kedua ini pula akan diterajui oleh satu etnik yang sekian lama terpinggir tetapi terpilih untuk menerajui sebuah empayar di Timur ini, dan sebuah etnik yang dimaksudkan itu ialah etnik Melayu.

Pembentukkan empayar bukan terjadi dengan sekelip mata. Ia mestilah bermula dengan pembentukan peribadi-peribadi agung atau 'super' yang membentuk keluarga super ini akan melahirkan masyarakat super. Daripada situ akan muncul satu etnik yang kemudiannya akan membawa kepada empayar.

Asas pembentukan empayar itu bermula dari rumahtangga lagi. Pembentukan keluarga secara terancang dan terpimpin sangat penting bagi memastikan terbangunnya satu etnik baru. Sejarah memperlihatkan kepada kita bagaimana sesuatu bangsa atau etnik yang membangunkan empayar diasaskan oleh satu Bani atau rumpun kelurga yang menjadi tonggak kepada empayar tersebut. Contoh yang jelas dapat dilihat bagaimana Bani Hasyimiah,Bani Usmaniah, Bani Abassiyah, Bani Fatimiah membina empayar yang diasaskan oleh suku keluarganya.

Bagi memastikan kekuatan sesuatu kaum, ia perlu didokong oleh bilangan ahli yang ramai serta berkualiti. Seorang pemimpin yang bijak akan memastikan lahir daripadanya generasi yang akan mendokong cita-citanya yang diikat selain dengan talian kekuatan iman juga dengan talian darah
bagi menjamin ikatan yang cukup kental dan solid di belakang pemimpinnya.

Untuk itu satu 'family planning' yang terancang lagi terpimpin perlu bagi memastikan agenda besar ini dapat dilaksanakan. Islam punya kaedah'family planning'nya tersendiri iaitu melalui poligami. Melalui sistem ini seseorang boleh merancang pembentukkan dan pembinaan keluarganya.

Bayangkan seorang yang mempunyai 4 orang isteri dan berpuluh anak, manakala anak-anaknya juga berpoligami dan melahirkan ratusan cucu dan cicit, maka dalam masa 50 tahun akan muncul Bani baru. Lebih-lebih lagi apabila pembentukkannya dirancang dengan teliti, didokong dengan satu matlamat dan cita-cita yang dikongsi dan diwarisi turun-temurun, lalu dipimpin dan dididik dengan sistem yang bertunjangkan iman dan taqwa, maka tidak hairanlah kalau etnik ini akan muncul sebagai kekuatan baru di alaf ini. Disebalik poligami ini nampaknya punya rahsia besar ke arah pembentukkan sebuah empayar. Sistem keluarga besar ini adalah satu kekuatan dalam masyarakat dan negara Islam. Mempraktikannya dengan jaya adalah satu kehebatan, kedaulatan dan kekuasaan.

Rupanya musuh sangat arif tentang hal ini. Mereka telah kenalpasti kekuatan ini sejak ratusan tahun yang lalu. Lalu mereka telah bertindak merancang misi penentangan terhadap poligami hingga ia menjadi satu amalan yang dimusuhi dan dipinggirkan bukan sahaja oleh kaum wanita tetapi juga kaum lelaki. Malah para ulama juga tidak ketinggalan memusuhinya.

Seterusnya bagi memastikan tidak terbangunnya sebuah empayar di atas nama Islam yang didokong oleh bangsa Melayu disebelah Timur ini, maka mereka juga bukan sahaja menentang poligami tetapi juga melancarkan penentangan terhadap pembentukan keluarga besar. Ini jelas seperti yang pernah berlaku di Indonesia pada masa dulu di mana di waktu itu negara itu dilanda kemelesetan ekonomi dan terpaksa mengemis kepada IMF dan Bank Dunia yang didalangi oleh Yahudi, maka antara syarat yang ditetapkan ialah Indonesia mestilah mengamalkan dasar perancangan keluarga bagi mengawal pertumbuhan penduduk. Ini beerti mengawal pertumbuhan umat di negara 200 juta umat Islam ini. Sungguh licik dan halus perancangan musuh disebalik penentangan terhadap poligami, satu syariat Tuhan yang cukup hebat sebenarnya tapi telah begitu dicemari dan dipinggiri.

Ternyata begitu sekali terperinci perancangan musuh bagi memastikan satu jadual Tuhan iaitu kebangkitan Islam kali kedua tidak berulang lagi. Namun kalau manusia merancang, Tuhan juga merancang. Ketentuan Tuhan tidak mungkin dapat diatasi oleh kuasa makhluk. Mereka terlupa bahawa kekuatan sesuatu bangsa bukan terletak pada kuantiti tapi kualitinya. Maka akhirnya kita akan melihat satu etnik baru yang diasaskan oleh satu Bani yang mengamalkan poligami secara terpimpin dan terancang akan muncul di atas platform Islam bagi menerajui sebuah empayar baru di alaf ini. Di waktu itulah sama ada musuh terang-terangan mahupun musuh dalam selimut akan berputih mata melihat janji Tuhan pasti nyata.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails