Tahukah anda bahawa piala dunia 2010 ini telah dirancang keputusannya oleh pihak dibalik tabir? Bagaimana german yang menundukkan england 4-1 dan argentina 4-0, hanya bermain sambil lewa sahaja diperlawanan menentang sepanyol. Bagaimana Brazil pasukkan terhebat dunia tewas diperlawanan suku akhir kepada pasukkan Belanda yang jarang menyerlah dipersada dunia. Semua ini adalah perancangan oleh pihak tertentu terutamanya bookie judi yang mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penipuan yang direka ini.Kita sebagai penonton ditipu mentah-mentah dengan adegan yang dijual diseantero dunia ini.
FIFA yang terkenal dengan sikap berkecuali dalam hal-hal antarabangsa juga boleh dipertikaikan dalam menjalankan program piala dunia ini.Sebenarnya kejohanan piala dunia ini adalah medan bagi golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dengan pelbagai program sampingan yang amat menguntungkan.Ini seperti hak penyiaran yang perlu dibeli,logo-logo yang dijual,iklan-iklan dipadang dan juga tiket masuk kestadium.
Pendapatan tersebut mungkin memberikan pulangan 45% kepada badan dunia tersebut,akan tetapi pendapatan tanpa direct cost yang memberi pulangan lebih lumayan adalah perjudian.Disini sebenarnya pendapatan mereka. Terfikirkah kita dengan kekalahan Brazil haritu menyebabkan bookie menang besar? Paling besar pendapatan sampingan badan dunia bagi WCup 2010 adalah pada perlawanan Brazil vs Belanda. Bookie-bookie tersebut bukan bookie persendirian tetapi bookie yang dilantik oleh badan dunia tersebut. Pihak brazil mungkin dibayar untuk dikalahkan agar semua keuntungan jualan hasil judi itu dapat dikutip dengan senang.
Adalah malang saya yang berjaga malam untuk menonton aksi hebat mereka akhirnya ditipu hidup-hidup dengan lakonan mereka diatas padang. Kita yang menonton bola tetapi mereka yang mengaut keuntungan yang besar.
Walaupun begitu,saya rasa Belanda akan menang perlawanan akhir ini berdasarkan perjalanan sistem jual beli perlawanan di Wcup2010 ini. Kalau Malaysia nak jadi juara Piala Dunia 2014, fikirkan ongkos yang perlu dibayar untuk merealisasikan impian ini.
modayu Hm
No comments:
Post a Comment