Wednesday, April 1, 2009

DUA BUKIT YANG MENJADI REBUTAN…



Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah dua tempat yang berbeza di negeri yang berlainan.Cuma yang paling menarik perhatian saya adalah di Bukit Selambau,sebelum ini siapa pun tidak mengenali bukit ini.Namun pada saat ini bukit ini ibarat bongkah emas bagi BN dan PKR.Jika kita lihat dari sudut perjuangan parti BN mereka amat memerlukan kemenangan di bukit ini demi mengangkat semula martabat BN di mata rakyat,namun sejarah telah tercatat bahawa pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang paling sengit di sebabkan seramai 15 calon yang akan bertanding,13 dari Bebas dan masing-masing 1 dari PKR dan 1 dari BN.

Apa yang menarik setiap pengundi di Bukit Selambau ini di kelilingi oleh 15 orang calon,ibarat seorang raja yang mesti di patuhi dan diikuti arahannya bagi mengundi di antara 15 calon itu.Berkemungkinan juga kehadiran ramai calon Bebas berserta dengan ratusan penyokong mereka menyebabkan undi akan berpecah,yang pastinya ini adalah taktik BN bagi mengalahkan PKR.Jom kita lihat keputusan PRU 2008 tempoh hari;

DUN (N25 BUKIT SELAMBAU)

CALON(S KRISHNAN (BN-MIC) 10,863)
(V ARUMUGAM (BEBAS) 13,225)

BIL.PENGUNDI (25,782)

KELUAR MENGUNDI (100.00)

UNDI ROSAK (1,694)

MAJORITI (2,362)

V.Arumugam menang dengan majority 2,362 dan undi rosak sebanyak 1,694,ini menunjukkan pengundi di Bukit Selambau ini sudah muak dengan BN.Apa-apa pun sama-sama kita lihat keputusannya nanti,bagi jentera PKR kemenangan tampak sukar kerana pengundi berdepan dengan krisis kepercayaan gara-gara dua orang Adun PKR Perak yang melompat parti baru-baru ini iaitu Adun Behrang dan Cangkat Jering,yang pastinya pengundi Cangkat Jering akan keluar mengundi untuk Parlimen Bukit Gantang nanti.

Namun bagi jentera kerajaan negeri Kedah kemenangan pada parti PKR sangat di harapkan kerana ia dapat mengukuhkan dan memperkasakan kerajaan Kedah di bawah pemerintahan parti PAS.Jika kita amati betul-betul pada parti PAS,kepimpinan mereka amat mantap dalam mempertahankan prinsip dan dasar.Setakat ini semua kepimpinan mereka bersih dan beretika dalam mentadbir dan memegang amanah yang telah di berikan oleh rakyat.Al-Quran dan As-Sunnah merupakan panduan dalam perjalanan perjuangan mereka.Maka bila mana ini menjadi pedoman budaya lompat parti Insya Allah tidak akan berlaku.Sebenarnya ini lah contoh parti terbaik yang ada dalam Negara kita sekarang ini,bukan sahaja membawa keadilan di dunia malah juga membawa kesejahteraan di akhirat sana.

Memanglah orang akan berkata parti ini banyak kelemahan dan kekurangan,namun bagi saya kelemahan dan kekurangan itu sama-sama kita baiki dan tampung agar menuju kesempurnaan.Mana ada parti yang sempurna 100% zaman ini,melainkan kita lah yang sama-sama mendokong kerana matlamat perjuangannya jelas iaitu mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails