Monday, April 6, 2009

ISLAM MESTI DI ATAS



Era kepimpinan Pak Lah Badawi sudah berlalu pergi bersama coretan nota beliau,Sejarah telah tercatat dalam lembarannya pada PRU Ke-11 pada tahun 2004 di mana Pak Lah mendapat sokongan yang cukup padu daripada rakyat.Mr Clean nama jolokan yang di beri kepada Pak Lah dengan karektor peribadinya yang berpendidikan agama cukup melunakkan kepercayaan rakyat kepadanya.Pada masa itu jugalah Islam Hadhari di wabakkan kepada seluruh rakyat,namun kini celupan Islam palsu itu akhirnya hilang begitu sahaja bersama pudarnya kepercayaan rakyat pada Pak Lah Badawi,8 Mac 2008 merupakan tarikh yang paling malang dan tragis bagi Pak Lah Badawi,kerana PRU ke-12 itu juga menyebabkan 5 buah negeri tersungkur pada Pakatan Rakyat,semua slogan yang dulunya gah cemerlang,gemilang dan terbilang rupa-rupanya sudah nampak temberang dan tembelangnya.

Naik dengan begitu tinggi melangit pada 2004 bersama pujaan dan pujian tapi kini bukan setakat jatuh malah kepercayaan rakyat terus pudar dan lusuh selusuh-lusuhnya.Itulah era dan putaran pemimpin yang menolak system Islam yang jatuh dengan hina dina.Kini diganti pula dengan Najib Razak yang sebelum ini teruk di belasah oleh media asing dan di kaitkan dengan kes Altantuya yang belum selesai.Namun Najib menggunakan system lama untuk menggembalikan kepercayaan rakyat pada nya dan pada parti BN itu sendiri dengan membebaskan 13 tahanan ISA,apa yang paling menarik dalam pembebasan itu 2 daripadanya adalah pemimpin Hindaf iaitu V.Ganabatirau dan R. Kenghadharan serta 3 aktivis lain iaitu P. Uthayakumar, M. Manoharan dan T. Vasanthakumar. Tahanan ISA lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam iaitu Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnnya berakhir tahun depan. Lainnya ialah tiga rakyat asing iaitu Sundaraj Vijay (warga India), dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain dan anggota Jemaah Islamiah Wan Amin Wan Hamat

Berbetulan pula dengan pilihanraya kecil Bukit Selambau yang mana majoritinya adalah kaum India,selain itu juga Najib bertindak bijak dengan menarik balik permit pengantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.Betapa cetek dan pendeknya skrip mereka lakonkan pada rakyat semata-mata meraih undi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Inikah idea dan pemikiran pemimpin kita??sesekali macam idea budak tadika kemas je…apa pun yang berlaku dalam Negara kita ini tak ubah seperti filem Hindustan yang kelak akan menyusahkan lagi rakyat.

Selagi mana pemimpin yang mengaku bernama dengan nama Islam tapi menolak dan tidak mengangkat Al Quran sebagai panduan tertinggi dalam bernegara maka selagi itulah mereka ini akan hidup secara hina sehina-hinanya.Segala kerja buat dan penah lelah adalah sia-sia belaka ibarat mencurah air ke daun keladi.Justeru itu kembalikan Islam ke tampat asal yang layak ianya di tempatkan agar kehidupan selamat di dunia apatah lagi di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails