Satu undi sangat bermakna dalam pilihanraya,cuba kita lihat pilihanraya umum tahun 2004 yang menyaksikan kerajaan PAS Kelantan di ambang kejatuhan gara-gara serangan bertali arus dari media massa milik UMNO-BN di tambah pula tampuk kepimpinan Negara ketika itu di ambil alih oleh seorang yang berpendidikan agama iaitu Tun Pak Lah Badawi,dengan panggilan ‘Mr Clean’ sudah cukup menyendal lunak kepercayaan rakyat pada parti UMNO-BN.Keputusan PRU ke-11 tahun 2004 menyaksikan kerajaan PAS Terengganu tumbang,namun kerajaan PAS Kelantan masih boleh berdiri bersama semangat rakyat Kelantan terus membara walaupun majoriti di DUN Kemuning yang di kemudi oleh Cikgu Ya hanya mendapat majority yang paling tipis iaitu 2 undi sahaja,dikatakan dua orang mahasiswa yang belajar di Sarawak pulang dan mengundi parti PAS.
N35 - KEMUNING (2004) | DUN | WAN MOHAMAD ZIN MAT AMIN (BN) 6,076 | (15,834) | 12,344 | 77.96 | 190 | 2 |
Tekanan demi tekanan daripada jentera UMNO-BN terus membadai hebat bumi serambi Mekah itu,di saat peluru-peluru daripada media massa sentiasa menyinggah di mata-mata rakyat Kelantan,di masa itu juga kerajaan PAS Kelantan di uji dengan kematian ADUN Pengkalan Pasir.Ini lah saat-saat yang paling getir dan perit buat seluruh pendokong dan penyokong PAS,bila-bila masa sahaja kerajaan ISLAM Kelantan bakal runtuh.Demi mempertahankan Kerajaan ISLAM daripada runtuh,semua pejuang-pejuang PAS dari seluruh pelusok Negara turun berkubu di Pengkalan Pasir.Tentera merah mula berkampung di situ bagi memastikan kemenangan milik ISLAM.Bukan itu sahaja,makcik dan pakcik yang tidak dapat turun bekerja di Pengkalan Pasir mengadakan program solat hajat setiap hari dan setiap malam di tempat masing-masing bagi memastikan kemenangan dapat di pertahankan.
Seluruh pimpinan tertinggi UMNO-BN turun di Pengkalan Pasir menyantuni penduduk di situ dan menunaikan apa sahaja permintaan mereka .Maka tibalah hari pilihanraya kecil yang di cemari dengan pengundi hantu dan taktik kotor,namun bagi PAS mereka tetap mengikut peraturan yang telah di tetapkan oleh SPR walaupun parti UMNO kebiasaannya sering melanggar peraturan SPR itu,akhirnya keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir di umumkan oleh SPR di mana kemenangan berpihak pada UMNO-BN,namun bagi pendokong dan penyokong PAS mereka tetap redha dengan apa yang berlaku.Inilah ujian dalam perjuangan yang sebenarnya ,seluruh tenaga dan wang ringgit yang di gunakan untuk ISLAM pasti akan dibalas oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Selepas UMNO-BN memenangi DUN Pengkalan Pasir itu,seperti biasa parti UMNO yang rasuah ini mula bergerak untuk membeli wakil rakyat PAS,sasarannya adalah Cikgu Ya (ADUN Kemuning) di tawarkan duit sebanyak RM500,000.00,namun Cikgu Ya tetap teguh berpegang pada Al-QURAN sebagai amanah kepimpinan ini yang pasti akan di tanya di akhirat kelak.Kerajaan PAS Kelantan bersama seluruh rakyat negeri itu senantiasa menunaikan solat hajat dan program-program tarbiah sejak dulu kini dan selamanya.
Setelah bertahan selama lebih kurang 4 tahun,maka sampailah tarikh PRU KE-12 pada 8 Mac 2008.Parti perjuangan yang sia-sia UMNO telah berkira-kira melantik individu-individu yang bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai MB baru apabila parti UMNO mengambil alih kerajaan Kelantan nanti.Akhirnya keputusan PRU pada tahun 2008 menyaksikan parti UMNO di lempang kemas oleh rakyat Kelantan dengan hanya memperolehi 6 kerusi (Pengkalan Kubor,Kok Lanas,Kuala Balah,Nenggiri,Bukit Bunga dan Paloh) daripada 45 kerusi.Cita-cita yang di impikan selama ini tidak ubah seperti burung pungguk rindukan bulan…bersambung
No comments:
Post a Comment