Thursday, April 9, 2009

BEDILAN DARI DUA BUKIT…


Alhamdulillah setinggi-tinggi dan semaksimun syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan ini,manusia hanya berusaha semata-mata namun yang memberi kemenangan datangnya dari Allah SWT.

Sekali lagi UMNO-BN tersungkur di Parlimen Bukit Gantang selepas di lempang rebah di Parlimen Kuala Terengganu dan Permatang Pauh,sesuatu yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan mual dengan UMNO-BN sekarang ini.Segala lakonan yang di pertontonkan pada rakyat dengan peralihan kuasa kepada Najib dan tindakan drastic Najib melepaskan tahanan ISA serta menarik balik permit pergantungan harakah dan suara Keadilaan hanya lah gimik dan meraih simpati untuk memenangi pilihanraya kecil ini semata-mata.Namun mereka telah di bedil kencang oleh rakyat di dua bukit ini.

Bukan sahaja kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau,malah peningkatan sokongan dan undi pada PAS dan PKR yang amat mengejutkan.Ternyata peranan RTM(Radio Tipu Melayu) dan TV3 suku yang merupakan senjata ampuh rupa-rupanya mentiga-sukukan lagi parti UMNO-BN ini.Itulah gambaran jelas kepada kita bahawa mana-mana pemimpin yang menolak ISLAM mereka akan jatuh dengan hina dina.Apa lagi yang boleh di harapkan pada parti UMNO-BN bak kata pepatah “harapkan pagar,pagar makan padi” .

Bedilan dari dua bukit ini merupakan permulaan siri kejatuhan kerajaan UMNO-BN yang di bina di atas landasan rasuah yang selama ini membarah dan kini menunggu detik-detik akhir hayatnya di bawah Dinasti Najib.Kekalahan di dua bukit ini menyebabkan kerajaan UMNO-BN semakin tenat,lebih-lebih lagilah kepada Najib yang baru sahaja memegang jawatan Perdana Menteri sudah di tembak oleh rakyat dengan kertas undi di dua bukit ini.Agaknya apa lagi strategi baru yang UMNO-BN cari bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat pada parti mereka ini.Sedih dan sayu pada mereka yang masih lagi berteleku di dalam kelambu UMNO.

Kemenangan yang gemilang milik PAS dengan Ir Nizar Jamaluddin sebagai pahlima Bukit Gantang yang baru dengan majority 2789(dulu 1566),kini UMNO-BN buntu mencari punca kekalahan dan semua talian hayat telah di gunakan oleh mereka.Cuma bagi saya UMNO yang berpaksikan nasionalisme ini mestilah berubah secara drastic dengan mengubah dasar ini dan mengambil dasar ISLAM sepenuhnya,jika masih bongkak dan takabur maka saksikan keruntuhan yang paling hina parti UMNO ini.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails