Wednesday, April 29, 2009

BIDADARI YANG DI JANJIKAN…


As-Syahid Fauzi Ismail


“Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan” buku yang di tulis oleh Cikgu Zainon Ismail bersama editor Ustaz Riduan Mohamad Nor yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan buku-buku sejarah tokoh-tokoh Islam.Namun mungkin pada mata masyarakat kurang mengenali Zainon Ismail atau lebih di kenali dengan panggilan Cikgu Non,segala-galanya bermula dengan pencerobohan dan pembataian Negara tandus iaitu Afghanistan.Berita pencerobohan kuasa besar nombor satu dunia pada masa itu iaitu Soviet Union(kini Russia) telah membakar semangat jihad pemuda-pemuda Islam di seluruh dunia Islam.

Berbondong-bondong sukarelawan Islam terdiri dari pada pemuda-pemuda telah datang ke Afghanistan untuk berdepan dengan tentera kuffar Soviet Union.Nama-nama besar seperti Dr Abdullah Azzam,Gulbudin Hekmatayar(bekas mahasiswa university of Kabul ) dan Dr Burhanuddin Rabbani dengan puluh ribu pemuda-pemuda Islam memikul senjata melawan Soviet Union,sejarah yang panjang di mana pertama kalinya Afghanistan telah di cerobohi oleh tentera Jerman Timur pada tahun 1953 kemudian Hungary 1956 ,di ikuti oleh Negara Czechoslovakia dan akhirnya di terjah ganas oleh tentera Soviet Union pada 31 Disember 1978.

Maka bermulalah satu catatan sejarah yang telah termaktub kukuh di tulis dengan tinta emas bagi seorang anak muda Melayu yang bernama As-Syahid Fauzi Ismail.Seorang pemuda yang di gambarkan sentiasa ceria menguntum senyuman,boleh berlebih kurang dengan teman-teman,tidak memetingkan diri demi melihat perjuangan Islam Berjaya.Sebuah potret peribadi yang luhur bagi melengkapkan syarat peribadi sang daei dan pejuang .

Beliau sanggup meninggalkan keseronakkan dunia demi mengejar kehidupan yang hakiki,merupakan anak muda Melayu yang kerjanya menoreh getah dan dengan duit hasil keringatnya itu beliau akhirnya sampai jua di Afghanistan bersama 2 orang lagi sahabatnya,selepas itu mereka mengikuti latihan dengan melalui pelbagai kesukaran kesejukan dan kepanasan namun tidak sedikit pun melunturkan semangat jihadnya itu.Semenjak dari itu beliau sentiasa berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya.

Beliau dan sahabatnya bersama pejuang tempatan dan luar telah melakukan operasi di Wilayah Khost hingga Berjaya menawan daerah itu,kejayaan demi kejayaan berpihak pada pejuang mujahidin dan pada suatu hari yang telah di tentukan As-syahid dan teman Arabnya di letakkan dalam kubu paling hujung di Bukit Quba’ itu adalah untuk mengawasi musuh secara dekat.Memang sudah di takdirkan di antara ratusan peluru yang di muntahkan oleh musuh itu,salah satu darinya telah pun diperuntukkan Allah SWT untuk As-Syahid Fauzi.Kalau selama ini,beliau hanya bermimpi tapi sekarang As-Syahid telah mendapat mas kahwin yang paling mahal dari segala-galanya dalam dunia ini.

1 comment:

  1. ulasan buku yang sama di sini..

    http://fikrahnazifa.blogspot.com/2008/11/memoir-jihad-anak-melayu-di-afghanistan_02.html

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails