Sunday, April 12, 2009

BETUL KE TAK SENGAJA...



Setiap apa jua perbuatan yang kita lakukan
berlandaskan dua perkara iaitu sama ada
dilakukan secara sengaja atau tidak.dan orang
boleh menilai samada perbuatan yang kita
lakukan itu terjadi kerana sengaja ataupun
sebaliknya...

1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama
puasa.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan
puasa.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di
pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung
pasar malam.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan
premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal dan tikar serta
membaringkan badan ketika bekerja.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana
pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa
keluar barang-barang yang berharga.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang
tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam
dompetnya sewaktu dia tidur.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana
jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren
komuter jem.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails