Wednesday, April 22, 2009

KENAPA???



Kenapa masyarakat kita rosak?kenapa pusat-pusat maksiat tumbuh dengan pesat?kenapa anugerah Berita Harian baru-baru ini adanya adegan peluk antara Nabil dan Irma di khalayak ramai tanpa rasa malu?adakah pemimpin Negara Malaysia di perintah oleh orang kafir?adakah dalam Negara kita tiada mufti dan golongan beragama? kenapa teruknya Negara kita ini sekarang? kenapa jadi begini?....

Pertanyaan ini lah yang sentiasa berputar di mindaku,sesekali aku rasa sedih di manakah perginya segolongan besar agamawan yang pulang dari Al-Azhar,di manakah hilangnya taring-taring mufti untuk menegur perbuatan pemimpin-pemimpin durjana yang merosakkan dan menghayutkan masyarakat bergelumang dengan dosa dan noda.

Namun aku berterima kasih pada sebilangan kecil agamawan yang betul-betul terjun ke tengah masyarakat menyelesaikan masalah yang semakin hari semakin teruk,walaupun penawar yang di taburkan pada masyarakat itu tidak cukup untuk mengubati virus ini yang sudah sekian lama membarah dalam masyarakat kita ,kes rogol yang terus meningkat,kes bunuh,samun,dan bermacam lagi lah yang berlaku dewasa ini adalah kerana manusia yang di berikan kuasa pemerintahan meninggalkan undang-undang ISLAM dan mengguna pakai undang-undang ciptaan manusia.Ini lah bala yang di timpa ke atas manusia yang meminggirkan ISLAM

Mereka cukup bebal dan keras hati apabila di nasihat dan di tegur oleh para ulama’ dan agamawan supaya berubah kepada undang-undang ISLAM,kerana kebengongan dan kesombongan pemimpin yang memegang tampuk Negara ini lah punca masyarakat kita rosak teruk,mereka menyondol dan mengigit licin harta kekayaan Negara untuk dirinya dan kroni.Rasuah menjadi amalan biasa dan tidak terasa berdosa kerana hati-hati mereka sudah mampus.

Mereka terus berbangga dengan kemajuan dan pembangunan Negara,namun di sebalik kemajuan ini masyarakat terus merudum akhlaknya dan rosak budi pekertinya.Ini lah kejayaan pemimpin yang telah memerintah nagara ini selama 50 tahun lebih,menjual maruah Negara dan melacurkan akhlak masyarakat semahu-mahunya.Namun mereka yang memberi undi kepada pemimpin macam ini lah yang paling jahat kerana membenarkan mereka berbuat demikian……….bersambung

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails