Selepas UMNO-BN mencatat kekalahan yang gilang-gemilang di Parlimen Permatang Pauh,Kuala Terengganu dan di humban dari puncak Bukit Gantang tempoh hari,kini politik dalam UMNO terus bergolak dan bergelojak.Putaran kencang angin dari perbukitan itu singgah pula di negeri pantai timur iaitu Terengganu Darul Iman,kelmarin 8 Adun UMNO memboikot DUN Terengganu bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan.
Tindakan ini merupakan luahan sebenar bahawa mereka tidak bersetuju Ahmad Said sebagai MB,mereka lebih selesa dan senang berMB Idris Jusoh.Apa yang pasti tindakan mereka ini bukan sahaja merugikan parti UMNO itu sendiri malah menenatkan dan menkritikalkan lagi UMNO itu sendiri.Sudah lah di lempang rebah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada pilihanraya kecil baru-baru ini,kini di barahkan dengan sikap dan tindakan UMNO Terengganu yang bertengkar sesama sendiri.
Itulah sebenarnya politik UMNO yang berpaksi dan berfahaman kebangsaan menjatuhkan antara satu sama lain,akhirnya yang rugi adalah parti UMNO itu sendiri lebih-lebih lagi Najib Razak sebagai presiden UMNO juga Pendana Menteri Malaysia yang mana rata-rata rakyat negara ini tidak merestui peralihan kuasa kepimpinan ini.Kini UMNO menanti saat-saat yang amat menyedihkan dan menyakitkan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat pada parti keris itu.
Simbahan maklumat kepada rakyat dari media massa sperti RTM dan TV3 sudah tidak mendapat sambutan,senjata ampuh yang di miliki oleh UMNO ini kini telah menikam dan menusuk tuannya sendiri.Jika dulu UMNO berjaya menipu dan memperberukkan rakyat,tapi kini tidak lagi kerana rakyat sudah celik IT.Peranan besar para bloggers yang menjiruskan maklumat kontra pada rakyat ternyata berjaya dan berkesan.Kini parti UMNO telah di tolak mentah-mentah oleh orang Melayu yang berada di bandar-bandar,Cuma UMNO mendapat sedikit penawar dan sokongan dari orang Melayu yang berada di kampong-kampung sahaja.Sememangnya orang Melayu yang berada di kampong-kampung belum celik IT dan di rumah-rumah mereka masih di simbah maklumat dari media massa semata-mata.
Maka dapat di simpulkan di sini,sekarang parti UMNO bukan lagi parti elit seperti mana dulu,kini parti UMNO adalah parti kampong dan parti yang berjalan ke belakang bukannya ke depan,ini kerana di bandar-bandar besar parti ini telah di kuis ke bakul sampah dan telah di kambus sedalam-dalamnya.Revolusi minda sebenarnya berlaku pada orang cina dan India namun pada orang Melayu tidak berlaku revolusi ini kerana mereka di tempurungkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang.
Biarlah mereka miskin,tapi mereka cukup berbangga melihat pemimpin UMNO kaya raya menaiki kereta mewah,rumah besar dan sebagainya,namun mereka lupa suatu hari nanti tanah yang mereka duduk itu akan di jual pada pemaju dan mereka akan di halau.Namun yang penting mereka tetap undi UMNO.Itulah politik melayu UMNO yang otak berkarat biru,masih lagi sokong UMNO di kala kaum lain sudah menolak UMNO yang haprak ini.
Masihkan kita ingat baru-baru ini pada pilihanraya kecil Bukit Gantang seorang pemimpin tertinggi UMNO memberi ucapan kepada kaum cina mengenai sumbangan kerajaan yang begitu banyak pada bangsa mereka,seolah-olah mereka tidak mengenang budi,maka mereka bangun dan berkata “kami bukan bangsa pengemis” .Berpinar-pinar mata pemimpin UMNO yang bodoh itu di lempang oleh jawapan sedemikian.Justeru itu jika orang Melayu masih terperuk di dalam sarung UMNO maka orang Melayu tidak ubah seperti pengemis……..
Mungkin Idris Jusoh dapat semangat baru dari kemenangan Nizar di Bukit Gantang tempohari. Walaupun Nizar dikatakan derhaka tetapi dia masih menang.
ReplyDeleteOleh itu Idris Jusoh ingin mengikut jejak langkah Nizar bagi mencuba nasib lagi sekali, Idris Jusoh juga pernah dicap sebagai derhaka sebelum ini.