Thursday, April 30, 2009

DUNIA HANYALAH KOSMETIK….episod 1



Alhamdulillah ,sememangnya manusia yang di hidupkan di bumi ini adalah untuk di uji pada tahap manakah perhambaannya kepada Allah SWT.Ada manusia yang sabar dan tekun menghadapi hidup sementara ini,ada juga yang menjadikan dunia ini sebagai tempat bersukaria sampaikan lupa pada kehidupan akhirat dan ada juga yang mengambil dunia sekadar untuk bekalan menuju ke alam yang seterusnya serta ada sebilangan kecil manusia yang mendambakan sepenuh dan seluruh hidupnya berada di dalam jemaah islam untuk mempertahankan Islam walaupun sanggup mengadaikan keseronakkan masa mudanya,ini lah manusia yang akan mendapat redha dan kasih sayang Allah SWT di akhirat kelak.

Cumanya seorang sahabat bertanya kepada saya, kenapa kita di hidupkan pada zaman ini di mana masyarakat telah jauh dari ISLAM?dan kenapa kita tidak di hidupkan pada zaman Umar Abdu Aziz di mana Islam menguasai dunia dan suasana pada masa itu dunia cukup makmur dan aman?ini lah dua persoalan yang di tujukan pada diriku.Aku mula memutarkan balik segala ilmu yang pernah aku belajar sepanjang hidupku,ternyata persoalan ini aku pun tidak boleh menjawabnya.Lalu aku menyuruh sahabat yang bertanya tadi memberi tempoh seminggu untuk aku mencari jawabannya.

Maka aku mula bertanya dengan beberapa orang tuan guru pondok dan ustaz-ustaz,mereka menjelaskan kepadaku tentang persoalan itu.Kenapa kita hidup di zaman ini?maka ustaz pun menjawab dengan terperinci dan di antara semua jawaban yang telah di kemukakan pada ku itu,ada satu jawaban yang sangat menarik,bahawa kita di hidupakan pada zaman sekarang ini adalah pertamanya Allah SWT sangat sayang pada kita,Dia ingin memberi kita pahala yang banyak kerana berjuang di waktu ISLAM di hina,di waktu ISLAM di tekan dan di waktu masyarakat ISLAM rosak maka sudah tentulah tidak sama berada dalam suasana ISLAM menang.

Begitu jugaklah kenapa kita tidak di lahirkan di Palestin?ini kerana bila mana kita di takdirkan lahir di Palestin maka kita tidak akan mampu menghadapi suasana di sana dan sebab itulah kita di lahirkan di Malaysia yang sesuai untuk diri kita berjuang ISLAM di sini.Jawaban itu membuatkan aku terpaku dan membisu seketika betapa Agungnya Allah SWT yang sangat sayang pada kita,memberi peluang masa dan ruang untuk kita terus berjuang tegakkan ISLAM walau di mana kita berada.

Secara tiba-tiba teringat aku teringat akan kisah hijrah Nabi dan Saidina Abu Bakar as-siddiq apabila di kejar oleh puak kafir quraisy hinggakan Nabi dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur,di mana labah-labah dan burung merpati memainkan peranannya untuk menyelamatkan Nabi dan Saidina Abu Bakar.Aku mula terfikir jika burung dan labah-labah sanggup melindungi Nabi dan berjuang dengan Nabi,aku pula bagaimana?adakah aku makhluk manusia yang Allah berikan akal yang boleh berfikir dengan waras hanya melihat sahaja ISLAM yang di bawa oleh Nabi di hina begitu saja oleh orang kafir?.Jika aku masih lagi teragak-agak untuk tidak terjun ke medan perjuangan kerana takut kehilangan jawatan dan gaji,maka lebih baik burung merpati dan labah-labah dari diriku ini,mereka sudah pasti tidak akan di tanya oleh Allah di akhirat kelak,tapi aku yang bergelar manusia ini wajib akan di tanya oleh Allah di padang mahsyar kelak…wajib!!!!..............bersambung

Wednesday, April 29, 2009

BIDADARI YANG DI JANJIKAN…


As-Syahid Fauzi Ismail


“Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan” buku yang di tulis oleh Cikgu Zainon Ismail bersama editor Ustaz Riduan Mohamad Nor yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan buku-buku sejarah tokoh-tokoh Islam.Namun mungkin pada mata masyarakat kurang mengenali Zainon Ismail atau lebih di kenali dengan panggilan Cikgu Non,segala-galanya bermula dengan pencerobohan dan pembataian Negara tandus iaitu Afghanistan.Berita pencerobohan kuasa besar nombor satu dunia pada masa itu iaitu Soviet Union(kini Russia) telah membakar semangat jihad pemuda-pemuda Islam di seluruh dunia Islam.

Berbondong-bondong sukarelawan Islam terdiri dari pada pemuda-pemuda telah datang ke Afghanistan untuk berdepan dengan tentera kuffar Soviet Union.Nama-nama besar seperti Dr Abdullah Azzam,Gulbudin Hekmatayar(bekas mahasiswa university of Kabul ) dan Dr Burhanuddin Rabbani dengan puluh ribu pemuda-pemuda Islam memikul senjata melawan Soviet Union,sejarah yang panjang di mana pertama kalinya Afghanistan telah di cerobohi oleh tentera Jerman Timur pada tahun 1953 kemudian Hungary 1956 ,di ikuti oleh Negara Czechoslovakia dan akhirnya di terjah ganas oleh tentera Soviet Union pada 31 Disember 1978.

Maka bermulalah satu catatan sejarah yang telah termaktub kukuh di tulis dengan tinta emas bagi seorang anak muda Melayu yang bernama As-Syahid Fauzi Ismail.Seorang pemuda yang di gambarkan sentiasa ceria menguntum senyuman,boleh berlebih kurang dengan teman-teman,tidak memetingkan diri demi melihat perjuangan Islam Berjaya.Sebuah potret peribadi yang luhur bagi melengkapkan syarat peribadi sang daei dan pejuang .

Beliau sanggup meninggalkan keseronakkan dunia demi mengejar kehidupan yang hakiki,merupakan anak muda Melayu yang kerjanya menoreh getah dan dengan duit hasil keringatnya itu beliau akhirnya sampai jua di Afghanistan bersama 2 orang lagi sahabatnya,selepas itu mereka mengikuti latihan dengan melalui pelbagai kesukaran kesejukan dan kepanasan namun tidak sedikit pun melunturkan semangat jihadnya itu.Semenjak dari itu beliau sentiasa berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya.

Beliau dan sahabatnya bersama pejuang tempatan dan luar telah melakukan operasi di Wilayah Khost hingga Berjaya menawan daerah itu,kejayaan demi kejayaan berpihak pada pejuang mujahidin dan pada suatu hari yang telah di tentukan As-syahid dan teman Arabnya di letakkan dalam kubu paling hujung di Bukit Quba’ itu adalah untuk mengawasi musuh secara dekat.Memang sudah di takdirkan di antara ratusan peluru yang di muntahkan oleh musuh itu,salah satu darinya telah pun diperuntukkan Allah SWT untuk As-Syahid Fauzi.Kalau selama ini,beliau hanya bermimpi tapi sekarang As-Syahid telah mendapat mas kahwin yang paling mahal dari segala-galanya dalam dunia ini.

Tuesday, April 28, 2009

SEMUT OH SEMUT



Seorang pengunjung sebuah hotel tidak dapat untuk melelapkan mata walaupun buat seketika di bilik hotel berkenaan kerana di ganggu oleh kehadiran semut yang amat ramai hingga memenuhi cadar katil hotel itu.Keesokannya dia pun membuat aduan kepada pengurus hotel tersebut.

Apbila pengunjung ini bersama dengan pengurus hotel tersebut datang untuk melihat keadaan bilik,didapati hanya seekor semut mati di atas cadar katil itu.”Apa ni encik,takkan kerana bangkai seekor semut ni pun nak bising,”respon pengurus hotel tersebut setelah membuat tinjauan terhadap bilik itu.”Betullah,sekarang hanya ada seekor semut mati,tapi semalam tuan tidak ada di bilik ini ketika segerombolan kawan-kawan datang menziarahi semut yang mati ini.”!

Pengajaran: Marilah kita saling ziarah-menziarahi sahabat-sahabat yang sakit ye.

KEPALA BOTAK



Kebiasaanya kita selalu mendengar jika anda berjumpa lelaki yang berdahi cerah seolah-olah botak di bahagian depan kepalanya itu adalah seorang yang kacak dan hensem.Kalau separuh je botak terutama di bahagian tengah kepalanya menunjukkan lelaki itu seorang pemikir atau pun ahli fikir,namun bila kepalanya botak sepenuhnya,orang ini dikatakakan sentiasa menghabiskan banyak masa memikirkan…..yang dia itu kacak!!

Pengajaran: samaada kita botak atau pun tidak,yang penting ialah taat kepada Allah SWT.

PECUTAN MASA DEPAN...





Monday, April 27, 2009

RAJA DAN KEDIAMANNYA

Yang di-Pertuan Agong Mizan Zainal Abidin – Sultan of Terengganu, Malaysia

Mohammed VI – King of Morroco






Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani – Emir of Qatar




Qaboos Bin Said – Sultan of Oman



Haji Hassanal Bolkiah – Sultan of Brunei


Sunday, April 26, 2009

TETAMU SOPAN



Pada satu hari Anwar pergi menziarahi rumah sahabat baiknya Saupi.Ketika tiba di rumah sahabatnya itu Saupi baru je keluar dengan Ibunya pergi ke pasar.Kedatanganya hanya di sambut oleh tok wan sahabatnya itu.Maka di jemputlah naik ke rumah sebelum menunggu Saupi pulang.Tok wan pun berkata,”Anwar buat lah macam rumah sendiri ya,jangan malu-malu,tok wan ke dapur jap nak buat air.”Sambil duduk di ruang tamu Anwar terpandang beberapa keping buah kundur yang berkilat dan segar di atas meja agaknya baru di beli kot,maka Anwar pun melahap buah kundur itu habis licin,maklumlah tak pernah rasa kundur sesedap ini selama hidup di dunia ini.Sememangnya Anwar pantang berjumpa dengan kundur ini,tambahan pula biskut percuma lagilah lazat hingga menjilat ibu jari.

Apabila tok wan muncul dengan segelas minuman.Anwar berkata selamba.”tok Anwar dah habiskan semua kundur yang ada atas meja tu,sedap betul tak pernah jumpa kundur sesedap ni.”Terima kasih bebanyak lah cucu menghabiskan kundur ni,jika tidak membazir.Semalam si Saupi belikan kat kedai depan tu kundur coklat,tapi tok wan mana ada gigi nak kunyah kundur tu,tok wan hanya hisap menikmati coklatnya saja.Itu sebab kundur itu nampak berkilat dan segar,”respon tok wan sambil tersenyum dengan jelas takde gigi walaupun sebatang.Loya tekat Anwar mendengar penjelasan tok wan itu.

Pengajaran:jagalah adab ketika menziarahi rumah orang,jangan jumpa makanan kegemaran pakai bantai je…ingat molek pesan ni ye kekawan…

TIDAK ADA OTAK



Ahmad seorang pelajar yang cemerlang,namun dia memiliki hobi yang tidak di senangi oleh kedua ibu-bapanya dan juga orang kampong Sepening Biawak.Hobi Ahmad ialah merempit di waktu petang dan juga cuti sekolah.Pada suatu hari nasib tidak menyebelahi Ahmad,sedang leka merempit sebuah lori yang mengangkut besi telah melanggar motosikal Ahmad lalu besi itu tercucuk di kepala Ahmad.

Maka Ahmad di kejarkan kehospital dan di masukkan ke wad ICU.Menurut doctor jika besi tidak mengenai otak,Ahmad ada harapan untuk hidup.Apabila bapa Ahmad mendengar penejelasan doctor itu,terus berkata”Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak mengenai otaknya.”Doktor sangat kagum dengan keyakinan bapa Ahmad dan berkata,”Macam mana pak cik boleh terlalu yakin sampaikan perkataan Insya Allah pun pak cik tak sebut?”Kata bapa Ahmad: “Mana boleh besi mengenai otaknya sebab memang dia takde otak pun,jika ada otak dia takkan buat kerja gila lagi membahaya tu,buat habis ke beras je…

Pengajaran: Insaflah wahai golongan muda dan kerana anda adalah aset Negara dan bakal pemimpin kelak,andai ramai yang mati muda maka takde lah orang tua.

Saturday, April 25, 2009

ILMU PANDU HIDUP


Setiap rumah mesti mempunyai perpustakaan mini...


Koleksi-koleksi majalah merungkai permasalahan semasa...


Buku-buku haraki yang perlu ada membangkitkan semangat jihad...


Uslub dakwah zaman sekarang...


menuruti jejak pejuang...

ILMU PANDU HIDUP


Kisah-kisah sejarah cinta..


Persahabatan yang di cari...


Tangisan saudara kita di Palestin


Cerita yang mengubat hati yang lara...


Imaginasi yang perlu di bina...

Friday, April 24, 2009

PENEMUAN TERBARU YANG BAKAL MENGGEMPARKAN...


Di kawasan ini lah tapak Kerajaan Kedah Tua yang belum di gali


Penggalian secara cermat mesti di utamakan demi menjaga struktur asalnya

Inilah sebahagian kecil bahan arkeologi yang di temui


Di dalam penutup itu tersimpam bahan sejarah itu


Warna perang adalah??

Wednesday, April 22, 2009

PENEMUAN FOSIL KERAJAAN KEDAH TUA






BUKIT SELAMBAU


KENAPA???



Kenapa masyarakat kita rosak?kenapa pusat-pusat maksiat tumbuh dengan pesat?kenapa anugerah Berita Harian baru-baru ini adanya adegan peluk antara Nabil dan Irma di khalayak ramai tanpa rasa malu?adakah pemimpin Negara Malaysia di perintah oleh orang kafir?adakah dalam Negara kita tiada mufti dan golongan beragama? kenapa teruknya Negara kita ini sekarang? kenapa jadi begini?....

Pertanyaan ini lah yang sentiasa berputar di mindaku,sesekali aku rasa sedih di manakah perginya segolongan besar agamawan yang pulang dari Al-Azhar,di manakah hilangnya taring-taring mufti untuk menegur perbuatan pemimpin-pemimpin durjana yang merosakkan dan menghayutkan masyarakat bergelumang dengan dosa dan noda.

Namun aku berterima kasih pada sebilangan kecil agamawan yang betul-betul terjun ke tengah masyarakat menyelesaikan masalah yang semakin hari semakin teruk,walaupun penawar yang di taburkan pada masyarakat itu tidak cukup untuk mengubati virus ini yang sudah sekian lama membarah dalam masyarakat kita ,kes rogol yang terus meningkat,kes bunuh,samun,dan bermacam lagi lah yang berlaku dewasa ini adalah kerana manusia yang di berikan kuasa pemerintahan meninggalkan undang-undang ISLAM dan mengguna pakai undang-undang ciptaan manusia.Ini lah bala yang di timpa ke atas manusia yang meminggirkan ISLAM

Mereka cukup bebal dan keras hati apabila di nasihat dan di tegur oleh para ulama’ dan agamawan supaya berubah kepada undang-undang ISLAM,kerana kebengongan dan kesombongan pemimpin yang memegang tampuk Negara ini lah punca masyarakat kita rosak teruk,mereka menyondol dan mengigit licin harta kekayaan Negara untuk dirinya dan kroni.Rasuah menjadi amalan biasa dan tidak terasa berdosa kerana hati-hati mereka sudah mampus.

Mereka terus berbangga dengan kemajuan dan pembangunan Negara,namun di sebalik kemajuan ini masyarakat terus merudum akhlaknya dan rosak budi pekertinya.Ini lah kejayaan pemimpin yang telah memerintah nagara ini selama 50 tahun lebih,menjual maruah Negara dan melacurkan akhlak masyarakat semahu-mahunya.Namun mereka yang memberi undi kepada pemimpin macam ini lah yang paling jahat kerana membenarkan mereka berbuat demikian……….bersambung

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails