Wednesday, June 30, 2010

MJ & PUTERI DIANA



Salam,



Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia.


Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.


Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu". Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan.

Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan. Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia..


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.. Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya..

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA . Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari.

Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. "Saya suka MJ... Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya" . Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Buletin of Bahrain

Unta yang mendengar kata...



Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah"aaamiiiiinnn". Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan "alhamdulillahhhh..."


Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya,Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.


Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan"Amin! Amin! Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.


Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung.Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."Tahu kah apa yang diucapkan oleh Pak Arab selepas itu?


"Innalillahiwa-innailahiroji'unnnnnnn..."

Agungnya Allah SWT...marilah kita merenung kejadian ini

1. Katydid (Belalang Daun)

Belalang "Daun-Layu" di bawah ini adalah makhluk yang menarik, dan evolusi lukisan alam telah merahmati binatang ini dengan kemampuan untuk meniru daun yang laybagi menipu pandangan pemangsa.






2. Kupu-Kupu Daun Mati

Kupu-kupu daun mati adalah makhluk luar biasa untuk diamati dari dekat. Spesimen di bawah ini mengilustrasikan bentuk rumit yang didapati oleh adaptasi melalui lukisan alam, yang merupakan pendorong evolusi. Bentuk luar biasa ini membantu kupu-kupu menghindari pemangsa dengan meniru daun yang mati.







3. Belalang Sembah

Belalang sembah mempunyai penyamaran yang sangat unik. Bukan hanya untuk menipu pemangsanya, tetapi ia juga sangat cerdik menipu calon mangsanya. Selain bentuk tubuhnya yang boleh menyerupai daun atau ranting, gerakan tubuhnya pun mengikuti gerakan ranting atau daun yang tertiup angin .








4. Phyllium Giganteum (dari indonesia )

Serangga ini memiliki tubuh yang memanjang, seperti tongkat dan sayap-sayap sangat menyusut atau tidak kelihatan. Serangga ini tidak mempunyai melodi dan penghasil bunyi. Serangga ini pemakan tumbuh-tumbuhan yang bergerak lambat, biasanya terdapat di pohon-pohon atau semak-semak, dan aktif di malam hari (nocturnal).







5. Tokek Ekor Daun

Sering juga disebut tokek ekor setan. Tokek daun ini berasal dari Madagascar. Tokek ini menggunakan ekornya untuk meniru daun atau penyamaran sebagai bentuk pertahanan diri.







6. Ikan Daun

Ikan dari sungai amazon ini benar-benar berbentuk seperti daun yang mati, mulai dari bentuk tubuhnya hingga gerakannya yang perlahan terumbang-ambing mengikuti arus di permukaan sungai .

Ikan daun ini memakan ikan-ikan yang lebih kecil dengan cara menarik perhatian mangsa melalui organ di dagunya yang menyerupai cacing. Apabila mangsa telah mendekat maka dengan super cepat (kurang dari seperempat saat) ia memanjangkan mulutnya, menghisap mangsa dan kembali ke posisi semula.



Tuesday, June 29, 2010

Bakteria Pun Berkomunikasi Sebelum Menyerang Tubuh

Sebelum melakukan serangan ke tubuh manusia bakteria akan melakukan percakapan dahulu. Sekumpulan organisma kecil akan bergerak-gerak terlebih dahulu menentukan fokus yang akan dimasukinya di luar atau dalam tubuh manusia.

http://nasyidmadany.files.wordpress.com/2010/04/bakteri1.jpg

Bakteri memiliki percakapan seperti bisik-bisik untuk menghitung jumlahnya sebelum mencuba melakukan serangan terhadap organisma tuan rumahnya. Mikroorganisma ini akan berada di kulit atau dalam organ tubuh lainnya.

“Jika bakteri bekerja secara individu, maka bentuk terhadap lingkungannya akan kecil. Kerananya itu bakteria selalu membentuk koloni sehingga boleh menimbulkan bentuknya tersendiri bagi tubuh,” ujar Bonnie Bassler, seorang profesor biologi molekul dari Princeton University, seperti diambil dari LiveScience,
Bakteri berkomunikasi dengan menggunakan bahan kimia, iaitu melepaskan molekul kecil ke dalam media di sekitarnya yang dapat diadaptasi melalui reseptor pada permukaan sel bakteria lainnya.

http://www.bioquest.org/bedrock/problem_spaces/enolase/assets/Soil-Bacteria.jpg
Ketika sejumlah sel nya molekul ini tercapai, maka masing-masing individu dari bakteria ini sudah mengetahui bahwa teman-teman disekitarnya selesai memulai suatu tindakan. Proses ini dikenal sebagai penginderaan quorum.

Penginderaan quorum ini digunakan oleh bakteria virulen (bakteri jahat) untuk menginfeksi mangsanya, misalnya bakteri Vibrio cholerae,– yang menyebabkan penyakit kolera–, mengandalkan penginderaan quorum untuk mengkoordinasikan penyerangan ke tubuh mangsanya. Selain itu komunikasi ini juga dilakukan mikroba lainnya untuk tindakan terkoordinasi yang lebih ramah.

Jenis penginderaan quorum yang dilakukan tiap bakteria kadang berbeza-beza, misalnya bakteria Vibrio fischeri menggunakan alat komunikasi berupa cahaya yang boleh dihasilkan oleh tubuhnya sendiri. Jika jumlahnya sudah memadai, maka bakteria ini akan berkumpul untuk membuat cahaya yang lebih terang.

http://www.amazingpretty.com/wp-content/uploads/2010/04/Uranium-waste-bacteria01.jpg

“Dengan mengetahui bagaimana bakteria ini berkomunikasi, maka akan membantu para ilmuwan untuk merancang jenis antibiotik baru. Ubat-ubatan ini diharapkan boleh menghalangi pelepasan sel molekul sehingga menghambat kemampuan bakteria untuk berbicara atau mendengar,” kata Bassler.

Dengan cara ini bakteria tidak akan pernah tahu apakah jumlahnya sudah cukup atau belum untuk melepaskan racun, sehingga infeksi akan dihindari.

BELAJAR DARI BUAH

Jadilah Durian, jangan kedondong, Walaupun luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Beza dengan kedondong, luarnya licin, rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang agak kasar. Ertinya : Don’t Judge a Book by The Cover. Jangan menilai orang dari luarnya saja.



Jadilah sengkuang.Walaupun hidup dalam kompos sampah, tetapi isinya putih bersih. Ertinya: Jagalah hati dari sifat mazmumah

Jadilah Tandan Petai, bukan Tandan Rambutan.Tandan Petai membahagi sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar. Ertinya: Selalu adil dalam apa jua keadaan.

Jadilah Cabai. Makin tua makin pedas. Ertinya: Makin tua makin matang & bijaksana.

Jadilah Buah Nangka Selain buahnya, nangka memberi getah kepada penjual atau yang memakannya. Ertinya: Berikan kesan kepada semua orang (tentunya yang baik).




Alam mengajarkan pada kita 2 perkara :
♥ Apa yang telah kita tabur, entah disengaja atau tidak, diingat atau dilupakan, entah bila pun juga. Hukum alam mengajarkan, apa yang kita tanam kita pasti akan menuai hasilnya.
♥ Manusia mempunyai kesamaan dengan buah umpamanya buah mangga, luar kelihatan sama, tetapi kualiti isi buahnya yang membezakan rasa, aroma dan warna buah mangga. Demikian juga dengan manusia, Kualiti mental dan rohanilah yang membezakan dan menentukan keberhasilan serta kehebatan di masa hadapan kelak.


Mari kita perbaiki sikap, perhalus budi pekerti, jaga kebersihan hati dan selalu menggali potensi diri agar kejayaan dapat kita kecapi suatu hari nanti.


Tambah 1,000 Pasti lagi pada masa depan

KEPALA BATAS, 28 Jun: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani mahu Pasti dikembangkan menjadi 1,000 buah lagi pada masa depan berbanding hari ini yang mencecah 1,000 buah di seluruh negara termasuk Sabah.

Justeru itu, beliau berharap semua jentera Pasti negeri serta guru-guru supaya memastikan pusat asuhan itu terus matang dan cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Beliau juga berkata, Sukan Pasti Malaysia yang diadakan setiap tahun mulai tahun 2005 berjaya membuka mata masyarakat.

Ini, katanya kerana melalui sukan itu masyarakat tahu bahawa Pasti bukan sahaja mengajar Al-Quran dan pembelajaran awalan Islam lain tetapi mengambil berat soal kemahiran permainan sukan seperti bola sepak dan bola jaring sejak kecil lagi.

Kehadiran Pasti, tambahnya, di tengah masyarakat kini kian menyerlah bukan kepada masyarakat Islam sahaja bahkan di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Inilah nilai Pasti sejak ditubuhkan 20 tahun lalu di mana kemunculannya di tengah masyarakat berjaya mengubah senario politik dan anggapan Pasti semata-mata mengajar Islam dengan membelakangkan sebarang bentuk kesukanan terutamanya bola sepak yang menjadi sukan kegemaran rakyat negara ini," jelasnya ketika merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini petang semalam.

Hadir sama menyaksikan pesta sukan kali keenam itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Pengarah Pasti negeri, Mohd Asri Harun, Ketua Majlis Guru Pasti Malaysia, Puan Saadiah Abu Bakar serta kepimpinan Pasti yang turut memberikan sokongan padu kepada pasukan yang bertanding.

Terengganu bakal menjadi tuan rumah pesta sukan itu pada tahun depan.

Sementara itu, pasukan bola sepak Selangor sekali lagi menunjukkan taring apabila berjaya mengekalkan kejuaraan apabilan mengalahkan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir.

Pasukan merah kuning itu nyata gah di padang kerana sekaligus memenangi ketogari penjaring terbanyak, Adik Lokman Hakim dan pemain terbaik, Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.

Piala kemenangan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Azrin Abdul Majid kepada semua pemain, juru latih dan ketua kontinjen Selangor.

Pasukan Perak menduduki tempat ketiga mengalahkan Terengganu dengan lambungan syiling apabila kedua-dua pasukan berkesudahan seri 7-7.

Dalam acara bola jaring pula, pasukan Terengganu menang besar mengalahkan Kedah dengan jaringan 10-1 bagi memastikan pasukan mereka paling hebat berbanding kontinjen lain.

Tempat ketiga Selangor yang mengalahkan pasukan tuan rumah juga dengan jaringan besar 12-1.

Bagi ketogari bola jaring, Adik Siti Ainun Majah Zulkifli berjaya menjadi penjaring terbanyak dengan 25 gol manakala Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam mendapat anugerah pemain terbaik.

Sebanyak 13 buah negeri mengambil bahagian iaitu Melaka, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu dan Sabah. -Hrkh

Sunday, June 27, 2010

KELEBIHAN AMALAN DI BULAN REJAB



Soalan;
Assalamualaikum Ustaz, tolong jelaskan kepada saya, apakah kelebihan2 bulan rejab dan apakah amalan-amalan khusus pada bulan Rejab yang mulia ini berdasarkan riwayah yang sahih dari Nabi SAW?

Jawapan;

Bulan Rejab termasuk dalam senarai bulan-bulan Haram. Terdapat saranan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- supaya berpuasa di bulan-bulan Haram bagi orang yang ingin menambah puasa sunatnya. Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (sehingga Rasulullah tidak mengecamnya). Lalu ia bertanya Rasulullah; “Tidakkah kamu mengenali saya?”. Jawab baginda; “Siapakah kamu?”. Ia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”. Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok tubuh-badan/rupa-parasnya”. Jawabnya; “Saya tidak menikmati makanan semenjak selepas saya berpisah dengan kamu (setahun yang lalu) kecuali di waktu malam sahaja”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Engkau telah menyiksa diri engkau”. Kemudian baginda berkata; “Berpuasalah pada bulan sabar (yakni bulan Ramadhan) dan satu hari pada setiap bulan”. Ia menjawab; “Tambahkanlah kepadaku ya Rasulullah kerana aku sesungguhnya memiliki kemampuan”. Baginda berkata; “Puasalah dua hari (setiap bulan)”. Ia menjawab lagi; “Tambahkan lagi kepadaku”. Baginda berkata; “Puasalah tiga hari”. Ia menjawab lagi; “Tambahkanlah lagi”. Kemudian baginda bersabda kepadanya; “Puasalah pada (beberapa hari dari) bulan-bulan haram dan tinggalkanlah (beberapa hari yang lain jangan berpuasa)….(baginda menyebutnya 3 kali)”. Baginda bersabda demikian sambil ia menunjukkan tiga jarinya, kemudian ia menggenggamnya dan kemudian melepaskannya kembali”. (Riwayat Imam Abu Daud)

Hadis ini menjadi dalil bahawa disyari’atkan berpuasa pada bulan-bulan Haram (iaitu Dzul-Qaedah, Dzul-Hijjah, Muharram dan Rejab), namun demikian hendaklah jangan berpuasa pada keseluruhan hari atau sebulan penuh.

Tidak ada kelebihan khusus bagi puasa bulan Rejab selain dari kedudukannya sebagai salah satu dari bulan-bulan Haram yang dinyatakan tadi. Said bin Jubair r.a. (seorang Tabi’iin) pernah ditanya berkenaan puasa Rejab. Beliau menjawab; Aku telah mendengar Ibnu ‘Abbas r.a. berkata; “Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung” (Riwayat Imam Muslim).

Dengan berdalil hadis dari Ibnu ‘Abbas tersebut, Imam Said bin Jubair ingin menjelaskan kepada kita bahawa hukum berpuasa di bulan Rejab sama seperti berpuasa di bulan-bulan yang lain iaitu tidak ada tegahan dan tidak ada galakan secara khusus. Cuma berpuasa pada asasnya memang digalakkan pada setiap bulan dan lagipun terdapat pula hadis mensunatkan kita berpuasa di bulan-bulan Haram di mana bulan Rejab tergolong di dalamnya.

Di antara ulasan para ulamak muktabar berkenaan hadis-hadis kelebihan amalan bulan Rejab ialah seperti berikut;

1. Berkata Imam Ibnu Solah; “Tidak sabit bagi puasa Rejab sebarang tegahan dan galakan (dari Syarak). Puasa pada asasnya adalah digalakkan pada bulan Rejab dan bulan lainnya”.

2. Berkata Imam an-Nawawi; “Tidak sabit bagi puasa Rejab sebarang galakan dan tegahan secara khusus (dari Syarak), namun puasa pada asasnya adalah ibadah yang digalakkan”.

3. Berkata Imam Ibnu Rejab al-Hanbali; “Tidak terdapat sebarang riwayat yang soheh dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mahupun dari sahabat berkenaan kelebihan puasa Rejab secara khusus” (Faidhul-Qadier, 4/210).

4. Berkata Imam Ibnu Taimiyyah; “Hadis-hadis berkenaan kelebihan puasa dan solat di bulan Rejab semuanya adalah dusta dengan sepakat ahli ilmu (ulamak)”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. “Puasa-Puasa Sunat dan Puasa-Puasa Dilarang”, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil (dapatkan EBook percuma di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).
2. Ma Shahha wa Ma Lam Yashihh Fi Rajab, Abu Anas Majid Islam al-Bankani, hlm.

USTAZ ADNAN FADHIL

Majlis Israk' Wal Mi'raj bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Majlis Israk' Wal Mi'raj bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki









kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails