Musim cuti sekolah mula menjerkah kembali setelah agak lama menyepi dan membawa diri,kanak-kanak mula meloncat riang dengan mencuit abi dan ummi bahawa mereka ingin berkelah kemana-mana tempat peranginan yang ada di dalam negeri.Jika keluarga yang agak berada mereka pasti melancong ke luar negara mungkin menaiki penerbangan Air Asia atau MAS Airlines.Tidak lupa juga pada mereka yang sudah buat perancangan awal untuk menghabiskan musim cuti sekolah dengan mengerjakan umrah satu keluarga.Namun kepada keluarga yang berada di kampung-kampung yang mana abi dan umminya penoreh getah sudah pasti membawa anak-anaknya mereka itu untuk menoreh bersama demi menambah sedikit pendapatan daripada hari-hari yang biasa.Begitu juga kepada keluarga pesawah membawa bersama anak-anaknya ke sawah untuk membajai semaian dan meracuni rumput dan lalang.Apa yang pasti kanak-kanak yang abinya seorang nelayan pantai pasti mengikut bersama menaiki bot kecil mengail ikan kerisi di tengah samudera biru berbumbungkan cahaya matahari dengan di selangi lindungan awan sesekali.Jika malam menjelma di bawah cahaya bulan purnama,perginya juga bersama semangat abinya bercandat sotong di bawah sinaran sang rembulan.Ini lah lumrah putaran kehidupan yang sering berulang demi mengisi kantung hayat yang kian kepudaran,namun di gagahi juga kudrat mencari rezeki demi anak-anak yang di sayangi.
Namun ini balasan si anak kepada pengorbanan si abi dan ummi,mereka melupakannya di saat kekayaan mula menggelilingi hidupnya.Si abi terus memukat ikan gelama di terik mentari bersama si ummi yang berjemur di bawah sang mentari menunggu kepulangan si abi yang jauh di tengah samudera sana.Jika dulu abi dan ummi boleh membesar dan menjaga denga rapi 10 orang anak-anak,di suap nasi lembik ke mulut sempit anak-anak,dihalau nyamuk bagai nak di bakar kelambunya kerana menghisap setitik darah anak-anaknya.Namun 10 orang anak yang kini telah berjaya (bukan Berjaya Group) mencetak kekayaan dan mengubah dunia tidak lagi menghiraukan dua orang insan ini,mereka membiarkan dua orang insan ini terus hidup melarat walaupun semua anak-anaknya telah mencipta nama di persada dunia,insan ini masih membanting tulang di tengah sawah bendang,masih juga menoreh getah di pinggir hutan sesekali terpaksa berlari keluar dengan kudrat tuanya kerana di kejar si babi hutan,juga masih menarik enjin bot sangkut sekuat tenaga yang masih bersisa itu demi kelangsungan hidup untuk beberapa ketika kerana malaikat akan menjemput bila-bila masa saja jika tidak di jemput di rumah di atas tikar mengkuang mungkin di kaki hutan ketika pulang menoreh getah mungkin juga di tengah bendang apatah lagi di tengah lautan yang terbentang.
Ini lah perjuangan sebuah kehidupan dua insan yang di lupakan oleh anak susuan,mereka tidak ingin berpaut pada jiran-jiran kerana mereka tahu anak mereka sudah besar panjang namun melupakan jasa dan didikan dua insan ini kerana dunia dan harta kekayaan lebih menyinar di mata mereka daripada pergorbanan sewaktu zaman yang terkebelakang yang di asuh di rumah usang.
Kuala Terengganu,
1.22 am.
akan datang>>kahwin muda
No comments:
Post a Comment