Saturday, June 5, 2010

Liku-liku perjalanan ke Terengganu


Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam,kira-kira sudah 3 jam kami menunggu bas namun belum juga muncul.Selang beberapa minit selepas itu bas yang di sewa bersama rombongan warga Perlis akhirnya muncul juga.Masing-masing sudah hilang seri di mukanya kerana menunggu dengan agak lama gara-gara bas yang di tempah rosak secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan ke tmepat berkumpul.Walaupun begitu,setiap penantian yang meresahkan pasti ada sinar kecerian yang hadapannya kerana bas yang muncul itu merupakan bas persiaran yang baru dan cantik menggantikan bas sekolah yang rosak secara tiba-tiba itu.

Nasib baiklah bas itu rosak sebelum bergerak,jika rosak semasa dalam perjalanan dan rosak pula di tepi hutan simpan,alamatnya kami menangis tidak berlagu lah jawabnya.Sesungguhnya setiap yang berlaku itu tersirat sejuta hikmah di dalamnya.Mungkin perkara yang manusia tidak suka sebenarnya baik untuknya dah mungkin juga perkara yang manusia suka tetapi tidak baik untuk manusia itu.Allah Maha Kaya,Dia lebih mengetahui segalanya untuk kita dan mengatur perancanganNya dengan baik.Setelah semua selesai menyimpan beg ke dalam bas,kami pun terus bertolak ke Negeri Terengganu Darul Iman,perjalanan yang memakan masa 9 jam secara purata.

Menempuh perjalanan

Hasrat dan cita-cita warga Perlis untuk mendengar kuliah Jumaat di Masjid Rusila,Marang agak tipis kerana bas agak lewat bertolak dari Perlis.Bas terus meluncur laju dan berhenti di R & R Gurun setelah 2 jam bertolak dari Perlis kerana selepas ini terus keluar dari lebuh raya PLUS menuju ke Baling dan Grik.Mungkin kawasan R & R yang terakhir berada di puncak banjaran Tititwangsa yang sememangnya sejuk dan mungkin angin bertiup kencang jika di lihat iklim yang berlaku sekarang.

Setelah menempuh liku-liku dan turun naik perbukitan akhirnya kami sampai di Jeli,Kelantan pada pukul 6 pagi dan terus bersiap untuk solat subuh berjemaah di situ.Selepas selesai solat subuh,saya dan seorang kawan singgah seketika di salah sebuah kedai kopi menunggu rombongan lain selesai solat subuh.Asyik berbual dengan sahabat,datang seorang ‘brother’ memperkenalkan dirinya pelajar dari UUM,Sintok,Kedah yang kini di tahun akhir untuk menyiapkan masternya.Saya juga pelik melihat ramainya pak arab dan awang hitam (negro) di sini,nak kata orang asli bukan juga,nak kata saya dan rombongan telah tersesat ke Afrika Selatan (Piala Dunia) ,saya dan rombongan naik bas je bukanya kapal terbang.Rupanya pelajar PhD dari UUM yang terkandas di situ sejak petang semalam lagi bersama ‘brother’ tadi.Bas UUM itu rosak di bahagian ‘gear box’,mujurlah rosak di kaki banjaran Titiwangsa berhampiran kedai makan dan juga surau,andai kata rosak di atas permatang banjaran itu maka menangis tak berlagulah warga UUM ini.

Mereka masih menunggu bas datang dari UUM dan di jangka tengahari baru sampai,saya meminta izin untuk beransur dulu kerana perjalanan kami masih jauh.Setelah semua selesai solat subuh,masing-masing berhasrat untuk sarapan pagi di Terengganu,ingin mencuba selera Pantai Timur terutama Nasi Dagang yang agak popular bagi orang luar Terengganu.Sebaik sahaja masuk ke Negeri Terengganu,kebanyakkan kedai tutup kerana hari ini merupakan cuti umum bagi warga Terengganu ini,kalau adapun hanya 2,3 buah kedai sahaja yang buka itupun kedai-kedai kampung yang bersaiz kecil.

Selera Nasi Dagang

Akhirnya kami sepakat meneruskan sahaja perjalanan sehingga ke Kuala Terengganu dan di sana mungkin bersarapan Nasi Dagang di Kampung Chendering yang berdekatan dengan Masjid Rusila.Setelah 1 jam lebih rombongan kami sampai di Kampung Chendering lebih kurang pukul 10 pagi,hasrat kami untuk menjamah Nasi Dagang walaupun sebiji tidak kesampaian kerana semua sudah habis.Namun tidak mengapa,ini lah ujian dalam permusafiran yang pasti menjanjikan kemanisan di akhirnya.Perjalanan di teruskan sehingga sampai ke Masjid Rusila,Marang,sebaik sampai kuliah jumaat baru sahaja selesai,di khabarkan Tuan Guru Haji Hadi tiada pada pagi itu di gantikan dengan Al-Fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Alhamdulillah saya berkesempatan bersalaman dengan Ustaz TITM dan bertanya khabar,teringat nostalgia lama semasa di Jengka dahulu.

Setelah semua selesai dengan taklimat dan penginapan,rombongan bersarapan nasi bungkus yang di sediakan oleh pihak urusetia.Alhamdulillah dapat juga mengalas perut sambil melihat peniaga-peniaga rancak berurusan dengan pelanggan di sekitar Masjid Ruslia itu.Selepas semua selesai kami terus ke tempat penginapan berehat sebentar dan menyiapkan diri untuk ke tempat program pada petangnya.Pada petang itu,upacara perasmian di lakukan dalam suasana semangat dan ceria yang menghimpunkan pewakilan seluruh Malaysia,masing-masing mengambil kesempatan berjumpa dengan sahabat dan kenalan lama.

Pantai Batu Burok

Program di tangguhkan dan akan di sambungkan pada malamnya pula,cumanya malam itu hanya sebilangan yang di pilih sahaja menghadiri sesi kedua program itu,apa yang pasti sahabat-sahabat yang tidak terlibat dengan program tersebut merancang ke Pantai Batu Burok untuk makan malam dan menghirup udara malam yang segar al-maklumlah udara pantai timur katakan.

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam bas terus meluncur laju menuju ke Pantai Batu Burok,sememangnya pada malam ini suasana di situ cukup sesak dengan orang luar dari Terengganu,di khabarkan banyak program dan kursus dari jabatan-jabatan kerajaan juga lawatan pelajar-pelajar sekolah.Namun sedikit kekesalan yang menjentik dada kami kerana banyak kedai tutup walaupun orang begitu ramai pada malam ini.

Selepas selesai makan,kami berehat sebentar di bawah pondok batu menanti sahabat-sahabat lain selesai meranggah makanan.Asyik duduk di situ,maka datang lah seorang pakcik berkopiah memulakan perbualan berkenaan suasana di Pantai Batu Burok,rupanya pakcik ini pemilik kedai yang mana sahabat-sahabat kami sedang menjamu selera.

Untung besar

Apa yang pasti,bermulalah perbualan yang panjang di antara kami,pak cik itu menceritakan sebahagian pemilik kedai di sini rata-rata untung kasar dalam sehari boleh mencecah RM1000.00,namun apabila tiba musim cuti sekolah dan carnival maka pendapatan pekedai-pekedai di sini mencanak naik sehingga dalam sehari memperolehi RM2500.00 secara kasarnya.Jika suasana seperti ini sentiasa begini maka pakcik ini boleh di kelaskan sebagai jutawan senyap sunyi.Apa tidaknya dengan suasana orang ramai yang tidak putus-putus datang ke sini sudah tentu memberi tanggapan awal kepada kita bahawa pekedai-pekedai di sini golongan yang beruntung walaupun makanan yang di sediakan tidak sedap(ceroi beroi).

Pak cik itu juga menceritakan bagaimana hendak mendapatkan kedai di kawasan ini,pertama perlu ada ‘cable’ yang besar dan yang kedua anda mesti orang UMNO yang kuat berjuang kerana Pakcik ini pun salah seorang Ketua Umno selama belasan tahun lebih di sini.Oooo...macam tu rupanya nak dapatkan kedai,pakcik itu meneruskan lagi penceritaan itu dan kami semakin berminat untuk mendengar,dia menambah lagi bahawa kedai bersaiz kecil yang berada di tepi kolam renang bersebelahan Hospital Sultanah Nurzahirah itu pun perlu naik ke pejabat Mat Said (MB Terengganu) baru dapat,tapi ingat syaratnya anda mesti UMNO kalau tidak dok rok cetong .

Walaupun begitu kita bersikap professional dalam hal ini,jika itu rezeki dia maka ambil lah tiada masalah,cuma kita terkilan apabila sudah dapat kedai di jualnya kedai itu kepada abang la(warga Bangladesh) dan orang asing serta kalau tidak di jual pun kepada orang asing,kedai itu kejap tutup... kejap buka macam alibaba.Sedangkan masih ramai lagi orang di luar sana yang mempunyai semangat dan niat yang ikhlas untuk berniaga tetapi tidak dapat untuk mendapatkan tapak kedai itu kerana mereka tiada ‘cable’ besar dan mereka orang biasa sahaja.

Kuala Terengganu,

8.08 am

Akan datang>> implikasi kepada masyarakat umum

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails