Saturday, June 12, 2010

Hazizul gembira ciptaannya digunakan sebagai logo muktamar




KOTA BHARU, 12 Jun: Pemenang pertandingan mencipta logo Muktamar PAS Ke-56, tidak menyangka penyertaan buat pertama kalinya dalam pertandingan itu terus membuahkan hasil sehingga melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Hazizul Hakim Mohd Jais, 23, yang baru menamatkan pengajiannya dibidang Grafik dan Media Digital di UiTM Perak tidak menyangka penyertaan sulungnya itu telah memihak padanya.

(Gambar: Hazizul, 23, menerima mok cek dari Presiden dan Setiausaha Agung PAS)

"Saya sedikitpun tidak menyangka saya boleh memenangi pertandingan ini memandangkan ramai lagi peserta lain yang berkebolehan apa lagi ianya dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

"Bagi saya hadiah ini terlalu besar untuk seorang pelajar seperti saya,"ujarnya.

Hazizul bagaimanapun menyifatkan kemenangan itu bukan hanya untuk dirinya, sebaliknya anggota keluarga terutama adiknya Luqman Hakim.

Menurutnya, Luqman yang memberitahu berkenaan pertandingan tersebut yang dibacanya melalui laman web rasmi PAS Harakahdaily.net.

Katanya, dengan dorongan ibu dan ayahnya juga beliau mengambil kesempatan itu untuk mencuba nasib.

Sambungnya, biarpun beliau sedang menghadapi peperiksaan akhirnya di UiTM, namun kesempatan itu tetap diambilnya untuk mencuba nasib.

"Alhamdulillah akhirnya ilham kami bersama, akhirnya telah dinilai oleh pengadil dan saya rasa syukur dan bangga kerana PAS telah menggunakan logo itu sempena muktamar tahun ini," kata Hazizul gembira.

Menyentuh tentang konsep ciptaannya, beliau berkata warna merah, putih dan hijau digunakan bersesuaian warna rasmi bendara parti yang menggabungkan tiga warna itu.

Katanya, ianya juga turut menggambarkan Muktamar tahunan itu sendiri ke-56.

"Kalau kita perhatikan dengan gabungan tulisan jawi dan rumi sebagaimana yang saya gunakan, kita Nampak seolah-olah objek manusia yang sedang menjulang bola.

"Sebenarnya ia adalah satu simbolik kepada PAS itu sendiri yang kini semakin gagah menongkah arus globalisasi serta menjulang rakyat pelbagai kaum di negara ini,"ujarnya.

Menurutnya, bersesuaian dengan bidang pengajian yang diambilnya, perisian grafik melalui computer telah digunakan sebaiknya bagi menghasilkan logo tersebut.

Harakahdaily/-

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails