Perjalanan politik di Terengganu tidak sama dengan negeri jirannya Kelantan,mood pengundi sering berubah melihat kepada isu-isu semasa yang mana menarik perhatian di hati-hati mereka yakni di hati rakyat Terengganu,isu seperti Stadium bola sepak runtuh pada waktu pagi kira-kira setahun yang lepas sudah sejuk dan tidak lagi menjadi bualan dan kemarahan rakyat walaupun ianya di bina dengan ratusan juta wang rakyat.Petang semalam saya sempat melalui jalan di tepi stadium itu namun masih dalam keadaan asal sepertimana stadium itu runtuh setahun yang lepas.Semasa melalui jalan stadium itu yang terletak di Gong Badak terasa kebimbingan juga kot-kot lah Dinasour masih berlawan dengan Ultraman.
Air Coca-Cola
Semangat kemarahan dengan apa yang berlaku ini seperti kocokkan air coca-cola sahaja selepas itu hilang entah kemana.Walaupun seorang exco kerajaan negeri mengatakan dalam dewan rakyat baru-baru ini bahawa banyak bangunan runtuh di sana sini dalam tempoh yang singkat menunjukkan kerajaan negeri terlalu banyak membina bangunan dalam erti kata lain pembangunan terlalu rancak dan semestinya akan ada satu dua bangunan yang runtuh contohnya stadium dan banyak lagi,namun ecxo ini juga menjawab dan mengakui tiada bangunan yang runtuh di zaman pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 kerana memang tidak ada satu pun bangunan yang di bina semasa PAS memimpin Negeri Terengganu dalam satu penggal itu.Setara ini jawapan yang di berikan oleh seorang exco kerajaan negeri yang tidak ubah seperti budak-budak tadika kemas pemikiranya.
Jika di lihat dari sudut sukan SUKMA yang lepas,Terengganu sememangnya jaguh setelah berjaya meletakkan tuan rumah sebagai Juara keseluruhan selepas mengutip 61 pingat, sepertimana Selangor dan Sarawak sewaktu menjadi tuan rumah pada edisi SUKMA sebelum ini.Bukan itu sahaja dari sudut system pembelajaran juga Terengganu mendahului negeri-negeri lain dengan peruntukkan 50 juta daripada kerajaan negeri untuk system pembelajaran menggunakan e-book.Saya masih mengkaji secara ‘long term’ e-book ini dari sudut pro dan kontranya.Sekali pandang mungkin kita sudah boleh membuat hipotesis dan kesimpulan tentang e-book ini,namun bukti dan kesan masih belum di jumpai semuanya.Walaupun baru-baru ini sebilangan pelajar menyalahgunakan e-book dengan memasukkan video dan gambar yang tidak sepatutnya.
Ayah ku tiada
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berita 16 pelajar sekolah mengandung 4 orang sudah berjaya melahirkan anak-anaknya,kelmarin seorang pemegang Diploma Sains Fizik dari Uitm kampus Chendering mengaku bersalah berkaitan kes pembuangan bayi tempoh hari dan di kenakan 12 bulan penjara serta di denda sebanyak RM7000.00.Malah yang lebih parah lagi di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu,murid yang namanya sahaja ada namun tidak di ‘bin atau binti’ kepada ayahnya,mungkin ayahnya spesis tupai (selepas tebuk lari),paling memalukan ada seoarang pelajar yang di bin kan kepada ‘Tiada’(contoh Ahmad Bin Tiada).Ini lah reality yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang kerana manusia yang di berikan kuasa tidak menjalankan amanah dengan kekuasaan itu.Maka ada idea-idea daripada pempimpin yang mengaku Islam tapi masih mempertahankan undang-undang dan peraturan buatan manusia,yang lebih canggih lagi idea yang di reka dengan membina pusat-pusat jagaan bayi supaya bayi-bayi yang di lahirkan tidak di tohok (buang) merata-rata.Ini lah idea dan pendapat pemimpin yang berkuasa sekarang,mereka enggan menerima malah semakin bongkak dengan kekuasaan yang ada pada tangan mereka.Sedangkan jika kembali kepada petunjuk AL-QURAN sebagai undang-undang yang digunapakai maka percaya dan yakinlah kes-kes jenayah kemanusaian ini dapat di selesaikan.
Marilah sama-sama kita merenung perbezaan masyarakat jahiliah dengan masyarakat sekarang,jika dulu orang-orang jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup kini mereka membuang bayi lelaki dan perempuan hidup-hidup malah yang paling kejam di gongong oleh biawak dan anjing,akhirnya mati ketika di robek oleh binatang ini.Di zaman jahiliah tidak ada kes datuk merogol cucu,ayah memperkosa anak,nenek di perkosa oleh cicit,namun di zaman ini yang di katakan masyarakat telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi malah semua sudah berlaku,kadang-kadang kes-kes ini berlaku hanya beberapa meter dari rumah kita dan kadang-kadang juga berlaku kepada sanak-saudara kita semua.Justeru itu marilah sama-sama kita muhasabah di mana silapnya kita,kerajaan mesti berubah dengan kuasa yang ada gunakan dan laksanakan undang-undang Allah.Ibu bapa wajib mendidik anak-anak dalam suasana agama bukan sibuk dengan dunia wang semata-mata dan hanya membiarkan anak-anak kepada orang gaji.Individu-individu mesti mencari dan mewujudkan suasana beragama dalam diri sendiri dengan mengajak kawan-kawan mengunjungi majlis-majlis ilmu dan sebagainya.
Kahwin muda
Sememangnya musim cuti sekolah sebegini masing-masing mengambil peluang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin,masa cuti paling sesuai kerana semua sanak-saudara yang jauh boleh datang bersama anak-anaknya seterunya memeriahkan majlis tersebut.Trend kawin muda semakin menjadi-jadi dan menyengat dewasa ini,ramai anak-anak muda sebaya saya sudah mendirikan rumah tangga tahniah kepada mereka semoga berkekalan ke akhir hayat.Kahwin muda sangat bagus dalam kondisi sekarang yang mana ramai yang membawa cewek-ceweknya ke hulu dan ke hilir tanpa ada talian perhubungan yang sah.Namun bukan persoalan kahwin itu yang patut di fokuskan tapi penjanaan ke arah persediaan selepas kahwin,jika dulu ada kumbang ingin terbang memetik bunga di dalam taman(kiasan lelaki dan wanita)pertama sekali mak dan ayah si perempuan akan bertanya tentang solat dan dengan siapa dia berkawan,pandai atau tidak membaca al-quran di tambah pula di ujinya dengan soalan-solan fikah serta di mana selalu menadah kitab dan kitab apa yang di pelajari.Itu mak ayah yang mempunyai sentiviti agama dalam dirinya kerana mereka melihat jauh kedepan...mereka melihat pembinaan generasi masa hadapan dan yang paling penting mereka melihat factor yang akan membantu kepada kecemelangan islam.
Namun hari ini tidak lagi berlaku sedemikian,mak ayah zaman ini bak kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang hanya kadang-kadang...jarang-jarang...sikit-sikit mak ayah yang sensitive terhadap agama pemilihan bakal menantu mereka.Paling banyak mak ayah yang ada di zaman ini tidak lagi meletakkan agama di tempat pertama.Jika ada orang yang datang meminang maka mak ayah terus bertanya kerja apa sekarang?maka si bakal menantu menjawab kerja sebagai pegawai bank,di lihatnya pula kepada kenderaan yang di bawa...ooo kereta BMW 5 Series,tanpa banyak cakap terus bersetuju untuk di satukan dan di kahwinkan anaknya itu.Soalan berkaitan solat,kitab apa yang di pelajari,masjid mana yang di kunjungi dan dengan siapa dia berkawan terus di sepikan dalam perbualan itu.Maka apabila perkara agama tidak di letakkan dalam criteria pemilihan bakal menantu maka pembinaan generasi akan datang tidak lagi cakna dan sensitive dengan agama,malah semakin ramai generasi baru yang jahil agama.Lihatlah kes-kes seperti diatas bayi di buang di tepi longkang,dalam tong sampah,di celah banir pokok bakau dan di dalam mangkuk tandas,puncannya kita gagal dalam membina semangat islam semasa pemilihan bakal menantu,tengok kecil saja isu pemilihan bakal menantu tapi kesan jangka panjang merosakkan jutaan ummah.
Kesimpulan
Oleh itu marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap detik hidup kita,hari ini Islam terus di tindas dan di permainkan kerana berpunca daripda kelemahan kita juga yang meninggalkan Al-quran.Al-Quran hanya di baca namun tidak di amalkan dalam memandu manusia,pemimpin yang ada lebih selesa mengunapakai undang-undang buatan sendiri daripada peraturan yang telah Allah tetapkan dalam Al-QURAN,maka turunlah bala Allah dalam bentuk tsunami,gempa bumi,banjir dan yang paling parah adalah bala kejahilan yang bukan meragut ratusan ribu manusia tapi meragut puluhan juta manusia.
Seberang Takir,Kuala Nerus
3.00 pm
No comments:
Post a Comment