Melihat keadaan banjir yang melanda beberapa buah negeri serta negara di Malaysia serta Asean termasuk Thailang, Kemboja serta Vietnam, serta kedatangan tsunami di Pulau Mentawai Indonesia, diikuti letusan debu serta lavar Gunung Merapi di Pulau Jawa Indonesia teringat akan aku beberapa hadith Rasulullah saw tentang sebahagian tanda2 akan berlaku qiamat.
Sebahagian tanda2 itu ialah banyak berlaku bencana selepas berlaku peperangan.
Bila dikira dan dikumpul maklumat berdasar tempat bencana, aku sendiri merasakan disekelilingku telah berlaku banyak bencana. Lalu aku sendiri merasa takut akan kehadiran bencana jenis apa yang bakal melanda tempat tinggalku (di Kuala Lumpur).
Lalu aku sendiri mengira apakah bentuk bencana yang akan datang kemari. Ohh...ya...bila Thailand sendiri sudah kena banjir dan dengar khabar setor yang besar (gudang) menyimpan beras di Hatyai dan Bangkok (tempat pengumpulan beras sebelum dihantar ke Pakistan dan Timur Tengah) turut ditenggelami banjir maka sudah pasti permintaan Malaysia untuk mendapatkan impot beras tambahan tidak dapat dipenuhi oleh Thailand. Kemboja serta Laos dan Vietnam pun sama sahaja.
Padi yang mereka tanam semuanya sudah habis musnah (sebahagian besarnya). Kalau anda tidak percaya cuba cari berita banjir di Tahiland dan Kemboja. Kebanyakan kawasan banjir adalah kawasan sawah padi.
Jadi dalam erti kata ringkas mulai tahun hadapan tiada beras yang cukup untuk diedarkan kepada Malaysia (Padi di Perlis, Kedah dan Kelantan juga musnah) bermakna harga beras akan naik. Aku taknak aju soalan mampukah kerajaan mengawal harga. Cuma aku nak tanya pada anda semua jika satu beg beras 10kg harganya RM 120 berapa juta orang yang masih mampu makan nasi? Mampukah kerajaan bagi subsidi dengan kos itu jika anda yang jadi kerajaan? Jika anda petani dari jual padi pada orang lain (atau kekilang padi) baik jual pada ssaudara mara sahaja.
Adakah makan lain selain nasi yang boleh dimakan? Jika ada ubi keledek atau ubi kayu atau jagong boleh dimasak untuk dimakan. Tapi berapa orang yang ada tanah yang menanam bahan makanan untuk dimakan sendiri atau untuk dijual bagi mendapatkan wang? Siapa nak jadi Menteri Pertanian yang nak kita lantik untuk menjawab soalan itu. Aku sendiri pun taknak sebab bila pergi ke Parlimen bertengkar macam budak2 sekolah rendah bila cikgu takder.
Kesudahannya bahan makanan tidak mencukupi. Pada permulaannya orang yang kaya mampu membeli makanan tetapi oleh kerana petani tidak mahu lagi menjual makanan mereka kepada pembeli maka orang kaya pun tidak dapat makan. Perut yang tersangat lapar tidak boleh tahan dengan tidak makan. Kita tidaklah jadi kebuluran tetapi orang yang ada bahan makanan akan menjadi tumpun. Tuampuan yang dimaksudkan ialah petani dan penternak. Saudara jauh dan dekat yang tidak bercucuk tanam akan mencari makanan walau jarak jauh. Ada wang banyak tapi jika tak makan tiada siapa yang boleh tahan.
Lalu tidak banyak orang yang mampu bertahan tanpa makanan. Ikhtiar harus dilakukan. Orang yang malas berikhtiar akan melakukan rompakan bahan makanan (bukan wang). Hari ini pun orang yang menipu, menerima dan memberi rasuah untuk mencapai cita-cita telah berlambak apalagi bila berlaku darurat makanan.
Di Malaysia sendiri kita sudah tidak hairan dengan maksiat. Gejala orang Islam minum arak, berjudi, meminta tukang jampi memberi pulih penyakit dan kekayaan sudah terlalu banyak. Zaman ini segala kejahatan kaum2 yang telah lampau dihimpunkan. Gejala seks sesama jenis (Kaum Luth) sudah berleluassa di Malaysia. Gejala membunuh anak lelaki (kaum Firaun) dan membunuh anak perempuan (kaum jahiliah) sudah berkumpol disini. Kita masih menunggu bencana yang akan datang.
Ingat kita berada ditengah2 segala bencana sekarang. Bila bencana tersebut sampai kita tidak dapat menangkisnya. Diwaktu itu kekayaan serta kedudukan tidak berguna. Batang tubuh kita akan dibayar dengan cuma seketul ubi keledek bakar atau dua tongkol jagong rebus.
Kita mungkin ada seekor ayam yang boleh dimakan tetapi sudah lama tidak makan nasi lalu sekilo beras boleh kita tukarkan dengan orang yang ada beras. Jika kita tawarkan 1kg beras dengan harga RM 50 kita nak buat apa dengan kertas yg bernilan 50 itu. Boleh makan? Jawapannya tidak boleh.
Oleh yang demikian sebelum datang waktu bencana tersebut marilah sama2 kita berusaha menanam apa sahaja tanaman yang boleh dimakan. Jangan kita mengharap kedai atau pasaraya menyediakan makanan untuk kita sebab pasaraya juga boleh tenggelam dalam banjir besar. Lihatlah dosa manusia semakin banyak. Kejahatan manusia semakin merebak. Manusia Islam sendiri yang menerima rasuah, menggelapkan wang berjuta2 ringgit, minum arak, beli nombor ramalan. maksiat anak2 muda kita dan cuba hitung berapa orang yang menunaikan solat baik dirumah pejabat maupun masjid. Kita melihat semakin ramai orang Islam sendiri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan bermacam perkara yang ditegah Allah.
Kita selalu lupa semua ini milik Allah swt dan apabila Allah murka pastinya para malaikat yang membawa angin, air dan api akan melakukan tugas. Kepada yang belum bertaubat cepatlah bertaubat. Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah. Jangan lagi percaya pada sekerat kayu keras yang kononnya dapat menundukkan letusan Gunung Merapi. Jangan percaya pada batu cincin yang kononnya boleh menahan ombak dilautan. Jangan percaya pada dampingan Jiin yang kononnya dapat menunujkkan kepada kita alamat2 tertentu.
Kembalilah kepada jalan Allah yang lurus sebelum kita dikembalikan liang tulus.
Salam Ukhuwah..~
sumber dari FB
No comments:
Post a Comment