ALOR SETAR, 18 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.
Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Tuan Guru Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.
Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi Pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara Pasti, Klinik Smart Solat, Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok serta Ijtimak Pelajar Memali.
Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah As-syahid Ustaz Ibrahim Libya di Kampung Memali.
harakah
tiada yahg istimewa peristiwa mamali,
ReplyDelete