Sunday, November 7, 2010

Dari otak

Pengkaji dari Syracuse University, Profesor Stephanie Ortigue, menemukan ada 12 isyarat di otak yang bekerja ketika seseorang jatuh cinta. Kedua belas isyarat itu menghasilkan bahan kimia, seperti dopamine, oxytocin, adrenalin, dan vasopression, yang berujung pada euforia. Rasa cinta juga memengaruhi fungsi psikologi, metafora, dan penilaian fizik.


Jadi, cinta itu berasal dari hati atau otak? "Pertanyaan yang selalu susah untuk dijawab. Saya berpendapat, asalnya dari otak," kata Ortigue.

"Contohnya, suatu proses di otak kita boleh menstimulasi hati. Beberapa perasaan dalam hati kita sebetulnya merupakan gejala atas proses yang terjadi di otak."

Pengkajian lain menunjukkan, peningkatan jumlah darah dalam faktor penumbuh untuk saraf yang memegang peranan penting dalam cara orang bersosialisasi.

Hal ini menghadirkan fenomena yang disebut dengan "cinta pada pandangan pertama". Hal ini dipastikan dengan temuan Ortigue yang menunjukkan bahawa cinta boleh hadir dalam waktu 1/5 saat.

Ortigue menjelaskan, dengan memahami cara orang jatuh cinta dan putus cinta, para pengkaji boleh mengembangkan terapi baru. "Kita boleh mengetahui penyakit putus cinta," kata Ortigue.

Ortigue juga mendapati ada bagian otak yang berbeza untuk jenis cinta yang berbeza. Cinta tanpa syarat, contohnya cinta seorang ibu terhadap anaknya, dibawa oleh aktiviti otak di bahagian umum dan di tempat yang berbeza-beza, termasuk otak tengah.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails