Artikel kali ini ingin berkongsikan panduan solat atau sembahyang sunat hari raya. Sebelum dari itu Hukum solat hari raya ialah sunnat muakkad. Ini kerana Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu. Berdasarkan hadith daripada Abu Sa’id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyari’atkan secara berjamaah namun sah dilakukan secara bersendirian.
Waktu solat hari raya bermula dari matahari terbit hingga gelincir. Bermulanya hari adalah apabila fajar terbit. Pada waktu itu dilakukan solat Subuh sebelum matahari terbit dan solat Zuhur selepas mataharigelincir. Namun waktu solat hari raya yang afdhal adalah ketika matahari naik tinggi segalah. Ini kerana Nabi S.A.W sentiasa melakukannya pada waktu tersebut.
Panduan dan cara solat sunat hari raya:
- solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
- Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram. Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya -- (Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.);
- Seterusnya membaca “Auzubillahi minasy syaitonirrajim”, Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat;
- Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Klip video penerangan mengenai solat sunat hari raya untuk lebih kefahaman:
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith yang bermaksud, Amru bin ‘Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.
No comments:
Post a Comment