Saturday, November 20, 2010

Kereta api Mashair atasi kesesakan



MAKKAH: Perkhidmatan kereta api Mashair berharga 6.5 bilion Riyal Saudi (RM5.4 bilion) yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Makkah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci ketika musim haji.

Projek kereta api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 3,000 bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini 35 peratus dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara Teluk lain, apabila siap, ia mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails