Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana masih di beri oksigen yang cukup untuk meneruskan liku-liku dalam kehidupan dan tidak lupa untuk sentiasa mengucapkan selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi kita Muhammad SAW.
Melihat suasana dunia sekarang dengan pelbagai musibah yang telah menghiasi ruang mata manusia dewasa ini.Bencana seperti letusan Gunung Merapi meragut ribuan nyawa di Indonesia yang di ketahui umum bahawa di diami oleh umat Islam paling ramai di dunia.Indonesia juga di rembat oleh ombak tsunami meranapkan sebilangan besar Pulau Mentawai susulan gempa bumi kuat di bawah laut.Kini yang terbaru adalah Taufan Tomas yang melempang pantai Haiti.Justeru itu manusia perlu berfikir dan merenung kenapa bala bencana ini di turunkan sedemikian rupa.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengisi kantung peristiwa,baru-baru ini Perlis di hidangkan dengan satu fenomena yang tersangat jarang berlaku iaitu tiupan angin puting beliung atau nama modennya tornado,mungkin tidak sebesar yang berlaku di Amerika tapi cukup mengangkat sebuah van dan menerbangkan bumbung beberapa buah rumah di sekitar tempat yang berlaku kejadian itu.Selang beberapa hari hujan mula turun dengan lebatnya,tiada siapa menyangka bah besar akan melanda semua itu dalam ilmu Allah SWT,manusia tidak boleh buat apa-apa sewaktu air bah mula meluncur laju mengisi laluan di jalan-jalan raya.
Sekelip mata saja air bah meningkat tinggi secara tiba-tiba,manusia boleh berkira dan bercakap bahawa air ini datang dari empangan yang pintunya terpaksa di buka kerana kandungan air naik secara mendadak,itu semua teori dari ilmu manusia yang cetek ini.Namun hakikat sebenarnya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.Wahai manusia renungilah kisah umat-umat terdahulu yang telah di binasakan dengan banjir besar setinggi gunung hancurlah umat Nabi Nuh dan banyak lagi kisah-kisah yang umat-umat dulu yang mati dengan hina.Mereka di binasakan dengan satu atau dua bala sahaja.Namun hari ini jika kita renung dan amati betul-betul berapa bilangan musibah dan bala yang ada di zaman kita ini?jawapan ada dalam fikiran anda

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan "Kami telah beriman" sdg mrk tidak diuji lg. Dan ssungguhnya Kami tlh menguji org2 sebelum mrk,maka ssungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta." Surah Al-Ankabut:2-3
Sekelip mata saja air bah meningkat tinggi secara tiba-tiba,manusia boleh berkira dan bercakap bahawa air ini datang dari empangan yang pintunya terpaksa di buka kerana kandungan air naik secara mendadak,itu semua teori dari ilmu manusia yang cetek ini.Namun hakikat sebenarnya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.Wahai manusia renungilah kisah umat-umat terdahulu yang telah di binasakan dengan banjir besar setinggi gunung hancurlah umat Nabi Nuh dan banyak lagi kisah-kisah yang umat-umat dulu yang mati dengan hina.Mereka di binasakan dengan satu atau dua bala sahaja.Namun hari ini jika kita renung dan amati betul-betul berapa bilangan musibah dan bala yang ada di zaman kita ini?jawapan ada dalam fikiran anda
"telah nampak kerosakkan di darat dan di laut di sebabkan kerana perbuatan tangan manusia,Allah mengkehendaki agar manusia merasakan sebahagian dari akibat perbuatan manusia,agar manusia kembali ke jalan yang benar."Ar-Rum 41
bersambung episod 2....
sumber: kekoh.blogspot
sumber: kekoh.blogspot
No comments:
Post a Comment