Thursday, November 4, 2010

Lebih 27,000 Orang Pindah Akibat Banjir Di Kedah

http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TNH7aW6s0ZI/AAAAAAAAEFY/8dj7HfeQBOY/s1600/4.JPG

ALOR SETAR: Lebih 27,000 penduduk daripada 7,222 keluarga di lima daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lepas, dengan daerah Pendang menjadi daerah terbaru dilanda banjir.

Daripada jumlah itu, 15,613 penduduk daripada 4,178 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, 3,993 mangsa daripada 1,114 keluarga (Padang Terap), 6,950 penduduk daripada 1,605 keluarga (Kota Setar), 1,291 penduduk daripada 289 keluarga di Pokok Sena dan 146 penduduk daripada 36 keluarga di Pendang.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 9 malam ini, sebanyak 95 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di kelima-kelima daerah dan daripada jumlah itu, 45 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, lima di Pokok Sena, sembilan di Kota Setar dan satu di Pendang.

Katanya keadaan banjir di Padang Terap sedikit bertambah baik tetapi keadaan banjir di Kota Setar semakin teruk manakala di Pendang, banjir mula melanda daerah itu.

Tinjauan Bernama di daerah Kota Setar mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Memburukkan lagi keadaan, banyak kediaman berhadapan dengan gangguan bekalan air di mana banyak kawasan bekalan airnya perlahan manakala beberapa kawasan terputus bekalan air. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails