Saturday, November 20, 2010

Umat Islam Di Malaysia Dalam Bahaya : Nawawi Subandi 'Ulamak UMNO' Membawa Fahaman Wahhabi Ekstrimis !

Di bawah ini adalah penulisan Nawawi Subandi seorang bekas pelajar UITM yang sekarang ini memegang Biro Multimedia & Penerbitan, Sekreatariat Ulama Muda UMNO (ILMU).
Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi ini ialah (blog utama beliau adalah http://an-nawawi.blogspot.com/):


1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/
3. http://galeriniaga.blogspot.com/

4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/



Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya) serta menghukum KAFIR kepada golongan Asya'iroh. SILA KLIK UNTUK BESARKAN :






Lihat tulisannya yang mengambil fatwa ulamak Wahhabi iaitu Soleh Uthaimin :

Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin berkata:


فإذا سئلنا: من أهل السنة والجماعة؟ فنقول: هم المتمسكون بالإسلام المحض الخالص عن الشوب. وهذا التعريف من شيخ الإسلام ابن تيميه يقتضي أن الأشاعرة والماتريدية ونحوهم ليسوا من أهل السنة والجماعة، لأن تمسكهم مشوب بما أدخلوا فيه من البدع. وهذا هو الصحيح، أنه لا يعد الأشاعرة والماتريدية فيما ذهبوا إليه في أسماء الله وصفاته من أهل السنة والجماعة


وكيف يعدون من أهل السنة والجماعة في ذلك مع مخالفتهم لأهل السنة والجماعة؟! لأنه يقال: إما إن يكون الحق فيما ذهب إليه هؤلاء الأشاعرة والماتريدية، أو الحق فيما ذهب إليه السلف. ومن المعلوم أن الحق فيما ذهب إليه السلف، لأن السلف هنا هم الصحابة والتابعون وأئمة الهدي من بعدهم، فإذا كان الحق فيما ذهب إليه السلف، وهؤلاء يخالفونهم، صاروا ليسوا من أهل السنة والجماعة في ذلك



Terjemahan: Sekiranya kita ditanya, siapakah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?

Maka kita katakan: Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan Islam yang murni lagi bersih dari kotoran. Definisi Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ini bererti bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta golongan lainnya yang seperti mereka tidaklah termasuk Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, kerana pegangan mereka dikotori dengan bid’ah yang mereka masukkan (susupkan).

Ini memang benar, bahawasanya al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berhubung pendapat mereka dalam persoalan Asma’ wa Shifat (nama-nama dan sifat-sifat) Allah. Bagaimana mereka boleh dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sedangkan mereka menyelisihi Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?!

Bahawasanya dikatakan: Boleh jadi kebenaran terletak pada al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, atau terletak pada pendapat Salaf. Dan telah diketahui bahawa kebenaran terletak pada pendapat salaf, kerana salaf di sini maksudnya adalah para sahabat, tabi’in, dan para imam yang memegang bendera/panji hidayah (petunjuk kebenaran) setelah mereka. Kerana apabila kebenaran terletak pada salaf, sedangkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah menyelisihinya, maka mereka tidaklah digolongkan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Rujuk: Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah li Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah,http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17955.shtml


____________________________________________________________________


Ini benar-benar bertentangan dengan permintaan dari ulamak terkenal Dr Yusuf al Qardhawi agar Aqidah Asya'iroh dijaga di Malaysia untuk menjaga dari berlaku perpecahan.


http://jomfaham.blogspot.com/2009/12/saranan-dr-al-qaradhawi-agar-aqidah-al.html


Bahkan ramai ulamak muktabar tergolong dalam Asya'iroh seperti Imam An Nawawi, Imam Izzuddin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani Sila rujuk :


: http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/ulamak-ulamak-asyairah.html




Di dalam blognya yang lain juga menulis bahawa Selawat syifa' dan nariyyah itu syirik :


Sila rujuk :http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html


Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain di Malaysia, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.

Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus : SUDAH DIJELASKAN DI SINI :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/penjelasan-mengenai-selawat-syifa.html




Ulasan :

Untuk difikirkan oleh Umat Islam di Malaysia : Adakah fahaman ini yang hendak dibawa di Malaysia ? Adakah fahaman wahhabi ini tidak membawa kepada TINDAKAN MILITAN dan PENGGANAS ? Dan mengapa UMNO terus menerima bulat-bulat fahaman Wahhabi Esktrimis seperti ini ?

Pihak Kerajaan, JAKIM, Jabatan Agama Negeri, ulamak, ustaz, ustazah serta mereka yang berautoriti WAJIB mengambil tindakan menghalang/mengharamkan agar pemikiran dan tindakan ekstrimis radikal tidak berkembang terus di negara ini.

Kewajipan bagi mereka yang sedar perkara ini adalah menyebarkan seberapa banyak pendedahan ini kepada umat Islam agar negara Malaysia tidak menjadi huru-hara dan berpecah belah dengan fahaman ekstrimis seperti ini.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails